jom kita bercakap pasal lelaki …agak-agak kaum hawa berminat
tak nak tahu mengenai fakta ni erk?..mesti ada kan…mungkin fakta yang tah siapa
yang reka ni dapat membantu kaum hawa untuk mengenali kaum lelaki ..mungkin
tidak secara mendalam..tapi secara amnya..Yela,sebab bukan semua lelaki sama
sifatnya..maksudnya setiap manusia ada perangai yang berbeza-beza..tapi
ciri-ciri yang di senaraikan dekat bawah ni mungkin ciri-ciri yang umum bagi
setiap lelaki..Cukuplah sekadar untuk kaum hawa memahami secara luaran seorang
lelaki yang bersama mereka..ciri-ciri spesifik bagi seseorang lelaki itu
mungkin kita dapat ketahui bila kita rapat dengannya…
Contohnya teman lelaki korang mesti korang tahu lebih
mendalam kan perangai dorang macam mana..apa yang diorang suka atau tak
suka..begitu juga suami atau ayah dan juga abang korang..pendek kata mereka
yang bergelar lelaki lah..Jom kaum hawa buat check list sama ada korang dah
tahu belum pasal perkara-perkara ni :
1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?”
selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan
awak”.Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan
itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya
anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak”
D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”
2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri
anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis
paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di
hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.
3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya
dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih
teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda
tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda
mengutarakan sebarang cadangan.
4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.
6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia,
dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.”
sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah
lakunya sendiri yang menyakitkan hati.
7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran
dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan
dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan
buat-buat lupa.
8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu
duit, kuasa dan seks.
9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan
atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu
penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.
10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat
awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa
untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis
isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.
11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan
menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang
tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana
katanya “Awak yang kuat melayan”.
12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal,
topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.
13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut
atau menyikat rambut.
14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal
perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau
sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin
sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment