Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Julia lembut
sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
“Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad mencubit pipi Julia
lembut.
“Ayah, ayah, cepat la yah,” Liz dan Lin meluru masuk ke
bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”
Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah
anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung
macam ni, ye?”
“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan.
Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada
isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih
kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga
dengan isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Ahmad
berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin
lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar
untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda
Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan
dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan
isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Julia
terjaga dari tidurnya.
“Tak ada apa la sayang, rileks… cepat sikit kita sampai
kampung nanti.”
“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat
bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan
kenderaannya.
“Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad terus memotong bas
ekspres didepannya tanpa was-was.
“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah
berjaya memotong bas ekspres tadi.
“Sudah la tu bang.”
“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong
dia aaa….” Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke
lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya
tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!.
*********************************************************************************
“Julia….bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana
abang Ahmad mak? Macamana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….mana anak-anak
saya mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan
kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya
memandang Julia tepat-tepat.
“Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih
terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan
tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? Don’t go breaking
my heart Mom!!
“Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar
pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau
ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar
pun dah nak habis!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar……. dan Julia
tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! ”
P/s: Moralnya janganlah suka tidur di petang hari
terutamanya anak dara.
No comments:
Post a Comment