1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman
berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan
mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga
hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan
memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup
anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita
tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap
kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah
yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk'
ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi)
ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum,
kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan
dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut
mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang
mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa
lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu
yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat
kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana
apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat.
Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada
paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa
kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur
antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya
15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang
dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan
dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis
dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua
jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum
dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak
baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8.
Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai
eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala
kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel
darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan
sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon
semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters'
dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
9.
Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan
akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein
melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan)
dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10.
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan
oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit
jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan
kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit
jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan
Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan
mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa
berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara
senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem
pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ
dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah
otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan
otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia
menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu
memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan
penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh
membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain
memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri
mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada
penyakit rohani yang kronik. Senyuman yang dilemparkan
mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati
yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
No comments:
Post a Comment