Hubungan yang disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah jalan. ditambah pula dengan ribut petir..huhhuh..memang x senang duduk dibuatnyakan..hihi...disini ada tanda-tanda pasangan anda curang dengan anda.
1. Perubahan tingkah laku/ minat
Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda
seperti dahulu. Bualan di telefon juga
dia lebih banyak berdiam diri. Semasa ber-dating, si dia kurang peka dengan apa
yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon bimbitnya. Atau si dia
menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi beliau atau
pun anda sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik
rock metal. Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dia.
2. Memberi alasan
Bilamana anda menelefonnya, si dia cuba menyingkatkan
perbualan sependek mungkin; ibu memanggil di dapur atau ayah suruh tolong cuci
kereta katanya. Jika diajak keluar pula, asyik berdalih dengan alasan sibuk
atau banyak assignment untuk dibereskan.
3. Mengelak pandangan mata
Apabila bersama anda, si dia lebih suka menundukkan wajah
daripada melihat ke mata anda. Ini kerana mahu mengelak dari tembelangnya pecah
kerana kata orang ‘The eyes are the mirror of the soul”
4. Selalu dengan
telefon bimbitnya
Hatta jika bersama anda sekalipun si dia masih ber-SMS tidak
henti. Apabila anda mahu memeriksa handphone-nya, si dia tidak izinkan. Privacy
katanya. Hah, pasti ada udang yang disembunyi sebalik batu!
5. Gelisah tidak tentu pasal
Si dia asyik memandang jam tangan seolah-olah ada perkara
yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga anda terganggu dengan gelagatnya
yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Ataupun apabila handphone-nya
berdering, segera dia berlari anak ke tandas untuk menjawabnya. Agak jelas
bukan?
6. Menolak
Anda mengajaknya keluar pada hujung minggu tetapi si dia tak
mahu. Ajak tonton wayang alasannya filem tak best. Jika mahu belanja makan
sekalipun, si dia tetap menolak. Ini kerana si dia tidak ingin lagi terhutang
budi kepada anda – yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.
7. Membesarkan masalah kecil
Si dia sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti
memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang
kadangkala sampai tidak masuk akal.
8. Kurang melafazkan kata-kata cinta
Jika dahulu, setiap mesej anda diselitkan dengan kata-kata
cinta dan puisi rindu, kini tidak lagi. Kata ucapan dan pertanyaan daripada
anda juga disambut acuh tak acuh
9. Tersasul menyebut nama panggilan lain
Selama ini, anda dan sang kekasih membahasakan diri
‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan
panggilan ‘baby‘ atau ‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil
seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh
tertukar.
10. Tidak menghargai pemberian anda
Hadiah anda ketika hangat bercinta yang dahulu menjadi harta
paling berharga kini hanya disedekahkan saja kepada adik dan kawan si dia
ataupun dibuang. Anda juga perasan yang couple ring pun sudah jarang tersemat
di jari manisnya.
11. Membalas panggilan/ SMS acuh tak acuh
Perbualan telefon anda dengan si dia menjadi satu komunikasi
yang menjemukan kerana si dia lebih suka berdiam diri dan jarang mengisuka.
Mesej pesanan ringkas anda pula hanya dibalas sepatah perkataan ataupun sekadar
‘K’ sahaja.
12. Menjawab panggilan secara berbisik
Entah kali ke berapa anda menelefonnya tapi hanya kali ini
si dia menjawab panggilan. Malangnya suara si dia sedikit cemas dan berbisik
lalu memutuskan panggilan secepat mungkin. Ada hal mustahak lain katanya.
13. Mencari kesalahan anda
Kerana ingin berpisah dengan anda, si dia berusaha untuk
mencari silap anda untuk dijadikan alasan untuk clash. Hinggakan perbuatan anda
dahulu yang disenanginya kini menjadi satu kesalahan.
14. Tidak mesra semasa bertemu
Walaupun anda berada di depan matanya ketika makan bersama
di restoran, si dia tidak fokus dan matanya melilau ke arah lelaki/ perempuan
lain yang berada di sekeliling.
15. Cepat marah
Apabila ditanya mengenai aktiviti yang dilakukannya
seharian, si dia tiba-tiba naik angin dan menuduh anda mahu mengongkong
kehidupannya.
16. Tidak mengendahkan rajuk anda
Perkara biasa dalam bercinta, ada perselisihan dan rajuk.
Tapi akhir-akhir ini anda dibiarkan makan hati sendirian dan tiada lagi pujuk
rayu sebagai pengubat lara.
17. Tidak menghubungi anda
Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering
menelefon anda. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian tidak
mendengar suara anda. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah, apatah
lagi menelefon. Malahan anda pula yang terpaksa menelefonnya dahulu, itupun
nasib baik jika si dia sudi menjawab panggilan tersebut.
18. Berahsia / Menipu
Jika ditanya tentang dengan siapa dan ke mana dia pergi, si
dia akan sedaya upaya mengelak daripada memberi jawaban atau lebih teruk lagi –
berbohong.
19. Hadiah secara tiba-tiba
Bukan hari kekasih, bukan hari lahir anda, dan bukan juga
hari anniversary anda berpacaran, si dia memberi hadiah mengejut. Biasa
dipanggil guilt gift. Dek kerana berasa bersalah atas kecurangannya, si dia
cuba ‘menyuap’ anda dengan hadiah agar anda tidak berasa syak.
20. Menghilangkan diri
Ada suatu ketika anda lost contact dengannya. SMS tiada
jawapan dan panggilan hanya operator yang menjawab. Apabila ditanya keesokan
hari, alasan si dia Celcom buat hal.
21. Kawan baik anda menunjukkan hint
Anda dan kekasih anda mempunyai seorang mutual friend yang
rapat dan tahu kisah cinta anda. Tiba-tiba kawan anda itu berkelakuan aneh dan
kurang memberi sokongan kepada perhubungan anda. Anda perlu lebih peka dengan
isyarat ini kerana sebagai kawan baik, tak mungkin dia sanggup bercerita buruk
tentang kekasih anda secara berdepan. Sahlah kawan anda mengetahui sesuatu
tentang kekasih anda yang anda tidak tahu.
22. Naluri anda
Percayalah pada naluri anda. Hati sendiri akan mengiyakan
sekiranya kekasih anda itu selingkuh walaupun logik akal anda cuba
menafikannya. Bukankah perasaan cinta itu sendiri datangnya dari hati?
Jangan terlampau lurus dan bertanggapan bahawa kekasih anda
tak kan pernah curang, dalam masa yang sama elakkan daripada cepat membuat
judgement dan kesimpulan. Jika si dia mempunyai petanda-petanda seperti dinyatakan di
atas, anda sudah dapat meneka bahawa ada sesuatu yang tak kena dalam
perhubungan anda. Maka, buatlah sesuatu. Ikhtiar. Jangan cepat melatah dan bertindak mengikut nafsu.
Cemburu dan berburuk sangka secara melulu hanya akan merencatkan lagi
perhubungan anda berdua. Selidik, cari fakta, dan positifkan diri dahulu
sebelum anda bersemuka dengan si dia.
No comments:
Post a Comment