Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang
baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum
dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila emakannya. Roti yang sudah lama
dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah
dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau.
hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati
roti itu".
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan
dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas
dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu
disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga
boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang
dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan
dengan madu lebah.
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah
memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan
tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk
menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis
makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan
kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran
haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah,
menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah
seperti biji habbal sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser
dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa
"ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam.
Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna
untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik
untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika
dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah
daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya
sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran
(rempah ratus)yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk
dunia.
Limau
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi
asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah
seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ
hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit,
menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan
air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih
yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang
memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar
atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah
menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk
menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan
benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama
daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada
telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur
melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada
kulit.
"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal
musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat
lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana
sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas
hindiba".
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang
ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara
khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit
perut(memulas).
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah
untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda,
"Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana
sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya
menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh
tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang
tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya
membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan
sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan
serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini
maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama
kami."
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai
penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat
pada makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan)
firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari
sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu
penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan
bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit
dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan
menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari
bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat
di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau
manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit
cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya,
minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu
di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan
sejuta penyakit keluar darinya."
Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum
segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu
dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti
ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim
panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam
musim sejuk (winter).
Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang
hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik
untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan
menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk
dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit
gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya
juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang
yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan
kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut
juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara
sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas
dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang
berumur satu hingga dua tahun.
Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan
pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat
bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan
biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan
daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
No comments:
Post a Comment