Thursday 27 June 2013

MENGENALI WANITA MELALUI CARA KETAWA

PELBAGAI CARA YANG DAPAT DILIHAT MELALUI KETAWA


1)Bila ketawa mulutnya terbuka lebar.
Seorang wanita yang agak terbuka,tak ada pendirian tetap dan mungkin agak penakut.Apa jua yang terjadi dalam hidupnya samada masalah besar atau pun kecil seolah-olah tidak pernah ditanggapinya dengan serius.Apa yang penting baginya adalah menghadapi saja kenyataan yang datang.Wanita yang memiliki ketawa seperti ini juga pada umumnya pandai bergaul,berdedikasi dan selalunya disukai kawan-kawan serta orang di sekelilingnya kerana sikapnya yang bersedia menolong pada bila-bila masa yang diperlukan.Seorang yang mempunyai emosi yang tak menentu membuatkan amat sukar untuk menduga hati dan perasaannya.Dia juga seorang wanita yang biasanya menaruh minat yang mendalam dengan apa yang disukainya tetapi akan meninggalkan begitu saja bila tidak lagi menarik minatnya.Dalam urusan cinta,disebabkan tabiatnya yang sebegini ada kemungkinan dia akan mudah berubah hati,berpindah teman dari satu lelaki ke satu lelaki yang lain.

2)Bila ketawa kedua-dua sudut bibirnya naik ke atas.
Biasanya wanita yang ketawa seperti ini seorang yang bersikap terbuka,bijak bergaul dan pandai memikat hati orang untuk menyukainya.Seorang yang pemurah dan tak pernah segan-segan menolong orang yang dalam kesusahan.Dalam tugas dan pekerjaan,dia seorang yang cukup bertanggungjawab dan bijak mengatasi tiap persoalan yang datang.Dia tak pernah ragu mengambil keputusan dan akan melaksanakan apa yang sudah menjadi tugasnya dengan baik.Pada umumnya,hatinya sukar untuk terpaut pada lelaki.Tetapi apabila sudah jatuh cinta,dia akan mengorbankan apa saja untuk orang yang dicintainya.

3)Bila ketawa wajahnya menunduk ke bawah.
Wanita yang ketawa seperti ini biasanya bersikap agak tertutup,tidak suka berbasa-basi dan pandai menyimpan rahsia.Selalu berhati-hati dengan orang yang baru dikenali dan tidak akan sembarangan mencurahkan perasaannya.Suka menyendiri dan menjauhkan diri dari tempat orang ramai kerana dia akan merasa lebih damai dan tenang.Dia tak mudah jatuh cinta,apalagi sampai mengemukakan hasrat hatinya.Lebih suka bermain-main dengan perasaannya sendiri.Kesetiaannya memang sukar untuk terbeli dengan apa pun.

4)Bila ketawa suka menutup mulutnya dengan telapak tangan.
Ekspresi ketawa seperti ini menandakan dia seorang wanita yang suka membandingkan dirinya dengan orang lain,tak percaya diri sendiri dan lemah dalam soal pergaulan.Sikapnya yang tidak berpuashati dengan diri sendiri membuatkan hatinya penuh keraguan dan kerap merasa dirinya tak bererti bila berhadapan dengan orang yang melebihi dirinya.Jika tidak mengenalinya secara mendalam,memang dia kelihatan seperti sombong tetapi hakikatnya dia seorang yang baik hati dan mengambil berat hal orang lain.Dalam bertindak dia selalu berhati-hati dan tidak ingin menyakiti hati orang lain kerana dia juga akan sangat marah jika hatinya disakiti.Dalam cinta,umumnya dia seorang wanita yang sangat setia namun sukar untuk memaafkan bila hatinya dilukai.

5)Bila ketawa kedua-dua sudut bibirnya turun ke bawah.
Gaya ketawa seperti ini menunjukkan dia seorang wanita yang memiliki kemahuan yang keras,pantang menyerah dan tidak boleh ditunjuk ajar.Bila dia sudah mengambil keputusan,sukar untuk diubah lagi.Keinginannya banyak dan selalu tidak tercapai,maka itu dia sering merasa stress bila tidak berhasil memperolehi apa yang diinginkannya.Dalam pekerjaan seorang yang amat rajin dan bersedia berusaha untuk kemajuan masa depannya.Hati dan perasaannya agak sukar diduga,kadangkala gembira,kadangkala marah-marah.Bila dia marah memang amat sukar membuatnya baik kembali.Dalam soal cinta,umumnya dia seorang yang suka memerintah pasangannya dan sukar diatur sifatnya.

6)Bila ketawa kelihatan seperti senyum senyum saja.
Dia seorang wanita berjiwa besar,boleh menerima nasihat dan pandai bawa diri.Selalu berhati-hati dalam pergaulan,tetapi pandai mengambil hati dan disukai ramai.Hati dan perasaannya senang diduga kerana dia cukup terbuka dalam mengemukakan apa yang diinginkan dan yang menjadi matlamat hatinya.Lelaki biasanya mudah jatuh cinta dengannya kerana sifatnya termasuk jinak-jinak merpati.Sering membuat lelaki penasaran namun jika hatinya sudah terpaut pada seseorang lelaki,sukar untuk dilepaskannya.

7)Bila tertawa tubuhnya sampai bergerak/bahu bergoncang.
Jenis wanita yang amat pandai mengambil hati,tidak ada pendirian tetap dan sukar diduga hatinya.Suka memerhatikan orang lain dan membuat orang tertarik padanya.Agak keanak-anakan dan memiliki khayalan yang tinggi tak mudah dicapai.Tempat yang ramai orang seperti pesta dan sebagainya merupakan tempat kesukaannya.Dalam cinta,dia biasanya mudah jatuh cinta.Baginya cinta bagaikan perjudian untung rugi.Walaupun demikian,dia memiliki cinta sejati yang akan diserahkan sepenuh hati,setia keakhir hayat,pada lelaki yang dicintainya.

8)Bila ketawa mulutnya agak terbuka sedikit dan kedua-dua sudut bibir sedikit menurun kebawah.
Wanita yang tidak mudah meluahkan perasaannya dan pandai menyimpan persoalan diri jauh didalam hati.Bercita-cita tinggi dan sedia menerima nasihat orang lain dengan baik.Namun,dia juga bukan seorang yang terbuka dan bijak menyimpan rahsia.Juga seorang yang suka memendam perasaannya sendirian.Dalam cinta,dia seorang kekasih yang setia tetapi amat mengharap pasangannya yang selalu mengalah padanya dalam apa jua perkara.

KEPENTINGAN PENAMPILAN DIRI




Alat komunikasi
memberi maklumat tentang diri kita  ”jika pertemuan pertama tidak berkesan, anda mungkin tida peluang kedua”dan membentuk perhubungan seterusnya

Membuka jalan kepada kejayaan
”orang akan hormat”.-hanya kerana keterampilan diri yang berkualiti
Sebagai perwatakan dan personality, maka kita dapat merasai suka, duka, sedih, gembira, lapar, dahaga, kenyang, membuat pilihan, merasai perasaan cinta, kecewa,

Pakaian menampilkan imej seseorang dan keperibadian secara menyeluruh
Meningkatkan kefahaman terhadap bentuk dan anatomi tubuh seseorang. Oleh itu, mulai saat ini, mulakanlah satu hubungan cinta dengan diri anda. Berbanggalah dengan paras rupa anda, dengan rambut anda, dengan bentuk tubuh fizikal anda, terimalah diri anda seadanya. Berikan perhatian pada diri anda seperti mana anda memberikan perhatian kepada orang yang anda cintai atau kasihi.

Meningkatkan keyakinan diri bila berhadapan dengan masyarakat
Pandangan orang terhadap diri kita.-beranggapan kita sebagai seseorang yang prihatin terhadap penampilan diri

Dapat menarik perhatian masyarakat..contoh ketika menghadiri temuduga di mana penemuduga akan melihat penampilan diri dahulu sebagai penilaian awal..
Melambang kecekapan seseorang mengurus diri. Apabila kita telah mula menjalinkan hubungan cinta dengan diri kita sendiri, satu situasi positif yang selama ini jarang kita rasakan, akan dapat kita rasai. Anda akan mendapati hidup anda lebih tenang, bersemangat, berkeyakinan dan kadangkala kita sendiri tidak tahu dari manakah datangnya semangat baru ini. Ini adalah kerana anda telah menarik banyak tenaga positif berbentuk kasih sayang kepada diri anda

Secara umumnya,penampilan diri ini boleh dikatakan amat penting kepada setiap individu,tidak kira secara formal atau tidak formal. Dalam etika pekaian,pelbagai aspek dapat disentuh,antaranya cara pemakaian mestilah mengikut etika,ia perlulah sesuai mengikut masa dan keadaan. Etika pemakaian yang salah dapat menimbulkan masalah kepada individu itu sendiri,contohnya individu itu akan malu apabila di tegur oleh orang lain.Senyuman merupakan satu sedekah,itulah ayat yang sinonim dalam masyarakat zaman sekarang. Peribadi manusia akan terserlah apabila senyuman diukir pada wajah. Senyuman juga boleh dikatakan sebagai ubat kepada masalah yang dihadapi.
Cara berjalan juga amat penting dalam penampilan diri individu dan masyarakat. Cara berjalan yang betul menggambarkan seseorang itu mempunyai prinsip hidup yang mantap. Kekemasan diri akan terserlah apabila cara berjalan seseorang itu betul mengikut etika. Contohnya,berjalan dengan normal,tidak menoleh ke belakang.Terdapat banyak kepentingan dalam penjagaan penampilan diri ini,contohnya ia melambangkan kekemasan seseorang manusia,membuatkan orang mudah tertarik,mudah bergaul dan lain-lain lagi. Penampilan diri ini juga dapat membantu seseorang itu untuk berinteraksi dengan bagus.
Gaya bertudung amat sinonim dengan wanita-wanita di luar sana,ini dapat dilihat apabila,pelbagai jenis dan cara pemakaian tudung telah diperkenalkan. Hal ini akan membantu wanita tersebut merasa lebih yakin untuk keluar bertemu masyarakat. Hal ini juga boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kepintaran dalam bersosial.


Wednesday 26 June 2013

KENALI BENTUK TUBUH WANITA



Bentuk badan wanita ada banyak jenis dan ianya pelbagai. Hanya tubuh kita yang tahu apa yang boleh dan tidak boleh apabila bergaya. Paling penting ialah mengenali bentuk tubuh dan nada warna yang sesuai dengan kulit. Tetapi secara umum terdapat lima jenis bentuk badan yang selalu dipadankan dengan wanita.  Okeylah lima bentuk badan tersebut ialah:
Bentuk Jam Pasir (Hourglass)
Ini dianggap sebagai bentuk badan yang sempurna. Ukuran dada dan pinggul adalah hampir sama dan ukuran dipinggang lebih kecil. Bentuk hourglass yang sempurna di mana perbezaan antara pinggang dan dada serta pinggang dan pinggul sekurang-kurangnya 9". Ni macam bentuk dyung
Bentuk Pear
Jika terdapat perbezaan yang besar dalam ukuran antara pinggul dan dada tetapi hampir tidak ada perbezaan di antara dada dan pinggang, itulah bentuk pear. Pinggul selalunya dua inci atau lebih besar daripada dada serta pinggang adalah kurang daripada 9.25" lebih kecil daripada dada.
Bentuk Pembaris
Hampir tidak ada perbezaan dari segi ukuran pinggang, dada dan pinggul. Pinggang 9" lebih kecil daripada dada. Ini orang selalu cakap badan straight dan takde cutting.
Bentuk Kon
Kebiasaanya dada dan pinggang adalah sama tetapi pinggul sekurang-kurangnya sembilan inci lebih kecil daripada dada. Ukuran standard, dada 3.6" atau lebih besar daripada pinggul dan pinggang kurang daripada 9" lebih kecil daripada dada.
Bentuk Epal
Ukuran pinggang seperti lebih besar berbanding ukuran pinggul dan dada.

RAHSIA GAYA BERJALAN WANITA


1. JIKA BERJALAN,DARI BELAKANG KELIHATAN SEPERTI TIDAK MEMIJAK TANAH...
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. JIKA BERJALAN,SERING MENOLEH KE KANAN DAN KE KIRI...
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononwanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3.JIKA BERJALAN SUKA MENUNDUK...
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4.JIKA BERJALAN MENATAP LURUS KE DEPAN..
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5.JIKA BERJALAN BADAN BERGERAK KE KANAN DAN KE KIRI....
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan

6.JIKA BERJALAN BADAN TAMPAK TEGAK...
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh  dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7.JIKA BERJALAN SEPERTI ZIRAFAH...
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.



BAIKI PENAMPILAN DIRI



36 cara untuk nampak hebat

Jika anda berazam utk mengubah gaya @ cuba memberi penampilan baru pada diri tetapi berasa masih jauh ketinggalan dan masih dlm peringkat trial and error, beberapa tip boleh diamalkan:
1. Jgn tiru gaya org lain. Cari satu keistimewaan @ persamaan yg boleh anda gunakan, mungkin warna dan cara solekan mata cthnya.
2. Jgn membuat perubahan mendadak. Secara psikologi, perubahan berperingkat2 lebih bagus drpd perubahan yg dibuat secara mendadak kerana anda boleh membina keyakinan diri setiap kali anda membuat perubahan.
3. Rambut adalah satu aset yg penting yg mampu menghasilkan perubahan dan imej yg berbeza. Hati2 sebelum memotong @ menukar gaya. Dptkan nasihat jurudandan anda terlebih dahulu.
4. Pilih warna pakaian sesuai kedudukan dan kerjaya. Jika di bidang korporat, adalah sesuai anda menggunakan warna2 yg membuat penampilan nampak " I mean business" dan hebat.
5. 6 bulan @ setahun sekali dptkan makeover di pusat membeli-belah yg biasanya membuat promosi solekan dan nasihat percuma bila anda membeli barangan kecantikan.
6. Bertukar2 haruman. Jgn gunakan sesuatu haruman lbh 30 hari! Tahukan anda haruman berupaya menukar mood @perasaan anda? Bila anda sukakan haruman yg anda pakai, percayalah kegembiraan itu akan menyerlah di wajah anda pada penampilan anda. Dan setiap haruman mempunyai bau dasar tersendiri misalnya, dasar bunga lebih romantik, limau dan tumbuhan mencetuskan kesegaran dan keceriaan sementara bauan rempah boleh menghasilkan satu keyakinan.
7. Gincu bibir memainkan peranan ptg menyerlahkan wajah dan membuat org mengingati anda dgn warna yg anda pakai. Seeloknya tukar warna gincu bibir setiap hari spy org tdk berpendapat bhw mereka berhadapan dgn 'tembok' yg sama.
8. Jika ingin mencuba warna terang dan lantang ttp tdk berani, gunakan teknik berperingkat.
9. Kunjungi salun rawatan wajah. Dpt rawatan facial nyahtoksin dan kembalikan kesegaran.
10. Kunjungi spa @ pusat riadah. Kunjungan ini mampu membuat anda berasa segar dan sentiasa bertenaga.
11. Bersukan boleh menyegarkan badan dan memberi anda peluang menghabiskan sedikit masa bersama teman dan lari drpd ketegangan masalah keluarga serta tugas harian. Pastikan anda berbual ttg perkara yg menyeronokkan, luar skop kerja dan keluarga.
12. Bersenam. Jika anda tdk pandai bersukan anda masih boleh membuat aktiviti utk kesihatan mll bersenam spt aerobik, tai chi dan sebagainya yg bukan shj menyeronokkan badan ttp melegakan fikiran.
13. Hentikan merokok. Selain menganggu sistem tubuh, merokok membuat anda kurang bergaya @ kurang 'cool' kerana ia memberi gambaran seseorg itu sedang berserabut fikirannya.
14. Makan makanan yg boleh membuat anda gembira dan ceria spt kek, coklat, cip kentang dan sebaginya asalkan jumlahnya tdk keterlaluan.
15. Elakkan makanan proses dan berlemak tinggi secara berlebihan kerana ia boleh mengganggu dan melemahkan sistem tubuh dan seterusnya membuat kulit dan badan anda tdk sihat.
16. Dgn cara pemakanan dan makanan yg kita makan hari ini, supplement@ zat tambahan adalah penting. Pastikan anda mendapatkan vitamin, galian dan zat tambahan yg diperlu. Dptkan nasihat doktor anda apa yg anda perlukan dan jenama terbaik utk anda.
17. Jgn abaikan kasut dan beg tangan. Walaupun kasut dan beg tangan dipakai utk keperluan tertentu, anda patut suaikan beg tangan dan kasut dgn pakaian jika ingin penampilan anda hebat dan berkesan.
18. Pastikan kasut anda dilap bersih dan tdk berlumpur di tumit. Ia mencactkan penampilan dan menggugat kepakaran kerjaya anda.
19. Sederhana utk korporat. Pakai perhiasan spt anting2, rantai dan gelang sederhana dan kecil jika anda di bidang korporat. Begitu pun anda boleh mencuba yg agak besar jika berani ttp pastikan ia sesuai gaya, pakaian dan peribadi anda.
20. Elakkan kerlipan! Utk aktiviti @ tugas siang, cuba elakkan perhiasan, pakaian juga solekan yg berkilat @ berkilau. Simpan is utk digayakan pd waktu mlm.
21. Beg kerja hasilkan gaya hebat. Beg kerja @ briefcaseamat sesuai bg anda yg berada di peringakt eksekutif. Selain menampilkan gaya hebat anda nampak serius dlm tugas.
22. Cuba maskara. Ramai wanita tdk begitu minat menggunakan maskara kerana bimbang nampak terlalu bersolek. Begitu pun pemakaian selapis maskara mampu memperindahkan mata dan keseluruhan wajah serta membuat mata nampak segar bersinar.23. Air penting utk kehidupan. Pastikan sebotol air galian di sisi setiap masa; di meja pejabat, dlm kereta @pun beg tangan. Minum beberapa teguk setiap setengah jam utk mengembalikan kehilangannya. Ingat air menentukan perjalanan zat dlm darah dan bagus utk kulit. Cukup air, kulit segar dan anda tampil hebat.
24. Jgn sembunyikan kekurangan dgn ketara. Jika botak biarkan. Jgn ditutup kekurangan itu dgn rambut tepi. Ia mencacatkan penampilan dan membuat anda nampak spt kurang keyakinan diri.
25. Kasut bertumit hanya sesuai utk wanita. Lelaki pendek patut elakkan kasut bertumit krn ia nampak kelakar.
26. Pastikan tali leher diseterika rapi dan diikat kemas. Tali leher dipakai utk memberikan penampilan segak, tidak guna bertali leher jika ia hanya mencacatkan penampilan.
27. Selaraskan kasut dan tali pinggang. Warna kasut dan tali pinggang yg terselaras memainkan peranan dlm penampilan seseorg terutama lelaki. Percayalah kebijaksanaan menyelaraskan kedua2nya memberikan gambaran lbh meyakinkan.
28. Cukup tidur. Tidur penting utk memastikan proses pembaik pulih bdn berjalan lancar. Ingat! Kala and tidur sel2 tubuh bergiat cergas melakukan proses pemulihan. Sbb itu, tidur secukupnya penting utk kesihatan dan kecantikan.
29. Jaga kesejahteraan seluruh bdn. Penampilan hebat terletak pd penjagaan dan penyelarasan dr hujung rambut ke kaki. Pastikan tiada bahagian yg diabaikan.
30. Pastikan kuku sentiasa dipotong @ dibentuk dan dibersih. Bagi wanita pula, jika mahu mewarna kuku, pasti ia sentiasa berjaga dan tdk terkopek2. Ia memberi gambaran anda seorg yg tdk senonoh.
31. Jgn lupa memuji. Bukan memuji sepanjang masa ttp pd waktu yg sesuai dan bila perlu. Berikan pujian kpd ibu, bapa, suami, anak, rakan sekerja, anak buah di tempat kerja @ sesiapa shj yg layak menerimanya krn tindak balas mrk akan memberi seribu makna dlm hidup.
32. Penampilan yg hebat bukan hanya pd pakaian. Cara anda berjln, bertutur dan apa yg keluar drpd mulut anda juga mencerminkan keperibadian.
33. Jauhi sifat cemburu. Cemburu adalah 'penyakit' paling berbahaya krn ia boleh membuat seseorg terdesak bertindak liar, bercakap perkara yg tdk baik @ bersikap kurang cantik. Elakkan sifat ini dlm apa juga hal dan suasana krn ia pasti menyerlah di wajah dan membuat penampilan tercemar.
34. 'Keyakinan diri' pakaian paling hebat. Bina keyakinan diri krn ia penting utk penampilan hebat. Bagaimana bergaya @ trendy sekalipun anda, jika tiada keyakinan diri, penampilan pasti tenggelam. Tarik nafas dlm2 dan hembuskan mll mulut sebanyak 5 kali sambil berkata dlm hati, "Aku nampak hebat" sebelum tampil di khalayak setiap kali. Mudah2an ia dpt membantu.
35. Elakkan berpakaian sendat @ melekap tubuh di tempat kerja, jika anda berada di bidang yg serius spt pengurus dan sebagainya. Ia lbh sesuai digayakan waktu mlm bilamana anda lbh santai dan ingin berseronok.
36. Jadilah diri sendiri! Personaliti seseorg mencerminkan keindahan yg ada pd dirinya. Walau apa pun yg anda salutkan ke tubuh, semua itu hilang tanpa personaliti yg menarik.

Bagaimana Cara dan Adab Berjalan yang Baik dan Betul?


BERJALAN, Anda telah melakukannya sepanjang hidup Anda. Tetapi, sudahkah Anda melakukannya dengan benar? Berjalan mempunyai banyak faedahnya dari segi meningkatkan postur tubuh secara keseluruhan sehingga melatih otot untuk menguatkan pergelangan kaki tetapi semuanya memerlukan proses berjalan yang betul.  Menurut Lucinda Everett iaitu Ketua Divisi Pediatrik Anestesi Harvard Medical School, Inggris, mengungkapkan fakta bahawa seseorang yang berjalan lebih dari 1.5 mil per hari dan wanita yang berjalan empat jam seminggu memiliki 35% pengurangan risiko penyakit jantung.  Dalam sebuah hadis dari Anas bin Malik pula dikisahkan Rasulullah SAW telah memberi contoh berjalan yang baik. "Sesungguhnya Rasulullah SAW berjalan dengan tegar." (HR Muslim). Ketika berjalan, Nabi Muhammad SAW mengangkat kedua kakinya setinggi-tinggi iaitu berjalan bertumpu pada pangkal telapak kakinya kerana beliau berjalan dengan tegap, tidak seperti orang sakit atau perempuan.
  
ü Berjalan dengan normal
Ibnu Katsir menjelaskan, bahawa berjalan normal adalah berjalan secara biasa iaitu tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. "Pertengahan di antara keduanya."

ü Tidak menoleh ke belakang
Dalam Shahiihul Jaami dikisahkan bahwa Nabi Muhammad SAW apabila berjalan, baginda tidak menoleh ke belakang kerana menoleh ke belakang ketika berjalan dapat membuat seseorang jatuh, tergelincir serta akan dicurigai oleh orang yang melihatnya.

ü Tidak berpura-pura lemah ketika berjalan
Berpura-pura lemah ketika berjalan dengan maksud untuk dilihat oleh orang lain dilarang dalam Islam. Selain itu, juga tidak boleh berpura-pura sakit ketika berjalan, kerana dapat mengundang kemarahan Allah SWT.

ü Berjalan dengan kuat
Setiap Muslim harus berjalan dengan tegap seperti yang dicontohkan oleh Nabi SAW. Menurut Syekh Sayyid Nada, cara berjalan seperti Rasulullah SAW lebih dekat kepada roh Islam. "Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah SWT, dibandingkan mukmin yang lemah," katanya.


GAYA BERJALAN
a) Gaya berjalan seseorang boleh mencerminkan keadaan seseorang.
b) Biasanya mereka yang ada kedudukan tinggi samada dalam Kerajaan atau bukan akan berjalan
secara lambat kerana semuanya tersedia dan tidak ada apa yang hendak dikejar.
c) Mereka yang kedudukan rendah sentiasa bergerak lebih pantas kerana segalanya akan dilakukan sendiri.
d) Ada juga yang kedudukan rendah tetapi lembap pergerakannya. Ini kerana sifat yang lemah
lembut dan sentiasa tenang & juga orang yang  lembap dan malas.
e) Berdiri tegak & jangan membongkok
f) Mulakan dengan langkah kanan
g) Angkat kepala tegak memandang ke depan, jangan menunduk semasa berjalan.
h) Bidangkan dada, kempiskan perut, tahan nafas dan jangan biarkan perut menonjol ke hadapan
i) Elak melenggang kedua belah tangan/menghayun terlampau tinggi
j) Elak berjalan secara terburu-buru
k) Berjalan secara biasa sahaja kelajuannya atau gayanya

GAYA BERDIRI
a) Gaya berdiri seseorang boleh menunjukkan  perwatakannya.
b) Seseorang yang keadaannya tidak tentu arah, sikap dan fikiran sentiasa berubah, sentiasa
bersedia untuk bertindak dan sukar menerima perubahan, apabila ia berdiri tidak boleh diam.
c) Ia sentiasa bergerak-gerak samada kakinya atau badannya.
d) Seseorang yang sangat menghormati orang lain dan disukai oleh ramai biasanya apabila berdiri akan meletakkan kedua-dua tangannya ke belakang.
e) Berdiri dengan betul dan tidak membongkok 40
f) Dada sentiasa ke hadapan manakala perut ke dalam
g) Kaki perlu terbuka sedikit tidak rapat sangat dan tidak pula terbuka luas
  
GAYA DUDUK
a) Masuk dari sebelah kanan kerusi jika keadaan  membolehkan
b) Duduk tegak, jangan membongkok
c) Sandarkan badan ke belakang dan kempiskan perut
d) Rapatkan kedua-dua belah kaki dan lutut dan menyerong ke sebelah tepi
e) Letakkan kedua belah tangan di atas riba
f) Jika kerusi tinggi, bolehlah silang kaki dan bawa ke tepi
g) Bila bangun dari kerusi, badan jangan terlalu membongkok
h) Keluar hendaklah melalui sebelah kanan
i) Bila berdiri, luruskan belakang dan tegakkan kepala

GAYA BERJABAT TANGAN
a) Gaya seseorang berjabat tangan juga menunjukkan sikapnya.
b) Cara berjabat tangan juga berubah caranya mengikut keadaan.
c) Ada yang suka berjabat tangan dengan banyak kali mengoncang dan mengambil masa yang lama. Ini berlaku apabila lama tidak bertemu dengan rakan lama.
d) Ada berjabat tangan dengan tangan kanan manakala tangan kiri memegang lengan tangan
rakan.
e) Ramai pula yang mengambil ringan mengenai berjabat tangan dan tidak menunjukkan kesungguhan. Biasanya ia gunakan hujung jari saja dan kadangkala cepat sangat menarik seolah olah tidak begitu rela bersalam.
f) Ada yang berjabat tangan secara kasar dan agresif.  Ini jelas menunjukkan kekerasan sifatnya.

BENTUKLAH  PENAMPILAN DIRI YANG SEMPURNA

TIPS MERAWAT KECANTIKAN WANITA

TANGAN DAN KAKI


Penjagaan kuku
Penjagaan kuku ni sama nilainya dengan penjagaan wajah, rambut dan kulit. Tapi tak ramai tahu cara nak jaga kuku sebab tak tahu pentingnya kuku.  Menjaga kuku sebenarnya tak susah pun kita cuma kena sentiasa potong dan bersihkan kuku.  Banyak keburukan yang datang kalau kita tidak menjaga kuku dengan sebaiknya. Antaranya adalah akan mendatangkan penyakit seperti cagu, kuku merekah, mudah patah, kusam, bewarna kuning atau hitam yang pasti menjejaskan penampilan kita.

Cara Penjagaan Kuku
  • Pastikan kuku dibersihkan selalu terutama bagi mereka yang sering melakukan kerja rumah seperti    memasak. Jangan potong kuku terlalu pendek.
  • Rendam dalam air suam dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.
  • Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok kuku dengan kain untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.
Cara menjaga kebersihan tangan dan kaki
  • Bersihkan tangan dan kaki sehari minima 2 kali sehari atau apabila kotor.
  • Potong kuku 1 kali seminggu. (gunakan pemotong kuku dan setelah dipotong hujung kuku dihaluskan atau dikikir)
  • Gunakan kasut atau alas kaki yang lembut dan selesa
Petua Tradisional
  • Kuku kaki kadang-kadang mudah berubah warna menjadi kehitaman atau kekuningan menyebabkan ia kelihatan tidak menarik.
  • Cuba tuangkan cuka di atas kuku tadi dan gosok dengan kain lembut. Kemudian bilas dengan air suam. Pasti warnanya akan kembali berseri.
  • Selain itu boleh juga mengunakan hirisan buah lemon dengan di gosokkan pada jari dan kuku anda, biarkan 5-10 minit dan dibilas. Boleh amalkan selalu..
  • Boleh juga mencuba dengan menggunakan bawang putih yang dibelah dua. Gosok pada kuku kaki hingga warnanya kembali berseri dan berkilat. Kemudian bersihkan.

RAMBUT

Cara rawatan rambut dan kepala
  • Bersihkan rambut dengan shampo secara rutin (minima 2 kali seminggu)
  • Potong dan sisir rambut agar terlihat rapi.
Tips merawat rambut
Rambut Lurus.
rambut lurus biasanya mengandung lebih banyak pelembap, kurangi penggunaan produk kosmetik, styling cream, dan pelembap rambuta yang cukup berat karena rambut akan cenderung lepek. gunakannlah gel atau spray khusus.

Rambut Ikal
cobalah untk memotong rambut anda yang ikal dengan gaya trap panjang atau layer agar tak terlalu mengembang. jaga supaya tidak lepek. pakailah leave-in control hair volume pada pangkal rambut sampai ujung rambut anda.

Rambut Keriting
jangan pernah menyesal jika anda mempunyai rambut keriting. jika anda sering meluruskan rambut atau perawatan yang laiinya itu akan membuat keindahan rambut keriting anda menjadi rusak. cobalah memakai conditioner setiap habis keramas. untuk pemilik rambut keriting yang tipis, keringkan bagian ujung rambutdengan membalikan rambut. agar lebih sempurna gunakan shine-spray untuk menampilkan kemilau indah rambut keriting anda.

MUKA

Cara menjaga kebersihan muka dan mata.
  • Cuci muka minimal 3 kali sehari
  • Bersihkan kawasan mata dari arah luar ke dalam (bersihkan kotoran mata yang terdapat pada sudut kelopak mata)

Cara menjaga kebersihan telinga dan hidung
  • Bersihkan hidung dan telinga secara rutin ( 1- 2 minggu sekali) lakukan dengan hati-hati menggunakan alat yang bersih.


Cara menjaga kebersihan gigi dan mulut
  • Gosok gigi setiap selesai makan dan sebelum tidur dengan cara yang betul.
  • Elakkan daripada makanan atau minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
  • Elakkan makanan yang masam terlalu kerap.
  • Banyak mengambil makanan yang bergizi.
  • Berjumpa doktor gigi secara rutin.

Cara menjaga kebersihan badan
  • Mandi menggunakan sabun mandi secara rutin minima 2 kali sehari.
  • Gunakan pakaian yang bersih dan kemas.



PAKAIAN

Kita harus mematuhi dan mengikuti etika pemakaian yang sesuai mengikut situasi, tempat dan keadaan. Sebagai contoh, jika kita ingin bersukan, kita harus memakai pakaian yang sesuai iaitu berpakaian sukan dan berkasut sukan. Kita tidak seharusnya memakai pakaian formal untuk bersukan kerana hal yang demikian akan menyebabkan kita kurang selesa. Selain itu, jika kita ingin ke majlis rasmi, kita harus memakai pakaian yang kemas. Contohnya, berbaju kemeja dan berseluar ‘slack’ serta berkasut kulit. Kita tidak harus berpakaian seperti ingin bersukan. Hal yang demikaian akan menyebabkan orang lain kurang selesa dengan kita. Kesimpulannya, kita harus bijak memilih cara pemakaian sebelum melakukan sesuatu perkara mengikut situasi, tempat dan keadaan.


PILIHAN GAYA DAN AKSESORI MENGIKUT MAJLIS



















PEMILIHAN AKSESORI

Sesuai dengan peredaran zaman, rantai leher daripada emas putih sesuai digayakan untuk apa saja acara. Biar kecil, tetapi jika dihias dengan sebutir berlian atau permata, ia sudah memadai untuk melengkapkan penampilan. Bagi yang meminati keunikan manik, rantai pelbagai reka dan warna ini hanya sesuai untuk digayakan ke acara santai dan kasual. Sebelum memilih aksesori, seseorang perlu mengetahui titik fokus pada tubuh, penampilan dan pakaian yang dipilih. Contohnya, jika ingin fokus pada bahagian wajah, pilih variasi anting-anting. Kemudian, aksesori perlu dipilih mengikut koordinasi fabrik, warna dan tekstur pakaian. Pilih aksesori pakaian wanita yang dapat dipadan dengan lebih daripada satu jenis pakaian. Misalnya, aksesori berona semula jadi seperti topi, tudung, beg tangan dan barang kemas boleh disesuaikan dengan lebih banyak jenis pakaian. Pilihan warna yang sentiasa senang untuk disuai padan ialah putih, hijau, biru, merah dan hitam. Bagi mereka yang selalu pening kepala untuk memadankan gaya atau pilihan aksesori, beberapa tip berikut boleh dicuba.
  
Urusan formal
Pakaian formal seperti ke pejabat boleh diperindah dengan aksesori fesyen bersaiz kecil dan sederhana. Apabila seorang pengurus wanita memakai baju berkolar dan berlengan panjang, dia perlu memilih anting-anting kecil. Cincin bertatah batu permata yang besar sesuai disarung pada jari jemari yang halus untuk menyerlahkan kecantikan tangannya, tetapi cukup dengan itu, jangan pilih aksesori sarat yang lain.

Menghadiri majlis di siang hari
Untuk penampilan pada waktu siang, aksesori haruslah ringkas bagi mengelakkan imej berserabut. Hal ini hanya akan membuatkan si pemakai berasa tidak selesa, malah orang di persekitarannya juga akan berperasaan serupa. Pakaian kasual seperti blaus, kemeja-T dan seluar jean boleh diserlahkan dengan tali pinggang berwarna terang, kulit tebal atau berkepala besar. Selain berjaya menambah ilusi kerampingan tubuh, ia juga berfungsi menceriakan pakaian.

Baju berkolar
Apabila memakai blaus berkolar bentuk V, hiaskan leher dengan seutas rantai. Jika kolar blaus sarat dengan sulaman ataupun jahitan, lebih baik pakai seutas gelang yang cantik dan anting-anting unik untuk menyerlahkan keanggunan.

Majlis makan malam
Penampilan malam lazimnya memerlukan aksesori yang bersinar atau berkerlipan, justeru rantai mutiara berona putih, kelabu dan hitam sesuai dipadan dengan gaun singkat atau panjang. Rantai yang disaluti saduran warna keemasan juga menepati tema apabila menghadiri sebarang majlis yang diadakan pada waktu malam. Lazimnya, wanita lebih suka memilih rona pakaian berona hitam, merah atau putih untuk dipadankan bersama aksesori berkilat ini. Set aksesori mutiara pula perlu dipadankan dengan subang dan cincin. Elakkan memakai aksesori yang berlainan warna kerana ia bukan saja boleh mencacatkan penampilan, malah mungkin membuatkan anda ditertawakan orang. Bagi penampilan malam, sebaiknya pilih loket, cincin dan subang yang besar kerana ia mudah dilihat. Jika anda memakai rantai yang kecil, pastikan loket itu bertatah batu kristal dan bersaiz besar supaya tampil ringkas, tetapi elegan.


SOLEKAN MATA NATURAL


Kulit putih 
Bagi yang berkulit putih, warna paling sesuai untuk dioles ke kelopak mata adalah rangkaian warna coklat. Supaya tidak kelihatan pucat, calit sedikit pembayang mata berwarna merah jambu pada tulang kening supaya kulit kelihatan lebih cerah dan segar.

Kulit sawo matang 
Gadis berkulit sawo matang, gunakan pembayang mata berwarna coklat keperangan (taupe). Boleh juga digunakan pilihan warna tanah atau oren kecoklatan. Pilihan warna itu akan membuatkan solekan mata kelihatan lebih moden dan tidak terlalu polos.

Kulit kuning langsat 
Oleskan warna karamel, perang kekuningan (tan) atau kuning gangsa (bronze). Boleh juga pilih pembayang mata berwarna sedikit keemasan bagi solekan di sebelah malam.

Kulit gelap 
Tidak perlu khuatir kerana untuk yang berkulit gelap, solekan nude masih berkesan. Pilih rangkaian pembayang mata dari warna tembaga (copper) dan coklat bata kerana ia sangat sesuai serta dapat memberikan hasil berkilau di kulit gelap anda. Boleh juga pilih warna dari nuasa coklat gelap untuk kelihatan lebih segar.



PEMILIHAN BAG MENGIKUT BENTUK TUBUH

Bentuk tubuh jenis PETITE
Selalunya wanita yang bertubuh KURUS memiliki bentuk badan seperti ini. Beg jenis lebar dan clutch sesuai digayakan oleh tubuh begini. Jangan sesekali suba untuk menggayakan beg tangan yang bertali pendek kerana ia akan menampakkan lagi bentuk badan anda yang kecil. Beg berbentuk bulat atau ala-ala bulat sesuai untuk wanita yang memiliki bentuk badan jenis ini.


Bentuk tubuh jenis slim athletic
Untuk wanita yang aktif bersukan, biasanya ukuran dada, pinggang dan pinggul mereka sama sahaja. Sama seperti wanita yang memiliki tubuh jenis petite, beg berbentuk bulat atau ala-ala bulat juga sesuai untuk wanita yang memiliki bentuk tubuh jenis slim athletic.


Bentuk tubuh jenis hour glass
Jenis ini sempurna, nampak seimbang di bahagian atas dan bawah serta pinggang kelihatan ramping. Wanita berbentuk badan begini sangat beruntung kerana boleh menggayakan semua jenis beg. Tetapi anda tidak perlu terlalu yakin. Terdapat beberapa perkara yang harus difikirkan sebelum anda memilih beg tangan seperti corak, bentuk, gaya dan warna. Fabrik kulit, warna hitam dan putih merupakan ciri-ciri yang paling sesuai untuk pemilihan beg tangan anda. Saiz yang sederhana, lebar, membujur dan bersandang adalah yang terbaik untuk anda kelihatan bergaya semasa berjalan.


Bentuk tubuh jenis apple
Akan kelihatan kurus di bahagian punggung ke bawah, namun mengalami masalah besar di bahagian atas. Sebaiknya gunakan beg tangan yang tergantung di paras pinggang seperti beg silang atau beg bimbit supaya dapat memberikan keseimbangan kepada tubuh badan anda. Beg tangan yang TALInya PANJANG sedikit sesuai untuk bentuk badan apple untuk mengelakkan badan nampak terlalu penuh di bahagian atas. Dengan tali yang panjang sedikit, ia dapat menutupi kekurangan bahagian atas yang besar dari yg bawah.


Bentuk tubuh jenis pear
Selalunya mereka akan besar di bahagian punggung (pinggul yang lebar) dan kecil di bahagian dada. Perlu mengalih perhatian ke bahagian atas. So, beg tangan berTALI PENDEK sesuai untuk anda. Beg bertali pendek melindungi dada anda yg kecil. Ia juga memberikan keseimbangan pada bentuk badan.


JENIS - JENIS KASUT WANITA

JENIS KASUT LELAKI/WANITA




JENIS KASUT



1.Ankle Straps
GAMBAR1. Ankle straps shoe
Ankle Straps mempunyai tali yang dililit di sekeliling buku lali. Straps yg dililit biasanya menggunakan material macam reben, renda dan bahan-bahan lain. Kalau tak ada lilitan, bukan ankle straps lah namanya.

2.Ballet Flats
GAMBAR2. Ballet flats shoe

Kasut ni juga dikenali dgn nama kasut ballerina. Ballet Flats ni diinspirasikan dari kasut ballet (tetapi ditransform dari segi material dan cara pembuatan). Ballet Flats ni mempunyai tapak yang leper dan tertutup serta menyerupai sandal.

3.Kitten heel
GAMBAR3. Kitten heels shoe

ialah tumit yang pendek, juga ramping mahupun tirus, biasanya tinggi tumitnya dari 3.5 cm (1.5 inci) hingga 5 cm (2 inci) wіth a slight curve setting thе heel іn frοm thе edge οf thе shoe, sebab itulah design tumitnya agak tirus.

4.Spool Heels
GAMBAR4. Spool heels shoe

Kasut ni lagi tinggi daripada kitten heels bυt nο tοο high macam stilletto.  Tinggi tumitnya lebih kurang 2.0-2.5 inci. Tumitnya agak luas di bahagian atas dan bawah dan sempit dibahagian tengah.

5.Mary Jane
GAMBAR5. Mary jane shoe

Mary Jane adalah istilah Amerika untuk jenis kasut tali atau sandal yang biasanya memiliki tumit rendah, luas dan jari kaki tertutup bulat, dan satu tali ber’buckle‘ menyilang punggung kaki dan/atau sekitar pergelangan kaki.

6. Winklepickers
GAMBAR6. Winklepickers shoe

Juga dikenali sebagai Winkle Pickers adalah gaya kasut atau boot yang digunakan dari tahun 1950 dan seterusnya oleh peminat lelaki dan perempuan rock аnd roll British. Ciri-ciri yang membuatkan ia dipanggil winklepickers adalah kerana bahagian hadapan kakinya panjang, sangat tajam dan cukup runcing.

 7. Platform shoes
GAMBAR7. Platform shoe

Juga dikenali sebagai Disco Boots adalah kasut, kasut bυt, atau sandal dengan tapak tebal sekurang-kurangnya 4 inci tinggi, sering diperbuat daripada gabus, plastik, getah, atau kayu (kasut platform yang bertapak kayu secara teknikal juga adalah terompah).Ianya telah digunakan di berbagai budaya sejak zaman kuno.

8. Mules 
GAMBAR8. Mules shoe

Berasal dari bahasa Perancis. Ia merupakan stail kasut tanpa bahagian belakang dan biasanya tertutup dibahagian hadapan. Mules boleh didapati dalam pelbagai jenis kasut daripada tapak rata hingga ke tumit tiggi.

9. Pumps
GAMBAR9. Pumps shoe

Kasut ni bertutup sepenuhnya dari depan sampai belakang. Didapati dalam pelbagai ketinggian dan jenis tumit.

10.Peep Toes
GAMBAR10. Peep toes shoe

Kasut ni bentuk dia bertutup sama ada depan sahaja ataupun keseluruhan. Uniknya, ade lubang kecil kat bahagian depan kasut.  Kira nampak la sikit ibu jari kaki.

11.Wedges
GAMBAR11. Wedges shoe

Sekiranya anda memiliki tubuh sedikit berisi, tak salah kalau anda nak pakai wedges ni. Tapaknya yang tebal akan menyokong tubuh anda ketika berdiri. Selain itu, ia juga memberi keselesaan buat si pemakai yang bertubuh gempal berbanding kasut bertumit halus. Elakkan kasut bertapak tebal yang bertali rumit sekiranya anda memadankannya dengan baju kurung kerana dikhuatiri anda akan nampak sarat. Memadankan kasut ini dengan seluar akan membuatkan anda kelihatan bergaya. Sekiranya anda bertubuh kurus atau kecil, pilihlah wedges tanpa tali. Memakai wedges tanpa tali akan menyerlahkan bentuk kaki anda yang kecil. Seeloknya, padankan wedges ringkas dengan skirt labuh, baju kurung dan kebaya.