Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka
berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak
sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada
kesedihan dan hati yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah
perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami
pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah
faham antara satu sama lain.
1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan
ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai
lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan
mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi
kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang
mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.
2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan
menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba
mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan
perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya.
Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan
diri anda.
3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai
sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu
sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak
kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih
baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan
ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang
lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup
anda beri.
5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda
harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada,
merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah
perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah
payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia
mengubah pendiriannya.
6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana
dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek
kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua
kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri
adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan
kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada
agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya.
Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan
suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun
anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang
mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak
berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan
diri anda. Andalah yang patut berubah.
8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan
berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab
suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna
sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah
akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.
9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif
dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai
diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa
kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.
10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa
yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu
kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang,
kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia
dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang
ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai
kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah
dia kepada anda.
12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki
yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman
yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila
anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
13. Panggillah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama
yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda
memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai
wanita.
14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha
untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan
perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan
memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah
menjadikan diri lebih terhormat.
15. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila
masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah
dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula
apa yang ingin anda katakan.
16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal
remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik
bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk
membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.
17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara
kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa
sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan
sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir
mengenai anda.
18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami
anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya.
Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya
anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira
mengahwini suami anda.
19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya
atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan
kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan
rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.
20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Apabila Rasa Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan
sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda
adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal
membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba
mencari jalan keluar.
21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak
dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di
akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan
betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya. Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh
pasangan anda
No comments:
Post a Comment