Monday 20 January 2014

Fakta Menarik Mengenai Kuku




Sejumlah wanita biasa menghabiskan waktunya untuk memastikan kukunya terlihat menarik dan glamor. Dan Anda yang memperhatikan kebersihan, biasanya rutin memotong kuku sekali dalam seminggu.


1. Kuku kaki lama tumbuhnya
Kuku tangan anda tumbuh 3 hingga 4 kali lebih cepat berbanding kuku jari kaki. Itulah alasannya, anda lebih sering memotong kuku jari tangan berbanding kaki.

2. Kuku kaki tebal 
Kuku kali ketebalannya hampir dua kali berbanding kuku tangan. Itulah alasannya anda merasa kesulitan untuk memotong kuku kaki. 

3. Kuku jari tengah lebih cepat panjang 
Dalam sebulan, rata-rata kuku tangan anda tumbuh sekitar sepersepuluh dari 1 inci dan kuku jari tengah anda tumbuh lebih cepat. 

4. Kuku ibu jari lebih lama panjang
Dari semua kuku di jari anda, kuku ibu jari alias ibu jari laju pertumbuhan yang paling lambat. 

5. Rajin potong jadi cepat tumbuh 
Jika anda memotong kuku secara teratur, maka akan tumbuh lebih cepat. 

6. Musim panas sering gunting kuku
 Kuku tumbuh lebih cepat pada iklim yang hangat dibanding sejuk. Sehingga anda cenderung lebih sering memotong kuku di musim panas.

7. Siang lebih cepat
Kuku anda tumbuh lebih cepat di siang hari berbanding malam hari. 

8.Muda lebih cepat
anda yang usianya masih muda maka pertumbuhan kukunya lebih cepat berbanding yang sudah tua. 

9. Kuku dari protien 
Komponen utama kuku sama dengan rambut anda, sejenis protein yang dipanggil keratin. 

10.Kuku tumbuh pada yang dominan 
Misalnya saja jika anda kidal maka kuku di tanan kiri akan tumbuh lebih cepat berbanding yang kanan. 

11. Urut ringan boleh bantu 
anda boleh merangsang pertumbuhan kuku dengan mengurut secara teratur, tekan kuku dengan ringan di atas meja atau dengan menaip komputer. 

12. Pemberitahu kesihatan Kuku 
anda boleh memberitahu kesihatan anda. Misalnya, anda yang mempunyai bintik putih menunjukkan kekurangan kalsium di tubuh. 

13. Minum air jika rapuh
Jika anda mempunyai kuku kering atau rapuh, anda boleh membuatnya lebih sihat dengan meningkatkan pengambilan air. 

14. Kuku dan malapetaka
Dalam banyak budaya, memotong kuku setelah hari gelap atau malam dianggap membawa sial. 

15. Kuku setelah meninggal
 Berlawanan dengan kepercayaan popular, rambut dan kuku tidak terus berkembang selepas anda meninggal. Sejak tubuh kekeringan setelah meninggal, seolah-olah kuku dan rambut tetap tumbuh.




Coming Soon.

NANTIKAN BUKU KERJA PENGURUSAN GAYA HIDUP dari kami.



Buku ini mengandungi maklumat mengenai "Grooming" dan personaliti anda..
Antara personaliti yang terdapat dalam buku ini ialah Personaliti dan gigi, personaliti dan tahi lalat, personaliti dan bantal,personaliti dan cara makan serta banyak lagi Ia terdapat juga berbagai jenis Ujian Minda seperti soalan yang mencabar minda, tips-tips penjagaan kesihatan, potong dan tampal, lakaran, dan banyak lagi..


Untuk mengetahui personaliti anda, jgn lepaskan peluang untuk mendapatkan buku ini..
Ayuh sertai Program kami bagi mendapatkan buku ini..





 




Monday 13 January 2014

Jom Senyum

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Tahukah Anda



Purata sebatang pensil boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 KM atau menulis 50,000 perkataan

Friday 10 January 2014

Rahsia tahi lalat korang dan maksudnya, jom baca !

                RAHSIA TAHI LALAT ANDA

Tanda Firasat Tahi Lalat
Bibir atas kanan Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah Tercapai cita-cita
Biji mata kanan Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri Malas dan suka duduk
Betis kanan Suka berhibur, boros
Betis kiri Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan Cerdas dan cekap
Kening kiri Cerdas dan sopan santun
Tengah kening Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri Suka berpoya-poya
Ketiak kanan Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri Kehendak kuat
Batang hidung Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung Banyak rezeki
Dagu bawah kanan Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri Bijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri Baik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki) Bakal beristeri dua
Tumit kanan Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri Baik budi
Alis kanan Suka menolong dan baik hati
Alis kiri Ramai yang suka
Pangkal peha kanan Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan Suka menolong
Jari kaki kiri Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiri Ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri Menepati janji dan rajin
Pipi kanan Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kri Ramai teman
Ubun-ubun Kurang jujur
Pusat Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri Disayang pasangan hidup
Dada kanan Dapat mengatasi masalah
Dada kiri Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri Dapat berpangkat
Perut bawah kanan Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah Agak malas
Kelopak mata kiri bawah Agak bodoh, kurang bijaksana

Khasiat Lobak Putih

  • Bermanfaat bagi gigi, gusi, saraf, rambut dan kuku.
  • Merangsang nafsu makan.
  • Meringankan gugup dan darah gemuruh.
  • Baik untuk mereka yang menghadapi masalah pernafasan
  • Mengatasi masalah pencernaan
  • Meredakan sembelit
  • Merawati selsema
  • Membantu mengurangkan kelebihan berat badan atau obesitas dan melarutkan batu empedu.
  • Membantu dalam kes tuberkulosis.
  • Lobak juga mempunyai kesan diuretik ringan, meningkatkan pengeluaran urin oleh buah pinggang (elok untuk pesakit batu karang).
  • Baik untuk pesakit diabetes.

Saturday 21 December 2013

PROGRAM GENIUS GROOMER LIFESTYLE

Penampilan GAYA HIDUP Bijak Pandai

PROGRAM PALING AMAZING,
malah PALING HEBAT.

Program kami meletup dipasaran,
sana sini orang bercerita tentang kehebatan program ini.

genius groomer menjadi fenomena...
kerana kesannya terbaik dalam melahirkan
kumpulan pelajar "paling cemerlang".

Kandungan program luar biasa hebat untuk kesan optimum.
Setiap ibu bapa dan pelajar pasti teruja melihat hasilnya.

HEBAT-HEBAT! review paling jujur tentang suoer impak.

bila kali pertama pelajar sertai program ini...mereka akan berkata:
"WOW!!! Hebat! Ini betul-betul teknik paling hebat.

program Genius Groomer berperanan sebagai motivasi asas yang mendorong pembinaan kecemerlangan diri dan akademik.

Konsep Genius Groomer di dalam diri pelajar adalah luas dan menyeluruh, merangkumi persediaan menghadapi peperiksaan dan krisis diri. Program Groomer atau penampilan diri adalah nilai akhlak yang penting dan ia memainkan peranan yang berkesan dalam membina kecemerlangan peribadi dan memajukan prestasi akademik.

Program Genius Groomer adalah satu pendekatan terbaru yang digunakan bagi tujuan memajukan diri setiap pelajar sama ada dalam urusan membina kecemerlangan diri mahupun kecemerlangan akademik.

Program Genius Groomer bakal mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri setiap pelajar, remaja dan rakyat Malaysia. Genius Groomer membentuk dan mengolah gerak laku, perbuatan dan Latihan mengikut bentuk dan sistem acuan kecemerlangan.

Kandungan Program Kecemerlangan Diri Genius Groomer.

1. Mengenal kelemahan dan kekurangan diri individu lain melalui:

a) Cara berjalan.

b) cara makan.

c) Cara mandi.

d) Cara Senyum.

e) Cara Tidur.

2. Membina keyakinan diri melalui program kecantikan dan kebersihan seperti:

a) Melalui pendekatan make-up.

b) Melalui pendekatan "Lembut Bibir".

c) Melalui pendekatan "Tajam Mata".

d) Melalui kuasa lisan.

e) Melalui Teknik Ulangan.

Program Genius Groomer mengatur dan menyelaraskan empat hubungan asas iaitu hubungan dengan diri-sendiri, hubungan dengan ibu bapa, hubungan dengan kawan atau teman dan hubungan dengan masyarakat.
Setiap pelajar perlu menghormati diri-sendiri dengan maruah, tutur kata dan kelakuan yang baik.

JOM belajar teknik mengenal "Individu lain" melalui pendedahan berikut:

1) Pendekatan Tulisan

2) Pendekatan Tandatangan.

3) Pendekatan Tarikh Lahir.

4) Pendekatan Warna.

5) Pendekatan Bau.

6) Pendekatan Pakaian.

7) Pendekatan Nada Suara.

Genius Groomer selain berperanan sebagai "Jiwa Akhlak" ia juga memberi kesan yang amat besar ke arah mendidik jiwa setiap pelajar dan para pelajar bakal mendapat banyak hikmah jika mengikuti program ini dengan sempurna.

JOM...Kira menilai kejujuran dan kesetiaan seseorang/pasangan melalui teknik-teknik berikut:

1) Teknik Jalan 3 Penjuru.

2) Teknik Makan 4 Gaya.

3) Teknik Gerakkan Badan 10 Acara.

4) Teknik Cemburu.

5) Teknik Pesaing.

6) Teknik Perubahan Wajah.