Bersolek atau bermekap memang mengambil masa yang panjang.
Tetapi, bagaimana kalau anda hanya ada masa lima minit? Tip berikut boleh membantu
anda tampil menawan:
1. Pakai pelembap ke seluruh wajah. Selepas seminit, sapukan
alas mekap (foundation) secara tipis dan ratakan dengan menggunakan span
bersaiz besar.
2. Tidak perlu pakai bedak. Terus kenakan pemerah pipi,
tetapi jangan gunakan yang berbentuk krim kerana jenis ini mengambil masa lebih
panjang.
3. Untuk mata segar menawan, jangan lupa pakai maskara.
4. Pakai penggaris mata bertona hitam atau coklat tua.
5. Akhir sekali pakai gincu bibir dengan bantuan berus kecil
kerana cara ini boleh membuatkan warna gincu lebih tahan lama.
No comments:
Post a Comment