BERAPA KERAP ANDA PERASAN BAHAWA TIBA-TIBA TEMAN LELAKI ATAU PASANGAN
MEMBOHONGI ANDA? ADA SAHAJA ALASAN YANG DIBERI SEHINGGA ANDA MERASAKAN
ADA SESUATU YANG DISELINDUNGKAN. ITU JIKA ANDA MENGESANNYA DENGAN LEBIH
AWAL DAN ANDA TAHU DIA MEMANG SEDANG BERBOHONG. TETAPI BAGAIMANA PULA
JIKA SI DIA SEDIKIT PUN TIDAK MENUNJUKKAN BAHAWA DIA SEDANG BERBOHONG
DAN ANDA TERUS-TERUSAN MEMPERCAYAINYA.
Jangan risau, tip dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada pasangan anda berbohong atau tidak.
Menyentuh hidung
Apabila
seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi
darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai
kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap
menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang
diselindungkannya.
Menutup mulut
Ada sesetengah orang
meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan
satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari
kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut
mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap
Apabila
seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan
tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa
petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu,
marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi,
jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk
menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan mata
Orang
yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat
pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari
kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan
dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya,
ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan
disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan
dirinya tidak berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang
berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya.
Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan
tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah
Orang
yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila
seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan
tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini
berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Kesimpulannya,
sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita
perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti.
Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau
tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda
orang tersebut berbohong.
No comments:
Post a Comment