PEMILIHAN AKSESORI
Sesuai dengan peredaran zaman,
rantai leher daripada emas putih sesuai digayakan untuk apa saja acara. Biar
kecil, tetapi jika dihias dengan sebutir berlian atau permata, ia sudah memadai
untuk melengkapkan penampilan. Bagi yang meminati keunikan manik, rantai
pelbagai reka dan warna ini hanya sesuai untuk digayakan ke acara santai dan
kasual. Sebelum memilih aksesori, seseorang perlu mengetahui titik fokus pada
tubuh, penampilan dan pakaian yang dipilih. Contohnya, jika ingin fokus pada
bahagian wajah, pilih variasi anting-anting. Kemudian, aksesori perlu dipilih
mengikut koordinasi fabrik, warna dan tekstur pakaian. Pilih aksesori pakaian
wanita yang dapat dipadan dengan lebih daripada satu jenis pakaian. Misalnya,
aksesori berona semula jadi seperti topi, tudung, beg tangan dan barang kemas
boleh disesuaikan dengan lebih banyak jenis pakaian. Pilihan warna yang
sentiasa senang untuk disuai padan ialah putih, hijau, biru, merah dan hitam.
Bagi mereka yang selalu pening kepala untuk memadankan gaya atau pilihan
aksesori, beberapa tip berikut boleh dicuba.
Urusan formal
Pakaian formal seperti ke pejabat
boleh diperindah dengan aksesori fesyen bersaiz kecil dan sederhana. Apabila
seorang pengurus wanita memakai baju berkolar dan berlengan panjang, dia perlu
memilih anting-anting kecil. Cincin bertatah batu permata yang
besar sesuai disarung pada jari jemari yang halus untuk menyerlahkan kecantikan
tangannya, tetapi cukup dengan itu, jangan pilih aksesori sarat yang lain.
Menghadiri majlis di siang hari
Untuk penampilan pada waktu siang,
aksesori haruslah ringkas bagi mengelakkan imej berserabut. Hal ini hanya akan
membuatkan si pemakai berasa tidak selesa, malah orang di persekitarannya juga
akan berperasaan serupa. Pakaian kasual seperti blaus,
kemeja-T dan seluar jean boleh diserlahkan dengan tali pinggang berwarna
terang, kulit tebal atau berkepala besar. Selain berjaya menambah ilusi
kerampingan tubuh, ia juga berfungsi menceriakan pakaian.
Baju berkolar
Apabila memakai blaus berkolar
bentuk V, hiaskan leher dengan seutas rantai. Jika kolar blaus sarat dengan
sulaman ataupun jahitan, lebih baik pakai seutas gelang yang cantik dan
anting-anting unik untuk menyerlahkan keanggunan.
Majlis makan malam
Penampilan malam lazimnya memerlukan
aksesori yang bersinar atau berkerlipan, justeru rantai mutiara berona putih,
kelabu dan hitam sesuai dipadan dengan gaun singkat atau panjang. Rantai yang disaluti saduran warna
keemasan juga menepati tema apabila menghadiri sebarang majlis yang diadakan
pada waktu malam. Lazimnya, wanita lebih suka memilih rona pakaian berona
hitam, merah atau putih untuk dipadankan bersama aksesori berkilat ini. Set aksesori mutiara pula perlu
dipadankan dengan subang dan cincin. Elakkan memakai aksesori yang berlainan
warna kerana ia bukan saja boleh mencacatkan penampilan, malah mungkin
membuatkan anda ditertawakan orang. Bagi penampilan malam, sebaiknya
pilih loket, cincin dan subang yang besar kerana ia mudah dilihat. Jika anda
memakai rantai yang kecil, pastikan loket itu bertatah batu kristal dan bersaiz
besar supaya tampil ringkas, tetapi elegan.
Kulit putih
Bagi yang berkulit putih, warna paling sesuai untuk dioles ke kelopak mata adalah rangkaian warna coklat. Supaya tidak kelihatan pucat, calit sedikit pembayang mata berwarna merah jambu pada tulang kening supaya kulit kelihatan lebih cerah dan segar.
Bagi yang berkulit putih, warna paling sesuai untuk dioles ke kelopak mata adalah rangkaian warna coklat. Supaya tidak kelihatan pucat, calit sedikit pembayang mata berwarna merah jambu pada tulang kening supaya kulit kelihatan lebih cerah dan segar.
Kulit sawo matang
Gadis berkulit sawo matang, gunakan pembayang mata berwarna coklat keperangan (taupe). Boleh juga digunakan pilihan warna tanah atau oren kecoklatan. Pilihan warna itu akan membuatkan solekan mata kelihatan lebih moden dan tidak terlalu polos.
Gadis berkulit sawo matang, gunakan pembayang mata berwarna coklat keperangan (taupe). Boleh juga digunakan pilihan warna tanah atau oren kecoklatan. Pilihan warna itu akan membuatkan solekan mata kelihatan lebih moden dan tidak terlalu polos.
Kulit kuning langsat
Oleskan warna karamel, perang kekuningan (tan) atau kuning gangsa (bronze). Boleh juga pilih pembayang mata berwarna sedikit keemasan bagi solekan di sebelah malam.
Oleskan warna karamel, perang kekuningan (tan) atau kuning gangsa (bronze). Boleh juga pilih pembayang mata berwarna sedikit keemasan bagi solekan di sebelah malam.
Kulit gelap
Tidak perlu khuatir kerana untuk yang berkulit gelap, solekan nude masih berkesan. Pilih rangkaian pembayang mata dari warna tembaga (copper) dan coklat bata kerana ia sangat sesuai serta dapat memberikan hasil berkilau di kulit gelap anda. Boleh juga pilih warna dari nuasa coklat gelap untuk kelihatan lebih segar.
Tidak perlu khuatir kerana untuk yang berkulit gelap, solekan nude masih berkesan. Pilih rangkaian pembayang mata dari warna tembaga (copper) dan coklat bata kerana ia sangat sesuai serta dapat memberikan hasil berkilau di kulit gelap anda. Boleh juga pilih warna dari nuasa coklat gelap untuk kelihatan lebih segar.
PEMILIHAN BAG MENGIKUT BENTUK TUBUH
Bentuk tubuh jenis PETITE
Selalunya wanita yang bertubuh KURUS
memiliki bentuk badan seperti ini. Beg jenis lebar dan clutch sesuai
digayakan oleh tubuh begini. Jangan sesekali suba untuk menggayakan beg
tangan yang bertali pendek kerana ia akan menampakkan lagi bentuk badan anda
yang kecil. Beg berbentuk bulat atau ala-ala bulat sesuai
untuk wanita yang memiliki bentuk badan jenis ini.
Bentuk tubuh jenis slim athletic
Untuk wanita yang aktif bersukan,
biasanya ukuran dada, pinggang dan pinggul mereka sama sahaja. Sama seperti wanita yang memiliki
tubuh jenis petite, beg berbentuk bulat atau ala-ala bulat juga sesuai untuk
wanita yang memiliki bentuk tubuh jenis slim athletic.
Bentuk tubuh jenis hour glass
Jenis ini sempurna, nampak seimbang di
bahagian atas dan bawah serta pinggang kelihatan ramping. Wanita berbentuk badan begini sangat
beruntung kerana boleh menggayakan semua jenis beg. Tetapi anda tidak perlu terlalu
yakin. Terdapat beberapa perkara yang harus difikirkan sebelum anda memilih beg
tangan seperti corak, bentuk, gaya dan warna. Fabrik kulit, warna hitam dan putih merupakan
ciri-ciri yang paling sesuai untuk pemilihan beg tangan anda. Saiz yang
sederhana, lebar, membujur dan bersandang adalah yang terbaik untuk anda
kelihatan bergaya semasa berjalan.
Bentuk tubuh jenis apple
Akan kelihatan kurus di bahagian punggung ke
bawah, namun mengalami masalah besar di bahagian atas. Sebaiknya gunakan beg tangan yang
tergantung di paras pinggang seperti beg silang atau beg bimbit supaya dapat
memberikan keseimbangan kepada tubuh badan anda. Beg tangan yang TALInya PANJANG
sedikit sesuai untuk bentuk badan apple untuk mengelakkan badan nampak terlalu
penuh di bahagian atas. Dengan tali yang panjang sedikit, ia dapat menutupi
kekurangan bahagian atas yang besar dari yg bawah.
Bentuk tubuh jenis pear
Selalunya mereka akan besar di bahagian
punggung (pinggul yang lebar) dan kecil di bahagian dada. Perlu mengalih perhatian ke bahagian
atas. So, beg tangan berTALI PENDEK sesuai untuk anda. Beg bertali pendek melindungi dada
anda yg kecil. Ia juga memberikan keseimbangan pada bentuk badan.
No comments:
Post a Comment