Okay, kali ni kami bagi tips pemilihan pakaian yang betul. Mula - mula kenelah kenal pasti bentuk tubuh sendiri barulah boleh pilih warna yang sesuai mengikut diri anda..:P
TIPS MEMILIH PAKAIAN MENGIKUT BENTUK TUBUH
Segi empat bujur
Wanita mempunyai garis pinggang yang kecil atau tiada langsung. Bergantung kepada berat badan atau ketinggian masing-masing, keseimbangan badan mampu diraih dengan menggunakan pakaian berlapik bahu, pemakaian vest, jaket atau fabrik lembut untuk pakaian bahagian atas.
Berlian
Bentuk Berlian dikategorikan untuk wanita yang mempunyai
perut atau pinggul yang agak besar daripada bahagian dadanya. Untuk menampakkan
bentuk badan seakan kurus perlu mengenakan aksesori leher yang labuh, pakaian
bercorak sederhana, warna gelap atau gaun tanpa pinggang dan vest terbuka.
Bujur telur
Mereka yang mempunyai bentuk badan Bujur Telur perlu memilih
pakaian yang mempunyai garis leher V, corak garis menegak, corak
sederhana
daripada motif geometri ataupun warna asli daripada gelap hingga
sederhana. Sebagai tambahan, mereka boleh mengenakan kasut bertumit
sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori
yang
berwarna-warni untuk mengalih perhatian.
Hourglass
Bentuk Hourglass diandaikan sebagai bentuk badan yang
sempurna. Wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini memiliki ukuran dada
dan pinggul yang agak sama. Sementara ukuran pinggangnya lebih kurang 25
sentimeter (10 inci) lebih kecil daripada dada atau pinggulnya. Mereka yang
mempunyai bentuk badan seperti itu sesuai dengan apa saja pakaian.
Membeli-belah cukup mudah untuk mereka.
Segi tiga terbalik
Bentuk badan seperti ini juga yang kedua paling diimpikan
oleh wanita. Bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian
bawah. Untuk menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka harus memilih
skirt bergaris A, tekstur yang garang, corak bergaris mendatar serta
seluar
labuh. Atau meminimumkan bahagian atas badan dengan mengenakan blaus
berkolar
luas, corak bergaris menegak dan tekstur fabrik halus.
Segi tiga (buah pir)
Bentuk badan yang biasa dimiliki oleh wanita. Bahagian
pinggul lebih besar daripada dada. Wanita seperti itu perlu mengenakan pakaian
yang mempunyai pelapik bahu, ia adalah aksesori penting mereka. Selain itu
warna gelap termasuk hitam adalah sesuai pakaian untuk bahagian bawah seperti
skirt atau seluar.
PANDUAN MEMILIH WARNA PAKAIAN YANG BETUL
Makasih tipsnya...
ReplyDeletedengan begini semua wanita bisa tapil cantik ...
apalagi kalau pakai kaos kaki muslimah murah dengan motif yang cantik pasti akan terlihat lebih cantik...
Moga sukses
iya Asyikkk ini ..
ReplyDeletetipsnya bisa di cobain niiii ...kalau tips cara pilih kaos kaki muslimah untuk fashion he he he he ....
Mohon penjelasannya