Atasi rambut gugur
Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam
segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit,
kemudian barulah dibilas.
Rambut beruban & kelemumur
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala
perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah
kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.
Menghilangkan kelemumur
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat,
campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan
tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa. Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala.
Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Untuk hasil yg baik, biarkan rambut
anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga
berguna utk mengurangkan pening kepala.
Melembutkan rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dalam
bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir.
Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas
rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar
dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih.
Lakukan dua minggu sekali.
Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua.
Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut.
Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama
seminggu.
No comments:
Post a Comment