Masing - masing ada tabiat tidur yang berlainan. Tahukah anda karakter yang dapat dilihat melalui cara tidur anda. Jom kita ambik tahu karakter seseorang melalui cara tidur...:P
Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala
Kamu
adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk
belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik
yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah
agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik
mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu
yang agak memilih.
Selubung seluruh badan dengan selimut
Kamu
sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh
di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah.
Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu
masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara
bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa
kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.
Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang
Sesiapa
yang tidur dengan cara kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan
perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu
lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada
dalam diri kamu memang dipuji.
Tidur meringkuk
Kamu
berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri
kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta
kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam
hidupmu.
Tidur mengiring dan meringkuk
Pentingkan diri
sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu
menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus
sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan
mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.
Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan
Kamu
adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si
gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah
bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang
kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar
sebaliknya kamu harus belajar untuk lebih bertenang.
Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
Berbeza
dari individu yang tidur dengan cara tidur mengiring dan meringkuk
tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan
penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di
dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di
dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang
ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini,
kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.
Tidur meringkuk di satu arah
Cara
tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri
sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu
lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin.
Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan
tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.
Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Cara
tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu
cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga
adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana
pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan
gemar bergosip juga ada dalam diri kamu... jadi, siapa pula yang kamu
maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?
Tidur meniarap
Sekiranya
kamu tidur dengan cara meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu
yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering
memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga
adalah individu yang lalai dan tidak teratur!
No comments:
Post a Comment