Saturday 21 December 2013

PROGRAM GENIUS GROOMER LIFESTYLE

Penampilan GAYA HIDUP Bijak Pandai

PROGRAM PALING AMAZING,
malah PALING HEBAT.

Program kami meletup dipasaran,
sana sini orang bercerita tentang kehebatan program ini.

genius groomer menjadi fenomena...
kerana kesannya terbaik dalam melahirkan
kumpulan pelajar "paling cemerlang".

Kandungan program luar biasa hebat untuk kesan optimum.
Setiap ibu bapa dan pelajar pasti teruja melihat hasilnya.

HEBAT-HEBAT! review paling jujur tentang suoer impak.

bila kali pertama pelajar sertai program ini...mereka akan berkata:
"WOW!!! Hebat! Ini betul-betul teknik paling hebat.

program Genius Groomer berperanan sebagai motivasi asas yang mendorong pembinaan kecemerlangan diri dan akademik.

Konsep Genius Groomer di dalam diri pelajar adalah luas dan menyeluruh, merangkumi persediaan menghadapi peperiksaan dan krisis diri. Program Groomer atau penampilan diri adalah nilai akhlak yang penting dan ia memainkan peranan yang berkesan dalam membina kecemerlangan peribadi dan memajukan prestasi akademik.

Program Genius Groomer adalah satu pendekatan terbaru yang digunakan bagi tujuan memajukan diri setiap pelajar sama ada dalam urusan membina kecemerlangan diri mahupun kecemerlangan akademik.

Program Genius Groomer bakal mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri setiap pelajar, remaja dan rakyat Malaysia. Genius Groomer membentuk dan mengolah gerak laku, perbuatan dan Latihan mengikut bentuk dan sistem acuan kecemerlangan.

Kandungan Program Kecemerlangan Diri Genius Groomer.

1. Mengenal kelemahan dan kekurangan diri individu lain melalui:

a) Cara berjalan.

b) cara makan.

c) Cara mandi.

d) Cara Senyum.

e) Cara Tidur.

2. Membina keyakinan diri melalui program kecantikan dan kebersihan seperti:

a) Melalui pendekatan make-up.

b) Melalui pendekatan "Lembut Bibir".

c) Melalui pendekatan "Tajam Mata".

d) Melalui kuasa lisan.

e) Melalui Teknik Ulangan.

Program Genius Groomer mengatur dan menyelaraskan empat hubungan asas iaitu hubungan dengan diri-sendiri, hubungan dengan ibu bapa, hubungan dengan kawan atau teman dan hubungan dengan masyarakat.
Setiap pelajar perlu menghormati diri-sendiri dengan maruah, tutur kata dan kelakuan yang baik.

JOM belajar teknik mengenal "Individu lain" melalui pendedahan berikut:

1) Pendekatan Tulisan

2) Pendekatan Tandatangan.

3) Pendekatan Tarikh Lahir.

4) Pendekatan Warna.

5) Pendekatan Bau.

6) Pendekatan Pakaian.

7) Pendekatan Nada Suara.

Genius Groomer selain berperanan sebagai "Jiwa Akhlak" ia juga memberi kesan yang amat besar ke arah mendidik jiwa setiap pelajar dan para pelajar bakal mendapat banyak hikmah jika mengikuti program ini dengan sempurna.

JOM...Kira menilai kejujuran dan kesetiaan seseorang/pasangan melalui teknik-teknik berikut:

1) Teknik Jalan 3 Penjuru.

2) Teknik Makan 4 Gaya.

3) Teknik Gerakkan Badan 10 Acara.

4) Teknik Cemburu.

5) Teknik Pesaing.

6) Teknik Perubahan Wajah.


Apakah anda ingin mengenal punca kewujudan sesuatu masalah dalam diri, keluarga dan kenalan anda?


1. Apakah diri anda dan ahli keluarga anda sedang mengalami gangguan yang sukar untuk dijelaskan seperti gangguan mistik dan misteri?

2. Apakah perangai dan kelakuan anak anda pelik, ganas,degil, banyak masalah disiplin, suka mengasingkan diri atau suka bergaul bebas, benci dengan majlis ilmu serta sukar mendirikan solat dan anda terasa terancam serta menanggung rasa bimbang yang melampau terhadap mereka?

3. Apakah anak anda sukar mendekati buku atau kerap kali mengantuk bila berdepan dengan buku, malas membaca , sering gagal dalam matematik, sains, bahasa inggeris, sejarah dan lain-lain walaupun telah banyak menghadiri seminar dan tuisyen?

4. Apakah anda kerap sakit kepala,sukar tidur, sering mimpi ngeri, perut selalu bermasalah, sentiasa mengalami sakit tulang sendi, sukar bernafas, kulit bermasalah, mengalami alahan, sukar membuang air kecil, sembelit, keputihan dan bermasalah. (Contoh jerawat, jeragat,kulit kusan dan tidak sekata)?

5. Apakah anda masih menanggung penyakit tertentu walaupun berjaya mendapatkan rawatan di klinik atau hospitak terbaik?

6. Apakah anda mengalami masalah di tempat kerja seperti tertekan dengan kelakuan rakan sekerja dan majikan?

7. Apakah cinta anda sering kali gagal, sukar mendapat jodoh, sukar mendapat zuriat atau pasangan hidup anda panas baran, sering berlaku pertelingkahan, anda mempunyai rasa curiga terhadap pasangan dan sebagainya?

8. Apakah kerjaya anda sebagai peniaga, pegawai pemasaran, guru, peguam, doktor, jururawat, penguatkuasa, jurujual dan lain-lain sering memberi tekanan luar biasa sehingga menjejaskan ketenangan emosi, perniagaan dan karier anda semakin merosot, mood anda sering berubah, usha anda kerap kali gagal dan anda semakin sukar menyimpan wang?

ANDA MEMERLUKAN SOKONGAN DAN BANTUAN?

Kami daripada Institut Sains Gaya Hidup RNP menyediakan peluang sesi kaunseling yang lengkap dengan rawtan bagi individu yang ingin mengenal punca sesuatu masalah dan penyakit dalam diri mereka.

Rawatan kami adalah mengikut kaedah matafizik, hanya menggunakan pendekatan sains dan tidak ada kaitan dengan unsur kepercayaan agama.

Ada kalangan individu yang akan merasa perkara ini tidak penting dan tiada kaitan dengan mereka padahal mereka sebenarnya keras kepala untuk mengaku diri mereka dalam masalah.

Biar apa pun pandangan mereka mengenai masalah yang berkaitan di atas , yang tanggung mereka tetap sukar untuk mencari sesi kaunseling seperti mana yang kami tawarkan. Mahu tidak mahu suatu hari nanti, kami juga yang menjadi tempat rujukan bagi menyelesaikan masalah anda.

Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Bayaran kaunseling RM 90.00 bage setiap 40 minit.

Sila hubungi kami untuk membuat temu janji.

Friday 19 July 2013

DIET!!

5 SEBAB DIET KECUNDANG

Diet merupakan salah satu cara untuk mendapatkan berat badan ideal. Namun, jangan terlalu mengharap untuk berjaya dalam program diet anda sekiranya anda mengabaikan beberapa tip penting ini:


1. Melewatkan waktu makan
Kesibukan melakukan pekerjaan biasanya akan membuatkan anda menunda waktu makan dan akan meningkatkan nafsu untuk makan lebih daripada kuantiti yang sepatutnya.

2. Makan pemanis buatan
Sambil membuat kerja, tangan lincah menyuap kudap-kudapan manis, terutama makanan yang dihasilkan menggunakan pemanis buatan sendiri. Tidak kira di dalam makanan mahupun minuman. Kandungan pemanis buatan sendiri di dalam makanan ini akan memicu metabolisme tubuh untuk meningkatkan penyimpanan lemak di dalam tubuh.

3. Menjauhi gandum dan bijirin
Jenis makanan ini secara bertahap akan mengurangkan kemungkinan penambahan lemak di perut. Gandum dan bijirin memiliki jumlah karbohidrat yang membantu dalam proses pencernaan.

4. Mengabaikan lemak baik
Meski makanan berlemak merupakan musuh bagi mereka yang ingin melakukan diet sihat, namun tidak bagi avokado. Buah ini mengandungi lemak baik yang penting bagi tubuh. Menambahkan buah avokado di dalam menu harian akan mengurangkan lemak di sekitar perut secara lebih cepat. Selain avokado, minyak zaitun dan kacang-kacangan merupakan sumber yang baik bagi tubuh mereka yang tengah diet.

5. Malas olah tubuh
Meski dikatakan lapuk, tetapi melakukan aktiviti olahraga memang menjadi senjata utama untuk membantu mencapai matlamat tubuh yang sihat, bugar dan langsing!!




PUNYAI 7 PERSONALITI AGUNG

PROGRAM SEHARI KHAS UNTUK PELAJAR - PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (FORM 1 DAN FORM 2) BERTUJUAN UNTUK MEMANTAPKAN PERSONALITI PARA PELAJAR DENGAN MENGETAHUI

"MILIK SIAPA 7 PERSONALITI AGUNG"

(Membongkar 7 langkah cemerlang pelajar yang pasti cemerlang dalam menghadapi cabaran pendidikan, peperiksaan dan kehidupan)

FOKUS PROGRAM:

# MENGENALI CABARAN MATEMATIK
# MENGENALI CABARAN BAHASA INGGERIS
# MENGENALI CABARAN KECANTIKAN LUAR/DALAM
# MENGENALI CABARAN BERAT BADAN IDEAL
# MENGENALI CABARAN PERSAHABATAN/PERCINTAAN
#MENGENALI CABARAN GROOMING
# MENGENALI CABARAN FESYEN DAN GAYA HIDUP





Thursday 18 July 2013

TULANG RUSUK ADAM



WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)

Kamu, tulang rusukku.
    Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
    Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
    rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
    merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
kebosanan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari, pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi !!”.
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku !!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang lelaki asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasa sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di Lapangan Terbang, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya dengan sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?

WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, lalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar bahawa WANITA adalah salah seorang yang menjadi korban di Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasa sakit dihatinya. Akhirnya, dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, lalu tulang rusuknya sendiri dia patahkan atas kebodohannya sendiri.
    Kita patut menepis 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudian hari, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan diri, tetapi semua itu sudah terlambat…
    Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
    Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?
Wallahulam…

Monday 15 July 2013

SOALAN PANJANG JAWAPAN PENDEK




1. Awek saya selalu paksa saya ke shopping complex beli belah. Dia beli tapi saya yang kena bayar. Tak bayar kang majuk lak. Camana ni?

Jawapan: Putuslah.

2. Pakwe saya langsung tak pedulikan saya. SMS pun jarang, call lagi la tak. Masa diperlukan je cari saya. Apa perlu saya buat ni?

Jawapan: Tinggalkanlah.

3. Hari-hari saya rasa nak tepon pasangan saya, SMS dia, bergayut, dating ngn dia. Orang kata serba-serbi lah nak buat ngn dia. Aduh macam mana ni? Saya study lagi ni, mana ada duit nak kawin lagi.

Jawapan: Menabunglah.

4. Pakwe aku tinggalkan aku lah. Sedih gile aku. Sampai ati dia curang dengan aku. Masalahnya aku takleh lupakan dia, rindu dia tiap masa. Tolong aku..sedih ni..sob sob..

Jawapan: Sabar & solatlah.

5. Hari-hari aku nak jumpa awek aku. Bila aku jumpa dia, aku nak pegang tangan dia..cium pp dia..ringan2 sikit..utk eratkan lagi perhubungan. Tapi aku tau benda tu tak baik, tapi kalo aku tak buat..aku rasa hubungan kitorang akan renggang lak. Ni cara utk dia tambah syg dengan aku..Camno weh?

Jawapan: Kahwinlah.

6. Hari-hari ada orang ngorat saya. Rimaslah saya. Camana ni? Muka saya lawa sangat kot.

Jawapan: Niqablah.

7. Aku tak boleh nak fokus keje aku wat lah. Study aku. Aku duk pk dia je. Aku jatuh cinta kot. Jatuh cinta ni boleh dalam Islam. Bla bla bla..dalil tu dalil ni..pot pet berbunga-bunga..bercinta sblm kawin haram..bercinta selepas kawin..halal...pot pet pot pet..

Jawapan: P minanglah.

8. Aku malu ah nak approach dia. Dah 8 bulan 10 hari aku pendam perasaan ini. 

Jawapan: Bak no dia.

9. Aku dah lama tak solat. Dah cuba solat, tapi malas lik. Pastu aku tak solat terus. Camana nak rajin solat ni?

Jawapan: Jadi makmum aku.

10. Aku dah lama tunggu dia. Setia menanti dia. Aku akan menanti dia sampai bila-bila. Hati ini hanya utk dia. Dialah segala-galanya dalam hidup ni. Aku takleh hidup tanpa dia.

Jawapan: Mengucaplah. ( cuz dah macam syirik lak )

11. Serabut betullah aku tengok nasihat-nasihat suruh bertudung, tutup aurat ni. Aku tahulah benda tu. Nanti-nantilah, tunggu aku ready sikit dulu. Tunggu sampai seru. Apa la..nak tegur pun agak-agaklah..tahulah org tu dah tutup aurat, sibuk plak nak kisah hal org lain. Laser plak tu tegur org. Kan kan kan? ( ajak org mengumpat sekali )

Jawapan: Allahumma ameen! ( doa terus dalam hati supaya dilembutkan hati yg tak tutup aurat tu, bukan p redha je dengan kata2 dia )

12. Aduh! Mahal la plak keluarga belah pompuan nak. Aku bajet Rm10 ribu je. Dorang nak Rm20ribu. Nak grand2 buat kat hotel segala bagai lak. Nak outdoor2 photoshoots la plak. Camana ni bos?

Jawapan: Bincanglah. Kalo failed, cancel je la.

13. Hati aku tak tenang dowh. Akhir-akhir ni gelisah, resah je. Semangat pun down je. Adoiyai. Sedih plak tetibe. 

Jawapan: Nah ( bagi youtube Syeikh Mishari Rasyid baca al-Quran )

14. Hati aku tak tenang gak la. Entah la nape ngn hati ni. Tak tenteram gile-gile.

Jawapan: Jom! ( bawak dia p ke masjid bersolat, dgr tazkirah dll..bukan bawak pi dangdut )
15. Gile ah politik tanahair. Situ rasuah, sini pecah amanah, sana pakai duit rakyat, situ caci-maki, sinun fitnah-fitnah, sunun kata mengata. Sana kata dia betul, sini kata aku betul. Semua nak menang. Pening aku! 

Jawapan : Tukarlah!


16. Aku dah lama jadi org tak baik. Aku berdosa. Aku banyak buat salah. Aku ada wat dosa besar. Aku rasa Allah takkan terima dah diri aku ni. Baik aku terus je wat dosa dan masuk neraka. Tu mmg layak utk aku. Aku ada suka someone ni, tapi dia lebih baik dari aku dan aku tak layak utk dia. Ko rasa2 aku layak tak dapat dia. Dapat tak aku jadikan dia pasangan aku?

P.S/ Jawapan untuk soalan 16 tanya lah hati masing2...bertaubat lah....


LAWAK SANTAI.=)


Selsema Burung 


"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung."

"Saya tahu,"jawab doktor.

"Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. 

 "Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."

"Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu. 

"Dia telah mencium pembantu rumah kami." 

"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin." 

"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu." 

"Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu." 

"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya." 

"Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti." 






Pak Pandir membeli durian 

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan... 

Pak Pandir : "Bang harga durian ini berapa?" 

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji" 
Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya.. 

Pak Pandir : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"? 

Org Asli : "Boleh aje, nak kurang berape? 

Pak Pandir : "Lahupa.. boleh ya!" 

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir... 

Org Asli : "Lahupa itu berapa?" 

Pak Pandir : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"




Serahkan pada Yang Di Atas 

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar. 

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki.. 

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!" 







Ubat anti-gempa 

Di satu kaki lima yang sibuk di sebuah kota , terdengar seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya. 

Penjual ubat : Mari! Mari! Abang, adik, kakak, makcik, pakcik! Saya ingin memberitahu anda semua sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa! Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini! Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun! Saya telah menjualnya di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya! Cubalah! Bandar ini bakal dilanda gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!! 

Orang ramai yang lalu lalang di situ pun terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia hari ini, mereka pun tanpa was-was berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut. 

Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun untuk membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai itu adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa sudah semakin hampir. Pakcik itu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku. 

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi.. Satu minit berlalu...dua minit berlalu.....hingga minit yang ke sepuluh, pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat itu. 

Pakcik : Eh! Dah lama dah ni! Mana gempanya? Awak tipu kami ya? 

Penjual ubat : Haa! Kan betul apa saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!! 

Pakcik : ???? 








Penimbang 

Seorang perempuan masuk ke dalam sebuah Klinik sambil mendukung seorang bayi... Tiba-tiba perempuan itu ternampak sebuah alat penimbang berat untuk orang dewasa. Ia menghampiri alat penimbang tersebut, tapi kemudian nampak kebingungan. 

Seorang petugas klinik itu melihatnya... menghampiri dan bertanya kenapa ia nampak kebingungan. 

"Sebenarnya saya ingin menimbang bayi ini, tapi alat ini seperti bukan untuk bayi" kata perempuan tersebut. 

"Memang ini penimbang untuk orang dewasa. Tapi masih boleh digunakan untuk menimbang bayi. Caranya bayi dan IBUnya naik ke atas alat timbangan ini... lalu dicatatkan berapa angkanya... 

Setelah itu IBU pula naik seorang diri di atas alat timbangan ini dan dicatatkan angkanya. 

Saya boleh bantu mendukung bayi ini. Lalu... angka pertama ditolakkan dengan angka kedua.... 

itulah berat bayi" kata petugas Klinik tersebut... 

"Tapi rasanya masih tidak boleh" kata si perempuan. 

"Kenapa? tanya petugas kehairanan... 

"Kerana saya bukanlah IBUnya.. tapi pengasuhnya..." jawab wanita itu. 







Friday 12 July 2013

18 PERKARA WANITA PATUT TAHU




1. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

2. Lelaki juga boleh menjadi seorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin) dan lelaki seperti ini  akan sedikit mengongkong anda, kerana risau tentang keselamatan kekasih hatinya.

3.  Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.Jika penolakan itu bersesuaian dengan keadaan.

5.  Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

6.  Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.

7.  Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!.

8.  Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9.  Bila lelaki cakap, ”Emm, tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. Perkara ini sama sahaja seperti anda mendengar nama perempuan lain di mulutnya.. Perempuan??Cemburu takk? ^_^

12.  Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari perpustakaan atau buku semata-mata. Oleh itu, mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

13.  Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14.  Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, tetapi tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya sekadar kawan.

15.  Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tidak menunjukkan kesedihannya di hadapan orang. Dan berkemungkinan hidupnya akan berubah sekiranya dia kehilangan wanita yang paling dicintainya.

16.  Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

17.  Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.Perasaan kesal dan bersalah akan terbit di sanubarinya

18.  Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah seorang insan yg sempurna. Sama seperti anda wahai wanita. Jadi sebaik-baiknya, terimalah lelaki itu seadanya sebagaimana dia menerima kekurangan anda. Jagalah hati lelaki yg sanggup menitiskan air mata hanya kerana anda. Jangan anggaap lelaki seperti ini lemah, tetapi anggaplah bahawa CINTA mereka begitu kuat. PERCAYALAH, lelaki yg mengalirkan air mata kerana anda adalah seorang lelaki yg akan berusaha untuk memperisterikan anda. ^_^

MAKANAN DAN HIKMAHNYA DALAM ISLAM




Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila emakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habbal sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.
Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

RAHSIA BENTUK BIBIR



Setiap orang mempunyai jenis bentuk bibir yang berbeza dan disebalik bentuk bibir ini, memberi taksiran terhadap tingkah-laku dan watak seseorang. Kenali jenis bentuk bibir anda untuk mengetahui peribadi anda.


Bibir Tebal
Bentuk bibir kelihatan tebal dan kembang, tidak berapa cantik tetapi kalau pandai mengenakan solekan yang betul, akan kelihatan seksi dan menggoda. Bagi mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang pandai mengatur kewangan dalam perbelanjaan, penyabar serta berani menghadapi dugaan dan cabaran hidup.

Bibir Kecil
Bentuk ini amat disukai, kerana kelihatan comel dan mungil seperti bibir bayi. Mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang suka berterus-terang tetapi mudah merasa rendah diri serta merasa diri tidak bahagia.

Bibir Tipis
Selalu dikaitkan, orang berbibir tipis adalah jenis celupar iaitu suka cakap lepas dan berbisa serta bermulut jahat, tetapi ini hanya andaian dan kalau adapun ianya adalah kebetulan. Dikatakan orang bibir bibir tipis tidak mempunyai prinsip dan pegangan hidup kerana mereka mudah terpengaruh apabila dipujuk rayu iaitu bersikap seperti lalang.

Bibir Kecil dan Sempit
Dikaitkan sebagai seorang yang yang comel dan manis. Mempunyai sifat yang hampir serupa dengan orang berbibir kecil. Bezanya, mereka selalu cepat panik dan bimbang apabila berhadapan dengan masalah serta tidak pandai membuat keputusan. Merasakan diri tidak diberi peluang yang cukup dalam sesuatu keadaan.

Bibir Kehitaman
Bibir kehitaman yang bukan disebabkan merokok, tetapi memang semulajadi kehitaman. Mereka ini dikatakan jenis yang suka berbohong dan bergaduh.

Bibir Pucat
Mereka berbibir jenis ini merupakan seorang yang bersifat panas baran dan cepat marah serta menginginkan kemenangan didalam segala hal dan situasi.

PETUA MERAWAT MASALAH RAMBUT



Atasi rambut gugur
Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.


Rambut beruban & kelemumur
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.


Menghilangkan kelemumur
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa. Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Untuk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Melembutkan rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dalam bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.


Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.


Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.



TENTANG LELAKI YANG WANITA PERLU TAHU



jom kita bercakap pasal lelaki …agak-agak kaum hawa berminat tak nak tahu mengenai fakta ni erk?..mesti ada kan…mungkin fakta yang tah siapa yang reka ni dapat membantu kaum hawa untuk mengenali kaum lelaki ..mungkin tidak secara mendalam..tapi secara amnya..Yela,sebab bukan semua lelaki sama sifatnya..maksudnya setiap manusia ada perangai yang berbeza-beza..tapi ciri-ciri yang di senaraikan dekat bawah ni mungkin ciri-ciri yang umum bagi setiap lelaki..Cukuplah sekadar untuk kaum hawa memahami secara luaran seorang lelaki yang bersama mereka..ciri-ciri spesifik bagi seseorang lelaki itu mungkin kita dapat ketahui bila kita rapat dengannya…
Contohnya teman lelaki korang mesti korang tahu lebih mendalam kan perangai dorang macam mana..apa yang diorang suka atau tak suka..begitu juga suami atau ayah dan juga abang korang..pendek kata mereka yang bergelar lelaki lah..Jom kaum hawa buat check list sama ada korang dah tahu belum pasal perkara-perkara ni :

1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.


Thursday 11 July 2013

40 TANDA ITULAH CINTA



Namun, kadang-kadang kita jatuh cinta tanpa kita sedari. Kita jatuh cinta kepada si dia tapi kita menafikannya. Jika anda mengalami mana-mana simptom seperti di bawah, ini bermakna anda memang sedang jatuh cinta!



Sukar melelapkan mata. Setiap malam sebelum tidur pasti anda teringatkan si dia. Anda teringatkan peristiwa yang berlaku antara anda dengan si dia pada siang tadi. Atau mungkin anda terbayangkan saat-saat romantis antara anda dengan dia. Kemudian, anda tertidur dengan hati yang berbunga-bunga.


Hati anda sentiasa berdebar bila sahaja ternampak kelibat beliau lalu dihadapan anda. Kalau si dia muncul betul-betul dihadapan anda, anda boleh terkena renjatan elektrik 1 badan.


Kebelakangan ini, anda sering membaca tips-tips cinta di majalah mahupun internet untuk mempraktikkan ke atas si dia.


Tiba-tiba anda berasa cemburu melihatkan si dia mesra dengan orang lain yang sama jantina dengan anda. Siap bergurau dan menepuk-nepuk bahu antara satu sama lain. Anda curi-curi menjeling terhadap aksi si dia.


Perasaan rindu yang membuak-buak di dalam hati anda. Kalau boleh anda mahu si dia berada di depan mata anda 24 jam.


Tiba-tiba anda banyak menghabiskan masa anda dengan handphone anda. Walaupun sesibuk mane, anda masih sempat menghantar mesej ataupun meninggalkan tweet anda kepada si dia walaupun dengan hanya berkata ‘Hai’.


Anda sentiasa bersemangat untuk memulakan hari anda berbanding sebelum ini. Anda mahu menjadi orang pertama yang datang ke kelas/tempat kerja untuk melihat si dia. Si dialah sumber semangat anda setiap hari.


Jika sehari anda tidak dapat melihat si dia walaupun hanya bayang-bayangnya, anda merasa gelisah umpama cacing kepanasan. Ditambah pula, semua mesej anda di handphone, facebook dan twitter tidak dibalas oleh si dia.


Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.


Anda semakin menjaga penampilan anda. Anda sentiasa mahu memakai pakaian yang kemas dan cantik. Dan mungkin juga memakai perfume yang boleh menarik perhatian si dia!


Tiba-tiba anda berubah menjadi defensif terhadap si dia. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia.


Ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan keluar bersama. Mungkin mengajak si dia keluar makan bersama atau mengajak si dia berbincang tentang assigment/projek walaupun anda boleh membuatnya seorang diri.


Ketika rakan-rakan membicarakan tentang jodoh terus tiba-tiba kamu teringatkan akan si dia. Dan tiba-tiba juga anda berangan-angan dapat berkahwin dengan si dia.


Anda mempunyai hobi baru iaitu mengelamun. Kejap-kejap si dia datang dalam fikiran anda. Kemudian, mulalah anda tersenyum seorang diri. Kadang-kadang sambil memandu pun boleh mengelamunkan tentang si dia.


Hati anda terus berbunga-bunga bila ditegur/disapa oleh si dia walaupun si dia hanya bertanya tentang assigment yang diberikan oleh pensyarah tadi. Bagaikan dunia ini anda yang punya.


Anda memberikan si dia sedikit hadiah sebagai tanda ingatan agar si dia berasa terharu dan sentiasa mengingati anda. Mungkin boleh diberikan kad ucapan selamat berjaya dalam minggu peperiksaan.


Anda cuba lari daripada terserempak dengannya. Takut si dia perasan yang anda menaruh hati dengannya. Dan anda takut cinta anda tidak berbalas.


Citarasa anda berubah. Anda mahukan persamaan dengan si dia. Anda cuba mendengar lagu yang si dia dengar. Anda cuba menonton rancangan tv kegemarannya.


Anda melihat bayangan wajahnya di mana saja anda pergi dan pada sesiapa sahaja yang kamu terpandang. Sehingga anda mesti menoleh 2 kali untuk memastikannya.


Anda sanggup berkorban apa sahaja demi si dia. Anda sanggup berkorban wang ringgit dan memerah kudrat tenaga hanya untuk menarik perhatian si dia terhadap diri anda. Dan anda mengharapkan ianya akan berhasil.


Anda cuba menguji si dia adakah si dia juga menyimpan perasaan terhadap anda. Anda berpakat dengan rakan anda untuk membuatkan si dia cemburu.


Sebelum tidur, anda akan mendengar lagu-lagu cinta yang mendayu-dayu. Sambil-sambil itu anda membaca kembali mesej-mesej anda dengan si dia petang tadi seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan anda.


Bila bersama dengan si dia, anda berjalan/memandu dengan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat yang hendak dituju. Kalau boleh, ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.


Prestasi anda dalam kerja/belajar tiba-tiba naik mendadak kerana anda cuba untuk memberitahu kepada si dia bahawa anda pun boleh lakukan apa sahaja.


Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.


Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.


Ke mana sahaja anda pergi anda pasti akan teringat haruman badan si dia. Ketika berjalan-jalan, anda tercium bau yang sama macam si dia dan terus anda tersenyum teringat akan si dia.


Anda tidak pernah menolak mahupun berkata “TIDAK” bagi semua permintaan yang datang dari si dia. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.


Anda mengajak rakan-rakan anda untuk melepak di tempat laluan yang sering digunakan oleh si dia selepas habis kelas hanya semata-semata melepaskan rindu untuk melihat kelibat si dia.


Anda berniat di dalam hati untuk bertekad memiliki si dia. Anda mahukan si dia terus berada di samping anda. Anda mengguna pelbagai cara untuk cuba menarik perhatian si dia tentang kewujudan diri anda.


Anda menyimpan apa sahaja pemberian dari si dia. Kad raya, surat, resit dan apa sahaja di dalam kotak. Dan juga semua sms dari si dia bermula daripada anda berjaya mendapatkan nombornya. Tidak sanggup anda delete kesemua sms dalam hp anda yang dihantar oleh si dia.


Apabila rakan-rakan anda cuba ‘melaga-lagakan’ anda dengan si dia, anda tidak akan marah sebaliknya anda tersipu-sipu malu. Dan pipi anda mula kemerah-merahan.


Si dia kerap menemani anda di dalam mimpi sejak akhir-akhir ini. Bila bangun pagi esoknya, anda cuba mengingati mimpi-mimpi indah antara anda dengan si dia semalam.


Tiba-tiba anda berubah perwatakan apabila bersama si dia. Anda cuba menjadi lelaki/perempuan idaman mereka. Segala tindak-tanduk anda dikawal agak tidak over seperti bersama rakan-rakan.


Anda sering tertanya-tanya apakah yang sedang dilakukan oleh si dia. Adakah si dia sudah makan, mandi, pergi kelas/kerja?


Apabila anda melihat dia, anda tidak akan mempeduli orang lain mahupun keadaan di sekeliling anda pada waktu itu. Anda cuma melihat dia seorang sahaja.


Kebelakangan ini anda sering berdoa kepada si Dia agar dibukakan hati si dia untuk anda dan diperjodohkan dengan anda.


Anda berniat di dalam hati untuk bertekad memiliki si dia. Anda mahukan si dia terus berada di samping anda. Anda mengguna pelbagai cara untuk cuba menarik perhatian si dia tentang kewujudan diri anda.


Ketika anda membaca post ini, hanya wajah si dia saja yang bermain di benak fikiran anda.




Macamana? Masih tidak mengaku bahawa anda sedang jatuh cinta dengan si dia?