Setiap orang mempunyai jenis bentuk bibir yang berbeza dan
disebalik bentuk bibir ini, memberi taksiran terhadap tingkah-laku dan watak
seseorang. Kenali jenis bentuk bibir anda untuk mengetahui peribadi anda.
Bibir Tebal
Bentuk bibir kelihatan tebal dan kembang, tidak berapa
cantik tetapi kalau pandai mengenakan solekan yang betul, akan kelihatan seksi
dan menggoda. Bagi mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang
pandai mengatur kewangan dalam perbelanjaan, penyabar serta berani menghadapi
dugaan dan cabaran hidup.
Bibir Kecil
Bentuk ini amat disukai, kerana kelihatan comel dan mungil
seperti bibir bayi. Mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang
yang suka berterus-terang tetapi mudah merasa rendah diri serta merasa diri
tidak bahagia.
Bibir Tipis
Selalu dikaitkan, orang berbibir tipis adalah jenis celupar
iaitu suka cakap lepas dan berbisa serta bermulut jahat, tetapi ini hanya
andaian dan kalau adapun ianya adalah kebetulan. Dikatakan orang bibir bibir
tipis tidak mempunyai prinsip dan pegangan hidup kerana mereka mudah
terpengaruh apabila dipujuk rayu iaitu bersikap seperti lalang.
Bibir Kecil dan Sempit
Dikaitkan sebagai seorang yang yang comel dan manis.
Mempunyai sifat yang hampir serupa dengan orang berbibir kecil. Bezanya, mereka
selalu cepat panik dan bimbang apabila berhadapan dengan masalah serta tidak
pandai membuat keputusan. Merasakan diri tidak diberi peluang yang cukup dalam
sesuatu keadaan.
Bibir Kehitaman
Bibir kehitaman yang bukan disebabkan merokok, tetapi memang
semulajadi kehitaman. Mereka ini dikatakan jenis yang suka berbohong dan
bergaduh.
Bibir Pucat
Mereka berbibir jenis ini merupakan seorang yang bersifat
panas baran dan cepat marah serta menginginkan kemenangan didalam segala hal
dan situasi.
No comments:
Post a Comment