Wednesday 26 June 2013

TIPS MERAWAT KECANTIKAN WANITA

TANGAN DAN KAKI


Penjagaan kuku
Penjagaan kuku ni sama nilainya dengan penjagaan wajah, rambut dan kulit. Tapi tak ramai tahu cara nak jaga kuku sebab tak tahu pentingnya kuku.  Menjaga kuku sebenarnya tak susah pun kita cuma kena sentiasa potong dan bersihkan kuku.  Banyak keburukan yang datang kalau kita tidak menjaga kuku dengan sebaiknya. Antaranya adalah akan mendatangkan penyakit seperti cagu, kuku merekah, mudah patah, kusam, bewarna kuning atau hitam yang pasti menjejaskan penampilan kita.

Cara Penjagaan Kuku
  • Pastikan kuku dibersihkan selalu terutama bagi mereka yang sering melakukan kerja rumah seperti    memasak. Jangan potong kuku terlalu pendek.
  • Rendam dalam air suam dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.
  • Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok kuku dengan kain untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.
Cara menjaga kebersihan tangan dan kaki
  • Bersihkan tangan dan kaki sehari minima 2 kali sehari atau apabila kotor.
  • Potong kuku 1 kali seminggu. (gunakan pemotong kuku dan setelah dipotong hujung kuku dihaluskan atau dikikir)
  • Gunakan kasut atau alas kaki yang lembut dan selesa
Petua Tradisional
  • Kuku kaki kadang-kadang mudah berubah warna menjadi kehitaman atau kekuningan menyebabkan ia kelihatan tidak menarik.
  • Cuba tuangkan cuka di atas kuku tadi dan gosok dengan kain lembut. Kemudian bilas dengan air suam. Pasti warnanya akan kembali berseri.
  • Selain itu boleh juga mengunakan hirisan buah lemon dengan di gosokkan pada jari dan kuku anda, biarkan 5-10 minit dan dibilas. Boleh amalkan selalu..
  • Boleh juga mencuba dengan menggunakan bawang putih yang dibelah dua. Gosok pada kuku kaki hingga warnanya kembali berseri dan berkilat. Kemudian bersihkan.

RAMBUT

Cara rawatan rambut dan kepala
  • Bersihkan rambut dengan shampo secara rutin (minima 2 kali seminggu)
  • Potong dan sisir rambut agar terlihat rapi.
Tips merawat rambut
Rambut Lurus.
rambut lurus biasanya mengandung lebih banyak pelembap, kurangi penggunaan produk kosmetik, styling cream, dan pelembap rambuta yang cukup berat karena rambut akan cenderung lepek. gunakannlah gel atau spray khusus.

Rambut Ikal
cobalah untk memotong rambut anda yang ikal dengan gaya trap panjang atau layer agar tak terlalu mengembang. jaga supaya tidak lepek. pakailah leave-in control hair volume pada pangkal rambut sampai ujung rambut anda.

Rambut Keriting
jangan pernah menyesal jika anda mempunyai rambut keriting. jika anda sering meluruskan rambut atau perawatan yang laiinya itu akan membuat keindahan rambut keriting anda menjadi rusak. cobalah memakai conditioner setiap habis keramas. untuk pemilik rambut keriting yang tipis, keringkan bagian ujung rambutdengan membalikan rambut. agar lebih sempurna gunakan shine-spray untuk menampilkan kemilau indah rambut keriting anda.

MUKA

Cara menjaga kebersihan muka dan mata.
  • Cuci muka minimal 3 kali sehari
  • Bersihkan kawasan mata dari arah luar ke dalam (bersihkan kotoran mata yang terdapat pada sudut kelopak mata)

Cara menjaga kebersihan telinga dan hidung
  • Bersihkan hidung dan telinga secara rutin ( 1- 2 minggu sekali) lakukan dengan hati-hati menggunakan alat yang bersih.


Cara menjaga kebersihan gigi dan mulut
  • Gosok gigi setiap selesai makan dan sebelum tidur dengan cara yang betul.
  • Elakkan daripada makanan atau minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
  • Elakkan makanan yang masam terlalu kerap.
  • Banyak mengambil makanan yang bergizi.
  • Berjumpa doktor gigi secara rutin.

Cara menjaga kebersihan badan
  • Mandi menggunakan sabun mandi secara rutin minima 2 kali sehari.
  • Gunakan pakaian yang bersih dan kemas.



PAKAIAN

Kita harus mematuhi dan mengikuti etika pemakaian yang sesuai mengikut situasi, tempat dan keadaan. Sebagai contoh, jika kita ingin bersukan, kita harus memakai pakaian yang sesuai iaitu berpakaian sukan dan berkasut sukan. Kita tidak seharusnya memakai pakaian formal untuk bersukan kerana hal yang demikian akan menyebabkan kita kurang selesa. Selain itu, jika kita ingin ke majlis rasmi, kita harus memakai pakaian yang kemas. Contohnya, berbaju kemeja dan berseluar ‘slack’ serta berkasut kulit. Kita tidak harus berpakaian seperti ingin bersukan. Hal yang demikaian akan menyebabkan orang lain kurang selesa dengan kita. Kesimpulannya, kita harus bijak memilih cara pemakaian sebelum melakukan sesuatu perkara mengikut situasi, tempat dan keadaan.


1 comment:

  1. tipsnya keren
    terimakasih ya telah mau berbagi dengan kami..jadi dapat tambahan ilmu soal make up
    oya kalau untuk tren kaos kaki muslimah saat ini modrl apa ya ...:)
    salam sukses

    ReplyDelete