Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku
kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya...
1. Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.
2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya
orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis
dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang
memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.
3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan
orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat
sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga
agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan
ragu-ragu.
4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan
pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga
kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.
5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya
orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit
kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.
6. Bentuk kuku langsing :
Orang
yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi
sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.
7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk
kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai ,
tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.
8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan
orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah
diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.
9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya
orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan
pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan
jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.
10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan
orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh
dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.
11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya
orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada
susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak
selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan
kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.
12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat.
13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila
seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang
itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.
14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan
kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam
situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya
No comments:
Post a Comment