Namun, kadang-kadang kita jatuh cinta tanpa kita sedari.
Kita jatuh cinta kepada si dia tapi kita menafikannya. Jika anda mengalami
mana-mana simptom seperti di bawah, ini bermakna anda memang sedang jatuh
cinta!
Sukar melelapkan mata. Setiap malam sebelum tidur pasti anda
teringatkan si dia. Anda teringatkan peristiwa yang berlaku antara anda dengan
si dia pada siang tadi. Atau mungkin anda terbayangkan saat-saat romantis
antara anda dengan dia. Kemudian, anda tertidur dengan hati yang
berbunga-bunga.
Hati anda sentiasa berdebar bila sahaja ternampak kelibat
beliau lalu dihadapan anda. Kalau si dia muncul betul-betul dihadapan
anda, anda boleh terkena renjatan elektrik 1 badan.
Kebelakangan ini, anda sering membaca tips-tips cinta di
majalah mahupun internet untuk mempraktikkan ke atas si dia.
Tiba-tiba anda berasa cemburu melihatkan si dia mesra dengan
orang lain yang sama jantina dengan anda. Siap bergurau dan menepuk-nepuk bahu
antara satu sama lain. Anda curi-curi menjeling terhadap aksi si dia.
Perasaan rindu yang membuak-buak di dalam hati anda. Kalau
boleh anda mahu si dia berada di depan mata anda 24 jam.
Tiba-tiba anda banyak menghabiskan masa anda dengan
handphone anda. Walaupun sesibuk mane, anda masih sempat menghantar mesej
ataupun meninggalkan tweet anda kepada si dia walaupun dengan hanya berkata
‘Hai’.
Anda sentiasa bersemangat untuk memulakan hari anda
berbanding sebelum ini. Anda mahu menjadi orang pertama yang datang ke
kelas/tempat kerja untuk melihat si dia. Si dialah sumber semangat anda setiap
hari.
Jika sehari anda tidak dapat melihat si dia walaupun hanya
bayang-bayangnya, anda merasa gelisah umpama cacing kepanasan. Ditambah pula,
semua mesej anda di handphone, facebook dan twitter tidak dibalas oleh si dia.
Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan
perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya
daripada kawan-kawannya.
Anda semakin menjaga penampilan anda. Anda sentiasa mahu
memakai pakaian yang kemas dan cantik. Dan mungkin juga memakai perfume yang
boleh menarik perhatian si dia!
Tiba-tiba anda berubah menjadi defensif terhadap si dia.
Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan
si dia.
Ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan
keluar bersama. Mungkin mengajak si dia keluar makan bersama atau mengajak si
dia berbincang tentang assigment/projek walaupun anda boleh membuatnya seorang
diri.
Ketika rakan-rakan membicarakan tentang jodoh terus
tiba-tiba kamu teringatkan akan si dia. Dan tiba-tiba juga anda berangan-angan
dapat berkahwin dengan si dia.
Anda mempunyai hobi baru iaitu mengelamun. Kejap-kejap si
dia datang dalam fikiran anda. Kemudian, mulalah anda tersenyum seorang diri.
Kadang-kadang sambil memandu pun boleh mengelamunkan tentang si dia.
Hati anda terus berbunga-bunga bila ditegur/disapa oleh si
dia walaupun si dia hanya bertanya tentang assigment yang diberikan oleh pensyarah tadi. Bagaikan dunia ini anda yang punya.
Anda memberikan si dia sedikit hadiah sebagai tanda ingatan
agar si dia berasa terharu dan sentiasa mengingati anda. Mungkin boleh
diberikan kad ucapan selamat berjaya dalam minggu peperiksaan.
Anda cuba lari daripada terserempak dengannya. Takut si dia
perasan yang anda menaruh hati dengannya. Dan anda takut cinta anda tidak
berbalas.
Citarasa anda berubah. Anda mahukan persamaan dengan si dia.
Anda cuba mendengar lagu yang si dia dengar. Anda cuba menonton rancangan tv
kegemarannya.
Anda melihat bayangan wajahnya di mana saja anda pergi dan
pada sesiapa sahaja yang kamu terpandang. Sehingga anda mesti menoleh 2 kali
untuk memastikannya.
Anda sanggup berkorban apa sahaja demi si dia. Anda sanggup
berkorban wang ringgit dan memerah kudrat tenaga hanya untuk menarik perhatian
si dia terhadap diri anda. Dan anda mengharapkan ianya akan berhasil.
Anda cuba menguji si dia adakah si dia juga menyimpan
perasaan terhadap anda. Anda berpakat dengan rakan anda untuk membuatkan si dia
cemburu.
Sebelum tidur, anda akan mendengar lagu-lagu cinta yang
mendayu-dayu. Sambil-sambil itu anda membaca kembali mesej-mesej anda dengan si
dia petang tadi seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan
anda.
Bila bersama dengan si dia, anda berjalan/memandu dengan
sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat yang hendak dituju. Kalau boleh,
ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.
Prestasi anda dalam kerja/belajar tiba-tiba naik mendadak
kerana anda cuba untuk memberitahu kepada si dia bahawa anda pun boleh lakukan
apa sahaja.
Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui
telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula
merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.
Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui
telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula
merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.
Ke mana sahaja anda pergi anda pasti akan teringat haruman
badan si dia. Ketika berjalan-jalan, anda tercium bau yang sama macam si dia
dan terus anda tersenyum teringat akan si dia.
Anda tidak pernah menolak mahupun berkata “TIDAK” bagi semua
permintaan yang datang dari si dia. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun
ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda
senangi.
Anda mengajak rakan-rakan anda untuk melepak di tempat
laluan yang sering digunakan oleh si dia selepas habis kelas hanya
semata-semata melepaskan rindu untuk melihat kelibat si dia.
Anda berniat di dalam hati untuk bertekad memiliki si dia.
Anda mahukan si dia terus berada di samping anda. Anda mengguna pelbagai cara
untuk cuba menarik perhatian si dia tentang kewujudan diri anda.
Anda menyimpan apa sahaja pemberian dari si dia. Kad raya,
surat, resit dan apa sahaja di dalam kotak. Dan juga semua sms dari si dia
bermula daripada anda berjaya mendapatkan nombornya. Tidak sanggup anda delete
kesemua sms dalam hp anda yang dihantar oleh si dia.
Apabila rakan-rakan anda cuba ‘melaga-lagakan’ anda dengan
si dia, anda tidak akan marah sebaliknya anda tersipu-sipu malu. Dan pipi anda
mula kemerah-merahan.
Si dia kerap menemani anda di dalam mimpi sejak akhir-akhir
ini. Bila bangun pagi esoknya, anda cuba mengingati mimpi-mimpi indah antara
anda dengan si dia semalam.
Tiba-tiba anda berubah perwatakan apabila bersama si dia.
Anda cuba menjadi lelaki/perempuan idaman mereka. Segala tindak-tanduk anda dikawal
agak tidak over seperti bersama rakan-rakan.
Anda sering tertanya-tanya apakah yang sedang dilakukan oleh
si dia. Adakah si dia sudah makan, mandi, pergi kelas/kerja?
Apabila anda melihat dia, anda tidak akan mempeduli orang
lain mahupun keadaan di sekeliling anda pada waktu itu. Anda cuma melihat dia
seorang sahaja.
Kebelakangan ini anda sering berdoa kepada si Dia agar
dibukakan hati si dia untuk anda dan diperjodohkan dengan anda.
Anda berniat di dalam hati untuk bertekad memiliki si dia.
Anda mahukan si dia terus berada di samping anda. Anda mengguna pelbagai cara
untuk cuba menarik perhatian si dia tentang kewujudan diri anda.
Ketika anda membaca post ini, hanya wajah si dia saja yang
bermain di benak fikiran anda.
Macamana? Masih tidak mengaku bahawa anda sedang jatuh cinta
dengan si dia?