Monday, 24 June 2013

MENCEGAH TEKANAN MELALUI KONSEP PENAMPILAN IMEJ DIRI(KONSEP GROOMING)




TEKNIK MENCEGAH DAN MENGAWAL TEKANAN MELALUI KONSEP PENAMPILAN IMEJ DIRI (KONSEP GROOMING)

MENGENALI KONSEP IMEJ DIRI
  • Outward appearance is the window of your personality to the world. You not only dress for others but for yourself too. External appearance is important because that gives the first impression to others about your personality.
  • Apabila kita berhadapan dengan orang buat pertama kali, perhatian utama sebenarnya adalah 55% pada penampilan, 38% pada bahasa tubuh dan 7% lagi pada kata – kata.
  • For the rest of us a personal grooming schedule is important for a number of reasons. If we are well groomed, we look good. If we look good, we feel good. If we feel good, we feel confident. If we feel confident, it shows and we get on better in both our professional and social lives.
  • Imej diri merupakan anggapan tentang diri kita terhadap “jenis dan orang bagaimanakah kita ini”. Ringkasnya ia adalah gambaran tentang diri kita.
BAGAIMANAKAH IMEJ DIRI TERBENTUK
  • Ia terbentuk hasil daripada “kepercayaan kita terhadap diri kita sendiri”. Imej diri ini menjadi kunci kejayaan kea rah penghidupan yang lebih baik berdasarkan kepada fakta bahawa segala tindakan, perasaan dan perlakuan kita mahupun kebolehan diri, adalah sentiasa beriringan dengan imej diri yang terbentuk.
  • Ramai orang gagal mencapai kejayaan yang besar dalam kehidupan kerana imej diri yang negatif dan bukan kerana kekurangan kemampuan atau bakat. Orang – orang yang memiliki imej diri yang negatif lazimnya akan mempunyai harga diri yang rendah, mereka tidak suka akan diri mereka. Oleh itu, mereka suka menghadapi cabaran – cabaran dalam kehidupan. Mereka sukar mengendalikan perkara – perkara yang berkaitan dengan diri mereka.
DEFINISI IMEJ DIRI
  • Setiap orang adalah unik dan berbeza dari segi kebolehan, minat dan keperibadian. Dia melihat dirinya dengan caranya sendiri dan kebolehan untuk melihat dirinya dari luar sebagai satu objek, ini akan membolehkannya mendapatkan gambaran mengenai dirinya sendiri yang dipanggil sebagai konsep kendiri.
  • Konsep imej diri mungkin bersifat positif atau negative. Biasanya sesiapa yang mempunyai konsep positif akan mempunyai keyakinan pada diri sendiri. Mereka inilah yang selalu berkeyakinan bahawa “Saya pasti dapat” atau “Saya paling hebat”, sementara sesiapa yang mempunyai konsep negative selalu merasa bahawa “Saya tak mampu” atau “Saya bukan orang yang hebat”.



KAEDAH MENGENAL IMEJ DIRI
Kaedah mengenal diri sendiri wujud melalui dua cara:-
·         Pengkajian sendiri
·         Pandangan atau maklum balas orang lain

CADANGAN – CADANGAN UNTUK MEMBENTUK SIKAP POSITIF
  • Anda perlu menerima hakikat bahawa terdapatnya beberapa keadaan tentang diri anda yang memang tidak boleh diubah atau diperbaiki.
  • Anda perlu menilai kesan baik buruknya sesuatu yang telah berlaku pada diri anda. Analisis seperti ini akan memberi anda peluang menilai kelakuan dan seterusnya memperbaiki diri sendiri.
  • Seringkali apa yang telah diterima oleh rakan – rakan anda, anda terasa terpaksa menerimanya (anda mula terikut – ikut dengan gaya hidup mereka seperti dari segi pakaian, solekan, cara bercakap, tingkah laku dan lain – lain). Anda seharusnya bertanya dengan diri sendiri sama ada perkara yang dilakukan itu bermakna, bermanfaat dan dapat membantu membina imej diri positif.
  • Carilah kebenaran tentang diri anda, tuntutlah ia. Kebenaran itu akan membebaskan anda dari imej negative. Adakah imej diri anda sekarang ini mencerminkan diri anda yang sebenar.
  • Gantikan fikiran negative dengan fikiran positif, fikirkan kejayaan dan bukannya kegagalan, nasihatkan diri anda dengan cara menulis pernyataan positif  tentang diri anda pada kad – kad pengesahan, dan letakkan di tempat- tempat mudah dilihat. Bayangkan gambaran mental baru anda yang boleh membawa imiginasi bercorak kejayaan.
  • Hukum minda menguraikan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, jangan membuang masa dengan mengjangkakan kegagalan berbanding dengan mengjangkakan kejayaan. Sekiranya anda fikirkan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya.
  • Milikilah dan lakonkanlah perwatakan orang cemerlang. Anda tidak mempunyai pilihan lain. Untuk berjaya  anda mesti mula berlakon hari ini, hayatilah perwatakan orang cemerlang.
  • Ubahlah  penampilan diri melalui mengenali manusia yang bersikap positif. Tirulah cara percakapannya, rambutnya, kasutnya, fesyen pakaiannya, gayanya dan sebagainya. Anda perlu melatih diri anda untuk berkeadaan sedemikian. Anda pasti meraih keuntungan sebagaimana mereka meraih keuntungan. Tidak kira siapa, samada anda sedar atau tidak, anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri.
  • Percakapan dengan diri sendiri (inner communication) mesej yang kita sampaikan kepada diri kita dan hati nurani kita amatlah memberi kesan  kepada emosi dan tingkah laku kita. Tanpa kita sedari sebenarnya, setiap hari kita sampaikan beratus – ratus mesej melalui hati kecil kepada nurani kita sendiri dan mesej ini akan bertugas memberi arahan dalam bentuk rangsangan kepada urat saraf anggota badan kita untuk bertindak positif atau negatif. Oleh itu, latihlah diri kita.
  • Kenalilah cara bagaimana kita mampu mendisipkan diri, membentuk tabiat dan sikap kita sebenarnya, disiplin adalah merupakan ketetapan dan keteguhan hati. Ramai di antara kita yang tidak mempunyai disiplin diri yang kuat tetapi hanya sekadar membiarkan keputusan hidup ditentukan oleh takdir dan nasib.
  • Bijak kawal diri dari perasaan marah, mudah tersinggung, sombong, dengki, iri hati dan mementingkan diri sendiri. Anda pasti merasa gembira, berkeyakinan dan mampu mempercayai diri sendiri sepenuhnya.


No comments:

Post a Comment