Rahsia Personaliti Warna Melalui
Tarikh Lahir
Sebenarnya banyak rahsia boleh
diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu.
23 hingga 1hb Disember
25 hingga 4hb Julai
22hb Disember - Teal
|
- Merah
|
2 hingga 11hb Januari
5 hingga 14hb Julai
|
- Oren
|
12 hingga 24hb Januari
15 hingga 25hb Julai
|
- Kuning
|
25hb Januari hingga 3hb Februari
26hb Julai hingga 4hb Ogos
|
- Merah jambu
|
4 hingga 8hb Februari
1 hingga 10hb April
2 hingga 14hb Mei
5 hingga 13hb Ogos
4 hingga 13 Oktober
|
- Biru
|
9 hingga 18hb Februari
14 julaihingga 23hb Ogos
|
- Hijau
|
19 hingga 28hb Februari
24hb Ogos 2hb September
|
- Perang
|
1hb Februari hingga 10hb Mac
3 hingga 12hb September
|
- Aqua (Biru kehijauan)
|
11 hingga 20hb Mac
13 hingga 22hb September
|
- Lime
|
21hb Mac
|
- Hitam
|
22 hingga 31hb Mac
24hb September hingga 3hb Oktober
|
- Ungu
|
11 hingga 20hb April
14 hingga 23hb Oktober
22hb Disember - Teal
|
- Perak
|
21 hingga 30hb April
24hb Oktober hingga 11hb November
|
- Putih
|
15 hingga24hb Mei
12 hingga 21hb November
|
- Emas
|
25 hingga 3hb Jun
22hb November hingga 1hb Disember
|
- Krim
|
4 hingga13hb Jun
24hb Jun -13 julai
2 hingga 11hb Disember
|
- Kelabu
|
14 hingga 23hb Jun
12 hingga 21hb Disember
|
- Maroon
|
23hb September
|
- Olive
|
MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna
merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka
disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala
dilanda 'angin satu badan'
Krim
Kamu ini seorang yang suka bersaing
dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan
secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai
apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman
ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu!
Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji
TEAL (Warna Kayu)
Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu
menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering
melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka
sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Kamu tak akan pilih yang
sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut
perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu
punya ramai teman.
Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin
untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong
orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu
sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap
orang lain.
Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu
miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali.
Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu
boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga
ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati.
Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu
lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul
dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah
yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang
benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu
lepaskan
Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan
sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling
kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan
termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu
dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana
fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat
juga orangnya
Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon
ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri
kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat
kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang
menjadi masalahnya!. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam
perhubungan!
Oren
Kamu ini jenis orang yang berani
menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Kata orang,
berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di
sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya
matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup
bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang
yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud,
selamanya kamu akan percayakan dia
Ungu
Kamu ini gadis/jejaka misteri
rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang
benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri
sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu.
Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu
rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri
kamu dan begitu juga sebaliknya.
Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang
masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan
bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana
perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya
personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu.
Perak
Ternyata kamu ini seorang yang
berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang
berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu
yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru
mampu menstabilkan keadaan;bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri
untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu
lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia.
Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar
dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa
yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak
begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat
keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu
mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan
Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini
dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga
kamu tak sukakan keganasan.Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman
hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu
seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu
percayakan orang lain membabi buta
Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan
tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa
lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif
teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong
jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah
Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh
warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu
dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan
dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa
juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh
bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang
lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
Biru
Ternyata kamu seorang yang punya
keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Itu adalah sikap negatif
yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri.
Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat
dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai
kerjaya tetap.
Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan
kamu sendiri melebihi segala-galanya. Kamu juga seorang yang berpersonaliti
menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga
berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu
tu.
Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam
hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering
memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan
dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan
kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga
sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia.
Biru Kehijauan (Aqua)
Senang sangat mood kamu berubah
secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu
juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi
kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur
dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui
cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu
sering tertipu .
No comments:
Post a Comment