Thursday, 27 June 2013

KEPENTINGAN PENAMPILAN DIRI




Alat komunikasi
memberi maklumat tentang diri kita  ”jika pertemuan pertama tidak berkesan, anda mungkin tida peluang kedua”dan membentuk perhubungan seterusnya

Membuka jalan kepada kejayaan
”orang akan hormat”.-hanya kerana keterampilan diri yang berkualiti
Sebagai perwatakan dan personality, maka kita dapat merasai suka, duka, sedih, gembira, lapar, dahaga, kenyang, membuat pilihan, merasai perasaan cinta, kecewa,

Pakaian menampilkan imej seseorang dan keperibadian secara menyeluruh
Meningkatkan kefahaman terhadap bentuk dan anatomi tubuh seseorang. Oleh itu, mulai saat ini, mulakanlah satu hubungan cinta dengan diri anda. Berbanggalah dengan paras rupa anda, dengan rambut anda, dengan bentuk tubuh fizikal anda, terimalah diri anda seadanya. Berikan perhatian pada diri anda seperti mana anda memberikan perhatian kepada orang yang anda cintai atau kasihi.

Meningkatkan keyakinan diri bila berhadapan dengan masyarakat
Pandangan orang terhadap diri kita.-beranggapan kita sebagai seseorang yang prihatin terhadap penampilan diri

Dapat menarik perhatian masyarakat..contoh ketika menghadiri temuduga di mana penemuduga akan melihat penampilan diri dahulu sebagai penilaian awal..
Melambang kecekapan seseorang mengurus diri. Apabila kita telah mula menjalinkan hubungan cinta dengan diri kita sendiri, satu situasi positif yang selama ini jarang kita rasakan, akan dapat kita rasai. Anda akan mendapati hidup anda lebih tenang, bersemangat, berkeyakinan dan kadangkala kita sendiri tidak tahu dari manakah datangnya semangat baru ini. Ini adalah kerana anda telah menarik banyak tenaga positif berbentuk kasih sayang kepada diri anda

Secara umumnya,penampilan diri ini boleh dikatakan amat penting kepada setiap individu,tidak kira secara formal atau tidak formal. Dalam etika pekaian,pelbagai aspek dapat disentuh,antaranya cara pemakaian mestilah mengikut etika,ia perlulah sesuai mengikut masa dan keadaan. Etika pemakaian yang salah dapat menimbulkan masalah kepada individu itu sendiri,contohnya individu itu akan malu apabila di tegur oleh orang lain.Senyuman merupakan satu sedekah,itulah ayat yang sinonim dalam masyarakat zaman sekarang. Peribadi manusia akan terserlah apabila senyuman diukir pada wajah. Senyuman juga boleh dikatakan sebagai ubat kepada masalah yang dihadapi.
Cara berjalan juga amat penting dalam penampilan diri individu dan masyarakat. Cara berjalan yang betul menggambarkan seseorang itu mempunyai prinsip hidup yang mantap. Kekemasan diri akan terserlah apabila cara berjalan seseorang itu betul mengikut etika. Contohnya,berjalan dengan normal,tidak menoleh ke belakang.Terdapat banyak kepentingan dalam penjagaan penampilan diri ini,contohnya ia melambangkan kekemasan seseorang manusia,membuatkan orang mudah tertarik,mudah bergaul dan lain-lain lagi. Penampilan diri ini juga dapat membantu seseorang itu untuk berinteraksi dengan bagus.
Gaya bertudung amat sinonim dengan wanita-wanita di luar sana,ini dapat dilihat apabila,pelbagai jenis dan cara pemakaian tudung telah diperkenalkan. Hal ini akan membantu wanita tersebut merasa lebih yakin untuk keluar bertemu masyarakat. Hal ini juga boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kepintaran dalam bersosial.


No comments:

Post a Comment