1. JIKA BERJALAN,DARI BELAKANG
KELIHATAN SEPERTI TIDAK MEMIJAK TANAH...
Golongan wanita yang jalannya
berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual,
mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan
seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya
pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal,
wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati,
kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. JIKA BERJALAN,SERING MENOLEH
KE KANAN DAN KE KIRI...
Wanita seperti ini biasanya pandai
menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak
jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai
lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononwanita seperti ini senang
diatur dan diuruskan.
3.JIKA BERJALAN SUKA MENUNDUK...
Cara berjalan melambangkan wanita
seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan
orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan
rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping
sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta.
Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan
menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat
setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4.JIKA BERJALAN MENATAP LURUS KE
DEPAN..
Wanita seperti ini biasanya memiliki
pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan
sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu
mendengar dia berleter panjang lebar. tapi dia selalu berselisih pendapat.
Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman
luas.
5.JIKA BERJALAN BADAN BERGERAK KE
KANAN DAN KE KIRI....
Wanita yang berjalan dengan gaya
yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah
yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya
memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan
6.JIKA BERJALAN BADAN TAMPAK
TEGAK...
Wanita ini tegas menentukan sikapnya
sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya
bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah
dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan
sifat-sifat romantiknya.
7.JIKA BERJALAN SEPERTI
ZIRAFAH...
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki
badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.Wanita jenis ini
sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung.
Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya
agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
No comments:
Post a Comment