Wednesday 26 June 2013

KENALI BENTUK TUBUH WANITA



Bentuk badan wanita ada banyak jenis dan ianya pelbagai. Hanya tubuh kita yang tahu apa yang boleh dan tidak boleh apabila bergaya. Paling penting ialah mengenali bentuk tubuh dan nada warna yang sesuai dengan kulit. Tetapi secara umum terdapat lima jenis bentuk badan yang selalu dipadankan dengan wanita.  Okeylah lima bentuk badan tersebut ialah:
Bentuk Jam Pasir (Hourglass)
Ini dianggap sebagai bentuk badan yang sempurna. Ukuran dada dan pinggul adalah hampir sama dan ukuran dipinggang lebih kecil. Bentuk hourglass yang sempurna di mana perbezaan antara pinggang dan dada serta pinggang dan pinggul sekurang-kurangnya 9". Ni macam bentuk dyung
Bentuk Pear
Jika terdapat perbezaan yang besar dalam ukuran antara pinggul dan dada tetapi hampir tidak ada perbezaan di antara dada dan pinggang, itulah bentuk pear. Pinggul selalunya dua inci atau lebih besar daripada dada serta pinggang adalah kurang daripada 9.25" lebih kecil daripada dada.
Bentuk Pembaris
Hampir tidak ada perbezaan dari segi ukuran pinggang, dada dan pinggul. Pinggang 9" lebih kecil daripada dada. Ini orang selalu cakap badan straight dan takde cutting.
Bentuk Kon
Kebiasaanya dada dan pinggang adalah sama tetapi pinggul sekurang-kurangnya sembilan inci lebih kecil daripada dada. Ukuran standard, dada 3.6" atau lebih besar daripada pinggul dan pinggang kurang daripada 9" lebih kecil daripada dada.
Bentuk Epal
Ukuran pinggang seperti lebih besar berbanding ukuran pinggul dan dada.

No comments:

Post a Comment