Pandangan grooming
mengikut pandangan islam
Berfesyen hendaklah mengikut
syariat
Sabda Nabi saw : ” Sesungguhnya aku diutuskan untuk
menyempurnakan kemuliaan akhlak” (Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr dan dinilai sahih
oleh al-Albani). Hadith ini menunjukkan kepada kita bahawa antara tujuan Nabi
saw diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak umat manusia. Penyempurnaan
akhlak ini adalah melalui contoh dan teladan mulia yang ditunjukkan oleh
Baginda kepada umatnya atau disebut sebagai qudwah hasanah. Dalam hal ini Allah
swt telah berfirman : “Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulallah itu peribadi yang
mulia”. (al-Ahzab:21). Antara akhlak-akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulallah saw
adalah dengan menjaga penampilan diri Baginda di hadapan khalayak ramai. Hal
ini termasuklah bagaimana ‘fesyen baginda’ ketika berpakaian. Adakah salah untuk kita
berfesyen? Sesungguhnya Islam tidak melarang umatnya untuk mengenakan sesuatu
fesyen sama ada dalam bentuk pakaian ataupun aksesori kecantikan. Sesungguhnya
Allah menyukai hamba-hambaNya yang menjaga keterampilan diri dan kecantikan.
Malah Allah swt menyukai sesuatu perkara yang cantik dan indah. Daripada
Abdullah Ibnu Masud ra beliau mendengar Rasulallah saw bersabda: “Tidak akan
masuk syurga sesiapa yang ada sifat sombong walaupun seberat zarah”. Maka telah
berkata seorang lelaki kepada Baginda:”Sesungguhnya seseorang individu itu suka
jika pakaiannya baik dan kasutnya juga baik”. Balas Baginda saw
:”Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Sifat sombong
meleyapkan kebenaran dan merupakan kehinaan kepada manusia”. (Riwayat Imam
Muslim).
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab ' Iman ' Hadis
nombor 8.
Kandungan Hadis:
1. Memperelokkan pakaian dan perwatakan
Digalakkan memakai pakaian yang bersih, menggunakan wangi-wangian atau
bau-bauan yang harum untuk memasuki masjid, menghadiri majlis-majlis ilmu,
beradab ketika berada di majlis tersebut dan beradab dengan alim ulama'.
Datangnya Jibril adalah untuk mengajar manusia melalui keadaan dan
kata-katanya.
Bersama - samalah kita mengamalkannya....=)
No comments:
Post a Comment