Monday, 24 June 2013

PANDUAN PEMILIHAN GAYA TUDUNG YANG SESUAI


Penampilan bertudung yang cantik, kemas, dan elegen boleh mengundang tumpuan ramai. Tambahan pula tudung yang dipakai bersesuaian dengan pakaian yang dikenakan. Pada zaman kini, pelbagai pilihan tudung dari pelbagai jenis fabrik boleh dipilih oleh anda mengikut keselesaan sendiri seperti fabrik jersi, kapas, lycra, sutera serta benang bulu. Cara dan gaya tudung yang dikenakan harus mementingkan kekemasan dan keselesaan kepada anda kerana ia melambangkan keperibadian seseorang. Penampilan bertudung ini juga perlu diselaraskan mengikut beberapa faktor penting iaitu faktor majlis, jenis pakaian, dan warna pakaian.

Majlis : Anda perlu memastikan sama ada majlis yang ingin dihadiri adalah majlis formal atau majlis tidak formal. Hal ini kerana, dalam majlis formal anda perlu kelihatan lebih eksklusif dan tampak elegan. Manakala dalam majlis tidak formal seperti bersama kawan-kawan, gaya pemakaian tudung boleh la lebih kelihatan santai dan kemas.

Jenis pakaian : Tudung yang hendak dipadankan dengan pakaian mestilah berdasarkan jenis pakaian itu sama ada dari fabrik bercorak atau tidak. Kebiasaanya, apabila pakaian yang dikenakan tidak mempunyai corak atau polos, tudung yang menjadi pilihan adalah tudung yang bercorak dan begitulah sebaliknya.

Warna pakaian : Kebiasaannya warna tudung yang hendak dipadankan dengan pakaian mestilah sama dengan warna pakaian tersebut. Pilihan warna tudung yang senada dengan pakaian yang dipakai lebih mengikut warna corak yang ada pada baju.


Panduan Mengenai Pemilihan Gaya Tudung Mengikut Bentuk Wajah

Bentuk wajah bujur
Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung.
Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.
Bentuk muka bujur

Bentuk muka berpetak
Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.
Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.
Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.
Bentuk Muka Berpetak

Bentuk muka panjang
Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.
Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.
Bentuk muka panjang

Bentuk segi tiga
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.
Bentuk muka segitiga

Bentuk muka bulat
Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.
Bentuk Muka Bulat



RAHSIA PERSONALITI WARNA MELALUI TARIKH LAHIR



Rahsia Personaliti Warna Melalui Tarikh Lahir

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. 


23 hingga 1hb Disember
25 hingga 4hb Julai
22hb Disember - Teal

- Merah

2 hingga 11hb Januari
5 hingga 14hb Julai

- Oren
12 hingga 24hb Januari
15 hingga 25hb Julai

- Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari
26hb Julai hingga 4hb Ogos

- Merah jambu
4 hingga 8hb Februari
1 hingga 10hb April
2 hingga 14hb Mei
5 hingga 13hb Ogos
4 hingga 13 Oktober

- Biru
9 hingga 18hb Februari
14 julaihingga 23hb Ogos

- Hijau
19 hingga 28hb Februari
24hb Ogos 2hb September

- Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac
3 hingga 12hb September

- Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac
13 hingga 22hb September

- Lime
21hb Mac


- Hitam

22 hingga 31hb Mac
24hb September hingga 3hb Oktober

- Ungu
11 hingga 20hb April
14 hingga 23hb Oktober
22hb Disember - Teal

- Perak
21 hingga 30hb April
24hb Oktober hingga 11hb November

- Putih
15 hingga24hb Mei
12 hingga 21hb November

- Emas
25 hingga 3hb Jun
22hb November hingga 1hb Disember

- Krim
4 hingga13hb Jun
24hb Jun -13 julai

2 hingga 11hb Disember

- Kelabu
14 hingga 23hb Jun
12 hingga 21hb Disember

- Maroon
23hb September

- Olive


MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'

Krim
Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji

TEAL (Warna Kayu)
 Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.

Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati.

Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan

Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya

Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya!. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren
Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia

Ungu
Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya.

Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu.
  
Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan;bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia.

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan

Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta

Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang.  kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah
Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap.

Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu.
  
Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia.

Biru Kehijauan (Aqua)
Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu .

GROOMING MENGIKUT SYARIAT ISLAM



Pandangan grooming mengikut pandangan islam


Berfesyen hendaklah mengikut syariat
Sabda Nabi saw : ” Sesungguhnya aku diutuskan  untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak” (Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr dan dinilai sahih oleh al-Albani). Hadith ini menunjukkan kepada kita bahawa antara tujuan Nabi saw diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak umat manusia. Penyempurnaan akhlak ini adalah melalui contoh dan teladan mulia yang ditunjukkan oleh Baginda kepada umatnya atau disebut sebagai qudwah hasanah. Dalam hal ini Allah swt telah berfirman : “Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulallah itu peribadi yang mulia”. (al-Ahzab:21). Antara akhlak-akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulallah saw adalah dengan menjaga penampilan diri Baginda di hadapan khalayak ramai. Hal ini termasuklah bagaimana ‘fesyen baginda’ ketika berpakaian.  Adakah salah untuk kita berfesyen? Sesungguhnya Islam tidak melarang umatnya untuk mengenakan sesuatu fesyen sama ada dalam bentuk pakaian ataupun aksesori kecantikan. Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambaNya yang menjaga keterampilan diri dan kecantikan. Malah Allah swt menyukai sesuatu perkara yang cantik dan indah. Daripada Abdullah Ibnu Masud ra beliau mendengar Rasulallah saw bersabda: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat sombong walaupun seberat zarah”. Maka telah berkata seorang lelaki kepada Baginda:”Sesungguhnya seseorang individu itu suka jika pakaiannya baik dan kasutnya juga baik”. Balas Baginda saw :”Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Sifat sombong meleyapkan kebenaran dan merupakan kehinaan kepada manusia”. (Riwayat Imam Muslim).
 Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab ' Iman ' Hadis nombor 8.

Kandungan Hadis:
1. Memperelokkan pakaian dan perwatakan
Digalakkan memakai pakaian yang bersih, menggunakan wangi-wangian atau bau-bauan yang harum untuk memasuki masjid, menghadiri majlis-majlis ilmu, beradab ketika berada di majlis tersebut dan beradab dengan alim ulama'. Datangnya Jibril adalah untuk mengajar manusia melalui keadaan dan kata-katanya.

Bersama - samalah kita mengamalkannya....=)

HADIS MENGENAI PEMAKAIAN WANGIAN DALAM ISLAM


HADIS ISLAM MENGENAI PEMAKAIAN WANGIAN 



Hadis islam

Wangian lelaki
Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)

حبب إلي من دنياكم النساء والطيب وجعلت قرة عين في الصلاة

Maksudnya: "Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat." (Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)
Wangian lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:

طيب الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه وطيب النساء ما خفي ريحه وظهر لونه

Maksudnya: wangian lelaki apa yang jelas baunnya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. (hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Wangian wanita
Diluar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:

أيما إمرأة استعطرت فمرت بقوم ليجدوا ريحها فهي زانية

Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)
Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehinggu dihidu oleh orang sekilingnya. Janganlah wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya.
Wangian Rasulullah

Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan :

ما شممت عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول الله

Maksudnya: "Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w." (Hadis sahih Bukhari Muslim)
Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud - sanad hasan).

Makruh menolak pemberian wangian

Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:

من عرض عليه ريحان فلا يرده

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak." (Hr Muslim)
Rujukan: Mausuah Feqhiah oleh kementerian agama Kuwait, Ittihaf Ahlil Wafa oleh Abdur Qadir at-Talidi, Tuhfatul Ahwazi oleh al- Muabarakfuri, musnad Imam Ahmad dan Feqhul Albisah waz Zinah oleh Abdul Wahhab.


PRODUK KAMI DI JESSENIAROSE


ANTARA PRODUK YANG KAMI TAWARKAN..=)

ADD KAMI DI FACEBOOK!!!




lawati kami di +facebook sekarang!!!!klik disini


MENCEGAH TEKANAN MELALUI KONSEP PENAMPILAN IMEJ DIRI(KONSEP GROOMING)




TEKNIK MENCEGAH DAN MENGAWAL TEKANAN MELALUI KONSEP PENAMPILAN IMEJ DIRI (KONSEP GROOMING)

MENGENALI KONSEP IMEJ DIRI
  • Outward appearance is the window of your personality to the world. You not only dress for others but for yourself too. External appearance is important because that gives the first impression to others about your personality.
  • Apabila kita berhadapan dengan orang buat pertama kali, perhatian utama sebenarnya adalah 55% pada penampilan, 38% pada bahasa tubuh dan 7% lagi pada kata – kata.
  • For the rest of us a personal grooming schedule is important for a number of reasons. If we are well groomed, we look good. If we look good, we feel good. If we feel good, we feel confident. If we feel confident, it shows and we get on better in both our professional and social lives.
  • Imej diri merupakan anggapan tentang diri kita terhadap “jenis dan orang bagaimanakah kita ini”. Ringkasnya ia adalah gambaran tentang diri kita.
BAGAIMANAKAH IMEJ DIRI TERBENTUK
  • Ia terbentuk hasil daripada “kepercayaan kita terhadap diri kita sendiri”. Imej diri ini menjadi kunci kejayaan kea rah penghidupan yang lebih baik berdasarkan kepada fakta bahawa segala tindakan, perasaan dan perlakuan kita mahupun kebolehan diri, adalah sentiasa beriringan dengan imej diri yang terbentuk.
  • Ramai orang gagal mencapai kejayaan yang besar dalam kehidupan kerana imej diri yang negatif dan bukan kerana kekurangan kemampuan atau bakat. Orang – orang yang memiliki imej diri yang negatif lazimnya akan mempunyai harga diri yang rendah, mereka tidak suka akan diri mereka. Oleh itu, mereka suka menghadapi cabaran – cabaran dalam kehidupan. Mereka sukar mengendalikan perkara – perkara yang berkaitan dengan diri mereka.
DEFINISI IMEJ DIRI
  • Setiap orang adalah unik dan berbeza dari segi kebolehan, minat dan keperibadian. Dia melihat dirinya dengan caranya sendiri dan kebolehan untuk melihat dirinya dari luar sebagai satu objek, ini akan membolehkannya mendapatkan gambaran mengenai dirinya sendiri yang dipanggil sebagai konsep kendiri.
  • Konsep imej diri mungkin bersifat positif atau negative. Biasanya sesiapa yang mempunyai konsep positif akan mempunyai keyakinan pada diri sendiri. Mereka inilah yang selalu berkeyakinan bahawa “Saya pasti dapat” atau “Saya paling hebat”, sementara sesiapa yang mempunyai konsep negative selalu merasa bahawa “Saya tak mampu” atau “Saya bukan orang yang hebat”.



KAEDAH MENGENAL IMEJ DIRI
Kaedah mengenal diri sendiri wujud melalui dua cara:-
·         Pengkajian sendiri
·         Pandangan atau maklum balas orang lain

CADANGAN – CADANGAN UNTUK MEMBENTUK SIKAP POSITIF
  • Anda perlu menerima hakikat bahawa terdapatnya beberapa keadaan tentang diri anda yang memang tidak boleh diubah atau diperbaiki.
  • Anda perlu menilai kesan baik buruknya sesuatu yang telah berlaku pada diri anda. Analisis seperti ini akan memberi anda peluang menilai kelakuan dan seterusnya memperbaiki diri sendiri.
  • Seringkali apa yang telah diterima oleh rakan – rakan anda, anda terasa terpaksa menerimanya (anda mula terikut – ikut dengan gaya hidup mereka seperti dari segi pakaian, solekan, cara bercakap, tingkah laku dan lain – lain). Anda seharusnya bertanya dengan diri sendiri sama ada perkara yang dilakukan itu bermakna, bermanfaat dan dapat membantu membina imej diri positif.
  • Carilah kebenaran tentang diri anda, tuntutlah ia. Kebenaran itu akan membebaskan anda dari imej negative. Adakah imej diri anda sekarang ini mencerminkan diri anda yang sebenar.
  • Gantikan fikiran negative dengan fikiran positif, fikirkan kejayaan dan bukannya kegagalan, nasihatkan diri anda dengan cara menulis pernyataan positif  tentang diri anda pada kad – kad pengesahan, dan letakkan di tempat- tempat mudah dilihat. Bayangkan gambaran mental baru anda yang boleh membawa imiginasi bercorak kejayaan.
  • Hukum minda menguraikan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, jangan membuang masa dengan mengjangkakan kegagalan berbanding dengan mengjangkakan kejayaan. Sekiranya anda fikirkan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya.
  • Milikilah dan lakonkanlah perwatakan orang cemerlang. Anda tidak mempunyai pilihan lain. Untuk berjaya  anda mesti mula berlakon hari ini, hayatilah perwatakan orang cemerlang.
  • Ubahlah  penampilan diri melalui mengenali manusia yang bersikap positif. Tirulah cara percakapannya, rambutnya, kasutnya, fesyen pakaiannya, gayanya dan sebagainya. Anda perlu melatih diri anda untuk berkeadaan sedemikian. Anda pasti meraih keuntungan sebagaimana mereka meraih keuntungan. Tidak kira siapa, samada anda sedar atau tidak, anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri.
  • Percakapan dengan diri sendiri (inner communication) mesej yang kita sampaikan kepada diri kita dan hati nurani kita amatlah memberi kesan  kepada emosi dan tingkah laku kita. Tanpa kita sedari sebenarnya, setiap hari kita sampaikan beratus – ratus mesej melalui hati kecil kepada nurani kita sendiri dan mesej ini akan bertugas memberi arahan dalam bentuk rangsangan kepada urat saraf anggota badan kita untuk bertindak positif atau negatif. Oleh itu, latihlah diri kita.
  • Kenalilah cara bagaimana kita mampu mendisipkan diri, membentuk tabiat dan sikap kita sebenarnya, disiplin adalah merupakan ketetapan dan keteguhan hati. Ramai di antara kita yang tidak mempunyai disiplin diri yang kuat tetapi hanya sekadar membiarkan keputusan hidup ditentukan oleh takdir dan nasib.
  • Bijak kawal diri dari perasaan marah, mudah tersinggung, sombong, dengki, iri hati dan mementingkan diri sendiri. Anda pasti merasa gembira, berkeyakinan dan mampu mempercayai diri sendiri sepenuhnya.