Wednesday, 10 July 2013

TANDA PASANGAN ANDA CURANG!!


Hubungan yang disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah jalan. ditambah pula dengan ribut petir..huhhuh..memang x senang duduk dibuatnyakan..hihi...disini ada tanda-tanda pasangan anda curang dengan anda.




1. Perubahan tingkah laku/ minat
Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu.  Bualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri. Semasa ber-dating, si dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon bimbitnya. Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi beliau atau pun anda sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik rock metal. Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dia.

2. Memberi alasan
Bilamana anda menelefonnya, si dia cuba menyingkatkan perbualan sependek mungkin; ibu memanggil di dapur atau ayah suruh tolong cuci kereta katanya. Jika diajak keluar pula, asyik berdalih dengan alasan sibuk atau banyak assignment untuk dibereskan.

3. Mengelak pandangan mata
Apabila bersama anda, si dia lebih suka menundukkan wajah daripada melihat ke mata anda. Ini kerana mahu mengelak dari tembelangnya pecah kerana kata orang ‘The eyes are the mirror of the soul”

4. Selalu dengan telefon bimbitnya
Hatta jika bersama anda sekalipun si dia masih ber-SMS tidak henti. Apabila anda mahu memeriksa handphone-nya, si dia tidak izinkan. Privacy katanya. Hah, pasti ada udang yang disembunyi sebalik batu!

5. Gelisah tidak tentu pasal
Si dia asyik memandang jam tangan seolah-olah ada perkara yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga anda terganggu dengan gelagatnya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Ataupun apabila handphone-nya berdering, segera dia berlari anak ke tandas untuk menjawabnya. Agak jelas bukan?

6. Menolak
Anda mengajaknya keluar pada hujung minggu tetapi si dia tak mahu. Ajak tonton wayang alasannya filem tak best. Jika mahu belanja makan sekalipun, si dia tetap menolak. Ini kerana si dia tidak ingin lagi terhutang budi kepada anda – yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.

7. Membesarkan masalah kecil
Si dia sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang kadangkala sampai tidak masuk akal.

8. Kurang melafazkan kata-kata cinta
Jika dahulu, setiap mesej anda diselitkan dengan kata-kata cinta dan puisi rindu, kini tidak lagi. Kata ucapan dan pertanyaan daripada anda juga disambut acuh tak acuh

9. Tersasul menyebut nama panggilan lain
Selama ini, anda dan sang kekasih membahasakan diri ‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan panggilan ‘baby‘ atau ‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh tertukar.

10. Tidak menghargai pemberian anda
Hadiah anda ketika hangat bercinta yang dahulu menjadi harta paling berharga kini hanya disedekahkan saja kepada adik dan kawan si dia ataupun dibuang. Anda juga perasan yang couple ring pun sudah jarang tersemat di jari manisnya.

11. Membalas panggilan/ SMS acuh tak acuh
Perbualan telefon anda dengan si dia menjadi satu komunikasi yang menjemukan kerana si dia lebih suka berdiam diri dan jarang mengisuka. Mesej pesanan ringkas anda pula hanya dibalas sepatah perkataan ataupun sekadar ‘K’ sahaja.

12. Menjawab panggilan secara berbisik
Entah kali ke berapa anda menelefonnya tapi hanya kali ini si dia menjawab panggilan. Malangnya suara si dia sedikit cemas dan berbisik lalu memutuskan panggilan secepat mungkin. Ada hal mustahak lain katanya.

13. Mencari kesalahan anda
Kerana ingin berpisah dengan anda, si dia berusaha untuk mencari silap anda untuk dijadikan alasan untuk clash. Hinggakan perbuatan anda dahulu yang disenanginya kini menjadi satu kesalahan.

14. Tidak mesra semasa bertemu
Walaupun anda berada di depan matanya ketika makan bersama di restoran, si dia tidak fokus dan matanya melilau ke arah lelaki/ perempuan lain yang berada di sekeliling.

15. Cepat marah
Apabila ditanya mengenai aktiviti yang dilakukannya seharian, si dia tiba-tiba naik angin dan menuduh anda mahu mengongkong kehidupannya.

16. Tidak mengendahkan rajuk anda
Perkara biasa dalam bercinta, ada perselisihan dan rajuk. Tapi akhir-akhir ini anda dibiarkan makan hati sendirian dan tiada lagi pujuk rayu sebagai pengubat lara.

17. Tidak menghubungi anda
Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering menelefon anda. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian tidak mendengar suara anda. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah, apatah lagi menelefon. Malahan anda pula yang terpaksa menelefonnya dahulu, itupun nasib baik jika si dia sudi menjawab panggilan tersebut.

18. Berahsia / Menipu
Jika ditanya tentang dengan siapa dan ke mana dia pergi, si dia akan sedaya upaya mengelak daripada memberi jawaban atau lebih teruk lagi – berbohong.

19. Hadiah secara tiba-tiba
Bukan hari kekasih, bukan hari lahir anda, dan bukan juga hari anniversary anda berpacaran, si dia memberi hadiah mengejut. Biasa dipanggil guilt gift. Dek kerana berasa bersalah atas kecurangannya, si dia cuba ‘menyuap’ anda dengan hadiah agar anda tidak berasa syak.

20. Menghilangkan diri
Ada suatu ketika anda lost contact dengannya. SMS tiada jawapan dan panggilan hanya operator yang menjawab. Apabila ditanya keesokan hari, alasan si dia Celcom buat hal.

21. Kawan baik anda menunjukkan hint
Anda dan kekasih anda mempunyai seorang mutual friend yang rapat dan tahu kisah cinta anda. Tiba-tiba kawan anda itu berkelakuan aneh dan kurang memberi sokongan kepada perhubungan anda. Anda perlu lebih peka dengan isyarat ini kerana sebagai kawan baik, tak mungkin dia sanggup bercerita buruk tentang kekasih anda secara berdepan. Sahlah kawan anda mengetahui sesuatu tentang kekasih anda yang anda tidak tahu.

22. Naluri anda
Percayalah pada naluri anda. Hati sendiri akan mengiyakan sekiranya kekasih anda itu selingkuh walaupun logik akal anda cuba menafikannya. Bukankah perasaan cinta itu sendiri datangnya dari hati?



  
Jangan terlampau lurus dan bertanggapan bahawa kekasih anda tak kan pernah curang, dalam masa yang sama elakkan daripada cepat membuat judgement dan kesimpulan. Jika si dia mempunyai petanda-petanda seperti dinyatakan di atas, anda sudah dapat meneka bahawa ada sesuatu yang tak kena dalam perhubungan anda. Maka, buatlah sesuatu. Ikhtiar. Jangan cepat melatah dan bertindak mengikut nafsu. Cemburu dan berburuk sangka secara melulu hanya akan merencatkan lagi perhubungan anda berdua. Selidik, cari fakta, dan positifkan diri dahulu sebelum anda bersemuka dengan si dia.



Tuesday, 9 July 2013

21 PERKARA BUAT LELAKI MENYAYANGI WANITA


Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggillah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Apabila Rasa Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya. Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda


10 CIRI - CIRI SAHABAT SEJATI



"Sahabat" dengan "Kawan" sama ke maksudnya? Orang kata seorang "Sahabat" lebih baik dari seribu "Kawan", betul ke? Aku sememangnya tak ramai kawan. Apatah lagi mempunyai seseorang yang digelar "Sahabat".  Okay, kalau aku takde sahabat, tak bermakna aku tak boleh jadi "Sahabat" kat orang lain, betul tak? Kalau dah takde orang nak jadi sahabat aku, maka aku kena lah jadi sahabat orang lain. Siapa nak bersahabat dengan aku? "Angkat tangan macam sayer," kata Ucop Wilcha tiba tiba. Aku boleh jadi sahabat korang. Nak suruh aku jadi sahabat sejati? Boleh. No hal. No problem. No impossible.


1. Bantu sedaya boleh.
Ko ada masalah ke? Masalah ape? Cer citer cer citer. Bagitahu arr kat aku. Sekurang kurangnya mungkin lepas ko citer ringan sikit kepala ko memikirkannye. Mana tahu lak aku boleh tolong. Aku tak boleh arr tengok ko susah susah hati camni... Assignment tak siap lagi? Banyak ke? Esok dah nak kene hantar ye... Emmm, macam ni la, ko gi rehat dulu, gi tido tenangkan fikiran. Bak sini assigment tu aku siapkan.


2. Berprasangka baik.
Ko gi mana semalam? Tengah tengah malam baru balik. Aku tak boleh tido risau kat ko sampai la aku pengsan tak sedar diri siap berdengkur lagi. Gi dengar ceramah ikut orang tabligh kat surau ke? Elok arr kalau camtu. Tak pun ko tengok bola kat warong mamak ngan member. Best tak game semalam. Dah arr, ko rehat dulu. Subuh nanti aku kejutkan ko.


3. Elak mengkhianati.
Alamak! Jumpa lagi si mulut puaka ni. Kang kalau jumpa mesti diceritanya lagi pasal sahabatku tu. Kalau cerita benda baik takpe. Ni tak, yang macam setan je die citernya. Kesian sahabatku tu kena fitnah macam-macam. Tahulah diaorang ni gaduh, tapi si mulut puaka ni yang citer semua tu kat aku apa kejadahnya. Dia tak tahu ke aku ni best friend musuh ketat dia tu. Dah arr baik aku larik dari jumpa dia. Tak sanggup tikam belakang sahabat sendiri.


4. Saling memaafkan.
Kenapa ko tak bagitahu aku yang ko ada hal semalam. Takde arr aku tunggu ko berjam-jam kat mall semalam sampai migrain siap sawan lagi aku dibuatnya ko tahu. Dah la aku call tak angkat. SMS pun tak balas. Tak bawak hanset?! La... patutlah... takpe la... aku maafkan ko. Betul la aku maafkan ko. Ingat aku main main ke. Pasal  kena sawan tu its okay la. Malu sikit je kat orang lain time tu. Lidah pun terkerat sikit je... tak luak pun kena gigit masa sawan tu.


5. Susah senang bersama.
Aku dapat bonus RM 1000 hari ni. Nah aku kasi ko RM500. Ambil arr kita gune duit ni enjoy sama sama. Eh, ko ni nape muram je aku tengok. Pasal apa? Ko perlukan duit! Berapa? RM1000! Nak buat apa? Tak cukup duit beli Kamera Canon! Kesiannya... Emmm..... Nah la RM500 lagi ni, macam mana dah cukup? Pasal aku, ko jangan risau. Aku dah biasa makan pasir tengah tengah bulan.




6. Saling memahami.
Malam ni giliran aku lak guna PC. Dah lama tak update blog ni. Ko nak guna?! Mana boleh, malam ni giliran aku lak. Ko gi la tengok tv ke tido ke. Aku dah lama tak update blog ni bro... dah bertelur agaknya lelabah dalam blog tu. Ada keje penting nak buat?! Emm... buatlah. It's ok. Tahun depan je arr aku update blog tu. Gunalah PC tu. ~Selang 30 minit kemudian~ Wow! sibuk berfacebook nampak!


7. Mudah bekerjasama.
Ada hal apa nak jumpa aku sangat ni? Ada benda nak dibincangkan? Apa dia? Oooo.... Uuuu.... Nak kena tolong arr ni? Apa aku kena buat? Okay, yang tu aku boleh tolong. Ada lagi? Emm, okayla... aku tolong. Ada lagi?! Ni pun aku kena wat gak ke. Em, yelah. Demi kawan. Habis ko wat apa? Semuanya aku kena buat. Kena balik kampung?! Nape lak? Tengah banyak keje macam ni boleh lak ko nak balik kampung. Oooo nenek sedara belah mak tiri nombor dua anak jiran bapak saudara pakcik angkat jiran ko nak kahwin rupenyer. Pergi le... kena jadi pengapit ke?


8. Penasihat yang baik.
Aku sebagai sahabatmu ni bukannya nak menyibuk. Tapi aku nak la gak bersuara pasal kes ni. Nak la gak beri nasihat kat ko, mana yang berguna ko rasa. Ko kan tahu si Fasha tu pisau cukur. Yang ko beriye ngat nak couple ngan dia tu nape? Dia ada pandang ke ko tu? Aku tahu dia cantik, tapi banyak lagi kan yang cantik. Ada yang lebih sopan lagi dari die tu yang aku tengok dah macam Lady Gaga bila dressing kadang kadang lagi teruk.


9. Terima seadanya.
Ya Allah! Ni rumah ke gudang gandum? Seminggu aku kat kampung, balik balik tengok rumah dah macam tokang pecah! Ko tak kemas rumah ke? Apa?! Tak reti?! Habis selama ni aku je ar yang kemas rumah ni. Pinggan mangkuk pun tak tahu nak cuci gak ke. Kesiannya... Nak kata cacat tak, tapi tangan selalu sakit ye. Alahai... Nak wat cam mana. Aku kan sahabat ko. Aku kena terima semua ni. Amboi! Sampah pun tak reti nak buang. Emmm takpelah. Mungkin takdir aku bertemu ulat-ulat sampah hari ni. Terima kasih sahabat.


10. Pegang pada janji.
Okay! Aku janji takkan bagitahu sape sape pun hal ni. Betul. Sumpah! Tak percaya lak. Tak percaya sudahlah. Janji aku tahu siapa aku. Woi, malam ni giliran aku lak guna PC kan? He he he boleh arr layan Facebook jap. Aik... Ha!! Woi, ko cube tengok ni. Ko cuba baca status ko. Ko kata benda tu rahsia. Hanya ko ngan aku je tahu. Habis pesal ko hebohkan kat Facebook. $%^&@! X+!$%^ Tu yang aku pelik, pasal ko tertelan gula-gula Hacks pun suruh aku janji tak bagitahu orang lain. Last last ko gak yang bagitahu. Padahal kalau tak janji pun, takde masenya aku nak citer kat orang pasal benda tu.


CARA PAKAI EYELINER YANG BETUL


mula2 sebelum nk pkai eyeliner tu firstly kne la taw jenis2 eyeliner yang da ad kt dunia ni...
DARI KIRI : stick, pencil, liquid, powder
kesan pemakaian
nie plak cara pakai eyeliner dengan betul..






da mahir yang basic kat atas ni, bley la apply mcam2 jenis cara kt bwah ni plak..selamat mencuba!!


TEKNIK MAKEUP 5 MINIT!!



Bersolek atau bermekap memang mengambil masa yang panjang. Tetapi, bagaimana kalau anda hanya ada masa lima minit? Tip berikut boleh membantu anda tampil menawan:

1. Pakai pelembap ke seluruh wajah. Selepas seminit, sapukan alas mekap (foundation) secara tipis dan ratakan dengan menggunakan span bersaiz besar.

2. Tidak perlu pakai bedak. Terus kenakan pemerah pipi, tetapi jangan gunakan yang berbentuk krim kerana jenis ini mengambil masa lebih panjang.

3. Untuk mata segar menawan, jangan lupa pakai maskara.

4. Pakai penggaris mata bertona hitam atau coklat tua.

5. Akhir sekali pakai gincu bibir dengan bantuan berus kecil kerana cara ini boleh membuatkan warna gincu lebih tahan lama.



KOLEKSI COMEL - COMEL BELAKE

tejuknye nk mandi....
kite da mndi....
kite da siap blow rmbut lg..






RAHSIA ERTI PERSAHABATAN


  • Persahabatan adalah satu satunya pintu kebebasan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri sekali pun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Persahabatan yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan.
  • Supaya beroleh sahabat, hendaklah diri sendiri layak buat disahabati orang.
  • Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap tiap orang yang suka kepada mu itu adalah sahabat mu.
  • Kesenangan hidup mu adalah perbanyakkan teman, tetapi bukti persahabatan yang setia ialah diwaktu kesukaran.
  • Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu sebelum dikatakan. Dan perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.
  • Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat untuk seorang sahaja.
  • Kalau sahabat mu tertawa, hendaklah dikatakan apa sebab dia senang, kalau sahabat mu menangis, engkau mesti periksa apa sebab dia susah.
  • Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat mu, bererti memberikan kepada diri mu sendiri.
  • Pengubat jerih manusia adalah dua: pertama: Iman kepada Allah, kedua: Percaya kepada sahabat.
  • Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya, hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.
  • Kalau sahabat mu telah banyak menyelidiki keadaan engkau, bukanlah buat diampuninya.
  • Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah seumpama anjing ditepi jalan, yang ditujunya hanya tulang yang akan dilemparkan kepadanya, bukan tangan yang melemparkan tulang itu.
  • Cemburu perempuan kepada perempuan, memutuskan tali persahabatan.
  • Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan, alamat umur mu telah lepas dari zaman bercinta.