Wednesday, 3 July 2013

RAHSIA TAHI LALAT



Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.

BAHAGIAN BADAN & FIRASAT

Bibir atas kanan ----->  Banyak rezeki, pandai 

Bibir atas kiri ----->   Ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan ----->   Disegani orang, ramai yg suka

Bibir bawah kiri  ----->    Pandai bicara, tak mudah kalah

Leher kanan  ----->   Cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri  ----->   Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

Leher di tengah  ----->   Tercapai cita-cita

Biji mata kanan  ----->    Suka serong dan pembohong

Biji mata kiri   ----->    Pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan   ----->   Baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri   ----->   Baik budi, murah rezeki

Punggung kanan   ----->    Agak mengalami kesulitan

Punggung kiri   ----->    Malas dan suka duduk

Betis kanan   ----->    Suka berhibur, boros

Betis kiri   ----->    Rajin,tidak suka menganggur

Lutut kanan   ----->    Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

Lutut kiri   ----->   Kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan   ----->   Terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri   ----->   Sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang   ----->   Jujur, sabar dan tekun

Kening kanan   ----->   Cerdas dan cekap

Kening kiri   ----->   Cerdas, sopan santun

Tengah kening   ----->   Keras hati, berani segala hal

Hujung mulut kanan   ----->   Kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri   ----->   Suka berpoya-poya

Ketiak kanan   ----->   Dapat menyimpan rahsia

Ketiak kiri   ----->   Jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan   ----->   Suka berpergian (keluar rumah)

Pergelangan kaki kiri   ----->   Kehendak kuat

Batang hidung   ----->   Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Pada hidung   ----->   Banyak rezeki

Dagu bawah kanan   ----->   Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri   ----->   Bijak sana dan berbudi luhur

Kemaluan kanan atau kiri   ----->   Baik, suka senggama

Di kepala kemaluan (lelaki)   ----->   Bakal beristeri 2

Tumit kanan   ----->   Jujur dan banyak kawan

Tumit kiri   ----->   Baik budi

Alis kanan   ----->   Suka menolong, baik hati

Alis kiri   ----->   Ramai yang suka

Pangkal peha kanan   ----->   Kemahuan kuat

Pangkal peha kiri   ----->   Suka kerja apa pun

Telapak kaki kanan   ----->   Tak mudah mengeluh

Jari kaki kanan   ----->   Suka menolong

Jari kaki kiri   ----->   Berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan   ----->   Cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

Bahu kiri   ----->   Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Buah dada kanan   ----->   Baik hati, pendiam,simpan rahsia

Buah dada kiri   ----->   Ramai kawan, setia pada pasangan

Lengan kanan   ----->   Setia dan taat pada atasan

Lengan kiri   ----->   Menepati janji dan rajin

Pipi kanan   ----->   Ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan   ----->   Ramai yg suka

Tengah-tengah pipi kiri   ----->   Ramai teman

Ubun-ubun   ----->   Kurang jujur

Pusat   ----->   Cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan   ----->   Sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri   ----->  Beroleh kemliaan

Pinggang kanan   ----->   Sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri   ----->   Disayang pasangan hidup

Dada kanan   ----->   Dapat mengatasi masalah

Dada kiri   ----->   Berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan   ----->   Tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri   ----->   Baik budi pekertinya

Siku tangan kanan   ----->   Kuat ingin memiliki kekayaan

Siku tangan kiri   ----->   Baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan   ----->   Serba beroleh keuntungan

Jari tangan kiri   ----->   Serba baik bekerja

Jari telapak tangan kanan   ----->   Banyak rezeki tapi boros

Jari telapak tangan kiri   ----->   Banyak rezeki dan cermat

Perut bawah kanan   ----->   Banyak rezeki, suka memberi maaf

Perut bawah kiri   ----->   Baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam   ----->   Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam   ----->   Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar   ----->   Baik budi, ramai yg cinta

Pelipis kiri   ----->   Murah rezeki, dpt jadi kaya

Pelipis kanan   ----->   Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas   ----->   Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas   ----->    Baik budi, ramai yg suka

Kelopak mata kanan bawah   ----->   Agak malas

Kelopak mata kiri bawah   ----->   Agak bodoh, kurang bijaksana 


DARI KERANA MATA.....



Pandangan mata wanita sememangnya dapat mencairkan hati kaum Adam. "Dari mata turun ke hati " begitulah pepatah melayu ada berkata..namun saiz dan bentuk mata berlainan dan berikutan mempunyai maksud - maksud yang tertentu, mari kita lihat apa maksud disebalik setiap jenis dan bentuk mata wanita....

SAIZ MATA KECIL
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

SAIZ MATA SEDANG

Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

SAIZ MATA LEBAR
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

MATA SELALU BERKEDIP 
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

MATA JARANG BERKEDIP
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

MATA CENGKUNG
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

MATA REDUP
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

MATA SEOLAH TERSEMBUL KELUARSifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.










BAGAIMANA CARA ANDA TIDUR??



Masing - masing ada tabiat tidur yang berlainan. Tahukah anda karakter yang dapat dilihat melalui cara tidur anda. Jom kita ambik tahu karakter seseorang melalui cara tidur...:P



Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala 
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih. 






Selubung seluruh badan dengan selimut 

Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu. 


Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang 
Sesiapa yang tidur dengan cara kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji. 


Tidur meringkuk
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu. 


Tidur mengiring dan meringkuk
Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan. 


Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan
Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar untuk lebih bertenang. 


Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
Berbeza dari individu yang tidur dengan cara tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi. 


Tidur meringkuk di satu arah
Cara tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah. 


Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Cara tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu... jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini? 


Tidur meniarap
Sekiranya kamu tidur dengan cara meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!

Tidur - tidur jugak jangan lupa baca doa sebelum tidur ye...:)



Tuesday, 2 July 2013

UJIAN PERSONALITI ANDA



Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir

Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.






Dah pilih? Kalau boleh janganlah mengelat ye. Pilih dulu baru baca review tau.



1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.

3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.


PEMILIHAN PAKAIAN YANG BETUL


Okay, kali ni kami bagi tips pemilihan pakaian yang betul. Mula - mula kenelah kenal pasti bentuk tubuh sendiri barulah boleh pilih warna yang sesuai mengikut diri anda..:P

TIPS MEMILIH PAKAIAN MENGIKUT BENTUK TUBUH

Segi empat bujur 

Wanita mempunyai garis pinggang yang kecil atau tiada langsung. Bergantung kepada berat badan atau ketinggian masing-masing, keseimbangan badan mampu diraih dengan menggunakan pakaian berlapik bahu, pemakaian vest, jaket atau fabrik lembut untuk pakaian bahagian atas.

Berlian

Bentuk Berlian dikategorikan untuk wanita yang mempunyai perut atau pinggul yang agak besar daripada bahagian dadanya. Untuk menampakkan bentuk badan seakan kurus perlu mengenakan aksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, warna gelap atau gaun tanpa pinggang dan vest terbuka.
Bujur telur

Mereka yang mempunyai bentuk badan Bujur Telur perlu memilih pakaian yang mempunyai garis leher V, corak garis menegak, corak sederhana daripada motif geometri ataupun warna asli daripada gelap hingga sederhana. Sebagai tambahan, mereka boleh mengenakan kasut bertumit sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna-warni untuk mengalih perhatian.
Hourglass 

Bentuk Hourglass diandaikan sebagai bentuk badan yang sempurna. Wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini memiliki ukuran dada dan pinggul yang agak sama. Sementara ukuran pinggangnya lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) lebih kecil daripada dada atau pinggulnya. Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti itu sesuai dengan apa saja pakaian. Membeli-belah cukup mudah untuk mereka.
Segi tiga terbalik

Bentuk badan seperti ini juga yang kedua paling diimpikan oleh wanita. Bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah. Untuk menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka harus memilih skirt bergaris A, tekstur yang garang, corak bergaris mendatar serta seluar labuh. Atau meminimumkan bahagian atas badan dengan mengenakan blaus berkolar luas, corak bergaris menegak dan tekstur fabrik halus.
Segi tiga (buah pir) 

Bentuk badan yang biasa dimiliki oleh wanita. Bahagian pinggul lebih besar daripada dada. Wanita seperti itu perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu, ia adalah aksesori penting mereka. Selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai pakaian untuk bahagian bawah seperti skirt atau seluar.


PANDUAN MEMILIH WARNA PAKAIAN YANG BETUL

Pemilihan warna pakaian yang tepat adalah penting agar penampilan kita tidak ‘rosak’.  Kita juga harus mengetahui kombinasi warna apa yang sesuai satu dengan yang lain. Berikut adalah tip-tip mudah dalam pemilihan warna pakaian:

  1. Jangan menggunakan pakaian lebih dari 3 warna.
  2. Kenakan warna yang tepat dengan kulit Anda. Jika kulit Anda berwarna gelap, kenakan warna cerah seperti putih, krem, baby blue. Untuk kulit berwarna putih, pilihan warna yang dapat di gunakan lebih banyak. Anda boleh mengenakan warna yang lembut.
  3. Jangan mengenakan seluar dengan warna terang. Seperti warna merah, kuning atau orange. Kenakan warna neutral atau gelap. Hindarkan juga mengadunkan warna baby blue dengan warna terang seperti kuning.
  4. Sesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal. Warna terang untuk acara informal.
  5. Kenakan tali pinggang dengan warna yang sama dengan sepatu.  Jika sepatu anda berwarna hitam, kenakan juga ikat pinggang warna hitam.

RAHSIA DISEBALIK WARNA YANG ANDA PAKAI

Warna pakaian yang anda pilih ternyata memberikan kesan pada orang di sekeliling. Kesan itu termasuklah menyejukkan, menggoda, gembira, atau menakutkan. Beberapa contoh psikologi warna dalam kehidupan sehari-hari misalnya, polis yang memakai warna biru tua menyampaikan pesan berwibawa dan berkuasa, juru rawat yang memakai seragam warna putih menyiratkan kesan tenang dan damai.

Leatrice Eisman, seorang konsultan warna dan penulis buku More Alive With Color, memberi maksud dari warna-warna kegemaran anda.

BIRU
Maksud : kesetiaan, ketenangan, sensitif dan bisa diandalkan.
"Biru memiliki arti stabil karena itu adalah warna langit," kata Eisman. Meski langit kelabu dan akan hujan, kita tahu di atas awan-awan itu warna langit tetaplah biru.

Bila dipakai: Biru tua lebih sesuai untuk acara formal atau seragam, sementara biru muda untuk yang sifatnya non formal. "Untuk memberi kesan humor dan kreativiti cubalah campuran warna biru dan ungu," kata Eisman.

KELABU
Maksud : Serius, bisa diandalkan dan stabil
Warna kelabu adalah warna alam. Di luar sana warna abu-abu merupakan warna yang permanen, misalnya batu atau karang.

Bila dipakai: "Kelabu adalah warna yang kuat dan praktikal," kata Eisman. Saat wawancara kerja, pilih busana warna ini untuk menunjukkan anda orang yang bertanggungjawab. Tapi bila warna ini dipakai dari atas hingga ke bawah Anda akan dianggap orang yang membosankan. Beri sentuhan warna lain, misalnya atasan bercorak, sepatu cantik, atau anting-anting yang manis.

MERAH JAMBU
Maksud : Cinta, kasih sayang, kelembutan, feminin
Warna yang disukai banyak wanita ini menyiratkan sesuatu yang lembut dan menenangkan, tapi kurang bersemangat dan membuat energi melemah.

Bila dipakai: Bila ingin memberi kesan lebih sensual, jangan gunakan warna ini, kata Eisman. Warna pink yang lembut cocok untuk acara kencan yang romantis, bukan menggairahkan.

MERAH
Maksud : Kuat, berani, percaya diri, gairah
Merah adalah warna yang punya banyak arti, mulai dari cinta yang menggairahkan hingga kekerasan perang. Warna ini tak cuma memengaruhi psikologi tapi juga fisik. Penelitian menunjukkan menatap warna merah bisa meningkatkan detak jantung dan membuat kita bernapas lebih cepat.

Bila dipakai: Ini adalah warna yang dinamis dan dramatis. Bila dipakai dalam dunia profesional memiliki kesan yang sangat kuat. Tapi jangan gunakan baju merah saat wawancara kerja. "Warna ini bisa menimbulkan konflik saat negosiasi," kata Eisman. Kenakan warna merah hanya sebagai aksi, misalnya kamisol merah yang dipadankan dengan blazer kelabu.

KUNING
Maksud : Muda, gembira, imajinasi
Warna kuning akan meningkatkan konsentrasi, itu sebabnya warna ini dipakai untuk kertas legal atau post it. Kuning juga merupakan warna persahabatan. Jadi Anda sudah boleh meneka jika si dia memberi mawar kuning saat Valentine.

Bila dipakai: Banyak orang yang kurang  memakai warna ini karena takut terlalu menyerlah. Padahal warna kuning hadir dalam berbagai variasi, mulai dari pastel hingga kuning cerah. Bila anda tak nyaman dengan busana warna ini, padankan dengan sesuatu yang anda sukai, misalnya tas bunga-bunga warna kuning.

HITAM
Maksud : Elegan, kuat, sophisticated
Hitam punya reputasi buruk. Warna ini dipakai oleh para penjahat di komik atau film. Hitam juga melambangkan duka dan murung. Tapi, hitam juga punya sisi lain, misalnya saja untuk menyatakan sesuatu yang abadi, klasik, dan secara universal dianggap sebagai warna yang melangsingkan.

Bila dipakai: Khawatir Anda akan memakai gaun dengan warna sama dalam pesta? Tambahkan sedikit keceriaan, misalnya gunakan perona mata cerah, kalung permata, cat kuku warna merah, atau stiletto warna silver. Warna hitam mudah dipadukan dengan aksesori jenis apa pun.

HIJAU
Maksud : Kesejukan, keberuntungan, dan kesehatan.
Hijau melambangkan alam, kehidupan, dan simbol fertilitas. Para pengantin di abad 15 menggunakan gaun pengantin berwarna hijau.

Bila dipakai: Warna hijau memang sesuai dipakai untuk waktu tengahari.

MEMBACA KARAKTER SESEORANG MELALUI RAUT WAJAH



Kata orang, membaca karakter orang itu tidak semudah membaca buku, bahkan terkadang anda perlu bertahun-tahun untuk mengenal sifat dan karakter orang lain, bahkan, pasangan anda pun masih menyimpan banyak sekali rahasia mengenai karakter dirinya.
Salah satu panduan sederhana untuk mengenal karakter orang, adalah dengan melihat bentuk wajah dan raut wajahnya, siapa tahu anda bisa bertemu dengan pasangan yang cocok dari hal ini. Mari kita pelajari lebih dalam.

WAJAH

Panjang dan tirus:  
  • Pemilik bentuk wajah seperti ini pada umumnya memiliki kesabaran dan keteguhan hati yang kuat. Peribadinya menarik dan akan sealu berusaha menyelesaikan semua tugasnya sampai tuntas.
Bulat: 
  • Wajah bulat adalah penanda orang yang penuh energi dan harapan. Pemilik wajah ini cenderung menjadi pusat perhatian, dan adalah orang yang sangat pandai untuk mencairkan kebekuan dimanapun dia berada. 
Lebar: 
  • Selain mudah iba, kemampuannya untuk bertoleransi sangat baik, dikarenakan wawasan luas yang dimilikinya.
Persegi: 
  • Kecenderungan untuk menjadi orang yang individualis dan memiliki keinginan kuat dalam mencapai mimpinya. Orang dengan bentuk wajah seperti ini tidak akan pernah bisa diam dan selalu cekatan dalam bergerak.

DAHI

Licin: 
  • Orang dengan dahi seperti ini sudah terbiasa untuk berpikir dan cepat dalam mengambil keputusan.
Berkerut: 
  • Kerutan berupa garis-garis mendatar adalah tanda bahwa selain orang tersebut memiliki antusiasme yang luar biasa, dia juga mudah marah.

MATA

Tegang: 
  • Pemilik tanda ini adalah orang yang mudah tertekan dan mudah kuatir, dapat kita amati jika dibawah selaput pelangi (bagian yang berwarna) dan kelopak mata, terdapat bagian putih (mata terbuka lebar di bagian bawah) , dan bagian ini nampak di kedua mata.
Menantang: 
  • Orang yang memiliki ciri sebaliknya dari diatas (bagian putih berada diatas selaput pelangi), maka selain tanda bahwa orang tersebut mudah tertekan, orang tersebut juga galak.
Terpisah: 
  • Jika bagian putih tampak di sekeliling selaput mata, berhati- hatilah, orang tersebut cenderung tidak stabil secara psikologis dan mudah sekali marah.
Garis-Garis:
  • Jika di bagian luar mata terdapat banyak garis kecil, maka orang tersebut biasanya ramah, murah senyum dan selalu merasa bahagia.

ALIS

Lurus: 
  • Alis mata yang lurus mendatar, cenderung menunjukkan orang yang penuh gagasan dan suka berdebat.
Lengkung: 
  • Alis mata yang melengkung menunjukkan tipe orang yang memiliki sense humor yang sangat baik.
Tipis: 
  • Orang dengan alis mata tipis biasanya kurang percaya diri, apalagi jika alis tipis ini agak keatas, dan melengkung.
Tersambung: 
  • Alis mata yang tersambung adalah bukti bahwa orang dihadapan anda adalah pemikir dan anda bisa menarik manfaat dari orang tersebut dengan memberikan semangat kepada mereka untuk membagikan gagasannya.

KELOPAK MATA

Sempit:
  • Jika jarak antara bagian atas kelopak dan bulumata sangat dekat, maka orang tersebut mandiri dan biasa menjaga jarak dengan orang lain
Lebar: 
  • Sebaliknya, jika jaraknya lebar, maka orang tersebut cenderung tidak bisa mandiri.

HIDUNG

Kecil: 
  • Pemilik hidung mungil pada umumnya memiliki pembawaan lemah, seringkali tidak bisa diandalkan, dan pikirannya cenderung mudah diubah.
Besar:
  • Hidung besar adalah tanda orang yang memiliki inisiatif, mantap dan karakter yang dipunyainya cukup kuat.
Pesek: 
  • Hidung yang besar dan pesek, biasanya akan dimiliki mereka yang tidak kaku dengan sekelilingnya, pragmatis, hanya percaya pada diri sendiri, mugah bergaul dan tidak takut.
Mancung: 
  • Pemilik hidung ini, biasanya dikatakan suka berterus terang, dan omongannya terkadang menyakitkan. Selain narsis berat, mereka juga susah mengambil keputusan, tapi memiliki kepekaan yang tinggi.

TELINGA

Kecil: 
  • Ukuran telinga yang kecil pada umumnya dimiliki mereka yang tahu apa yang mereka mau, dan juga adalah orang-orang yang suka bekerja keras.
Tajam: 
  • Umumnya orangnya kaku dan susah sekali merasa rileks.
Telinga yang berambut:
  • Pemiliknya, cenderung sangat cermat dan teliti. Walaupun, waktu dan tenaganya sering habis hanya untuk mengurusi hal yang tidak terlalu penting.

DAGU & RAHANG

Rahang persegi: 
  • Mereka umumnya memiliki sifat yang keras dan mempunyai kemampuan untuk mewujudkan impian mereka.
Dagu yang menonjol keluar: 
  • Orang yang selalu merasa bahwa dirinya penting dan selalu benar. Menurut dia, tidak ada orang yang benar, hanya dirinyalah yang benar!

PIPI

Pipi yang bentuknya bagus: 
  • Pemilik pipi ini cenderung memiliki sifat cekatan, penuh energi, PD dan dapat menerima kesalahan orang lain.
Lesung pipi: 
  • Memang lesung pipi akan membuat orang tersebut tampak menarik, selain itu, ternyata lesung pipi menunjukkan keserasian pemiliknya

BIBIR

Tebal: 
  • Orang yang murah hati dan suka membicarakan apa yang berhasil dia raih.
Tipis dan bulat: 
  • Hampir bisa dipastikan, bahwa pemilik bibir seperti ini adalah orang yang tertutup dan peka.
Bibir atas tipis dan bibir bawah tebal:
  • Orang seperti ini sangat pandai untuk membujuk orang lain.

PEMILIHAN GAYA RAMBUT MENGIKUT BENTUK WAJAH




Gaya rambut yang tepat akan menonjolkan kelebihan dan menambah daya tarik penampilan wanita. Supaya tidak salah gaya, sesuaikan potongan rambut dengan bentuk wajah—ini panduannya!
Wajah Bulat
Contoh potongan untuk wajah bulat
Wajah bulat kerap membuat kita terlihat gemuk, kerana pipi yang nampak chubby. Untuk menyiasatinya, pilih gaya rambut yang memberikan efek tirus seperti layer meruncing, juga potongan pony menyamping. Potongan rambut pendek juga cantik untuk wajah bulat, tapi sebaiknya pixie cut dilengkapi dengan poni yang lebih panjang daripada bahagian belakang rambut. Untuk styling, sasak yang agak tinggi dapat memberi ilusi wajah lebih panjang.
Wajah Persegi
Wajah persegi dibentuk oleh tulang rahang yang tegas. Untuk menyamarkannya, pilih potongan rambut sepanjang leher sehingga hujungnya dapat menutupi rahang. Gaya rambut bergelombang besar dan bervolume juga member keseimbangan bagi wajah dengan rahang yang tegas. Rambut belah tengah sedang kembali menjadi tren dan cocok untuk wajah persegi karena bisa membuat dagu terlihat lebih panjang.
Wajah Berbentuk Hati
Ciri khas wajah berbentuk hati adalah pipi chubby dan dagu lancip. Apapun gaya rambutnya, pilih pony layer yang panjangnya sebatas pipi, agar wajah kelihatan lebih profesional. Cuba juga menarik poni ke belakang, untuk lebih menarik perhatian pada dahi.
Wajah Lonjong
Potongan poni di atas atau tepat pada alis akan menyeimbangkan dahi si wajah lonjong yang umumnya agak lebar. Hindari belahan rambut di tengah atau sasak yang terlalu tinggi bila tak ingin wajah terlihat lebih panjang lagi. Beri volume pada bahagian tengah rambut, misalnya dengan membentuk gelombang atau layer menumpuk, untuk menyeimbangkan wajah. Poni menyamping juga akan terlihat cantik pada jenis wajah lonjong.
Wajah Oval
Berbahagialah yang punya wajah oval, karena bentuk wajah yang relatif proporsional, kita bebas memilih gaya rambut apapun!