Monday, 8 July 2013

RAHSIA KESERASIAN PASANGAN MENGIKUT URUTAN KELAHIRAN


Percaya atau tidak, orang-orang tua memang selalu menghubungkan hari dan tarikh kelahiran , mahupun urutan kelahiran kita dalam hal jodoh dan keserasian pasangan. Jika kombinasinya tidak sesuai, dengan cepat mereka mengatakan si dia bukan jodoh kita.  :[

Benarkah demikian?
Sekadar ingin tahu, tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik menurut para orang tua zaman dulu? Siapa tahu, ada persamaan dengan hubungan anda dan si dia  saat ini. Kononnya, kombinasi hubungan yang sesuai adalah anak tunggal berpasangan dengan si bongsu, si sulung dengan si bongsu, si tengah dengan si bongsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai berikut:
Si Sulung dengan si Sulung
Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitan untuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan. 
Si Sulung dengan si Tengah
Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya. Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok  bagi siapa saja dan mudah diajak berbincang. 
Si Tengah dengan si Tengah
Memiliki potensi untuk serasi di antara  satu sama lain. Meskipun keduanya si tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yang lainnya agak kebongsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi. 
Si Tengah dengan si Bungsu
Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan ke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin saja dia akan terpengaruh dengan gaya hidup si bungsu yang suka akan keseronokan serta menimbulkan masalah seperti pernikahan si bungsu dengan si bungsu.
Si Sulung dengan si Bungsu
Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bungsu bagaimana mengurus hidup dengan  lebih baik dan  serius. Si bungsu akan dapat mengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.
Si Bungsu dengan si Bungsu
Berhati-hatilah kerana anda  berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan, maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.
Anak Tunggal dengan anak Tunggal
Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan  banyak waktu untuk  hidup rukun dan saling mendukung. 


Semua kenyataan diatas hanyalah bertujuan untuk pembacaan dan bukan untuk kita terlalu mempercayai dan ambil bulat-bulat mengenainya. Semoga anda semua bahagia dengan pasangan masing-masing.

ANTARA WANITA DAN CERMIN




"Wanita dan cermin tidak boleh dipisahkan, kerana dari cermin itu lahirlah keyakinan dirinya sebagai seorang wanita."


Secara semula jadi, wanita merupakan insan yang amat menitik beratkan penampilan dirinya. Sebab itulah, jika sebut tentang wanita, maka tidak boleh lari dengan cermin. Dengan cerminlah, wanita melihat rupa paras, kecantikan, keyakinan di sebalik diri mereka. Maka tidak hairanlah pepatah Arab menyatakan "Al-Mar'atul Mir'ah" (Wanita itu adalah cermin).

Walau bagaimanapun, cermin juga akan mengundang perkara yang boleh membuatkan wanita menjadi murung, runsing, tidak gembira, stress dan akhirnya boleh memberi kesan yang tidak baik untuk mereka. Jadi, mari sama-sama kita lihat apakah  rahsia yang tersirat di sebalik cermin sebenarnya.



Cermin dan penampilan

Dengan cermin wanita dapat memilih, mengatur dan menilai sejauh mana tahap penampilannya. Sebab itulah, pergi ke mana-mana sahaja, pastinya wanita akan melihat cermin untuk memastikan penampilannya kemas dan sesempurna yang diinginkan. Dengan cermin juga, wanita akan bertambah yakin untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja. Namun, jika terlalu kemaruk dengan apa yang anda lihat di cermin, khuatir akan menyebabkan seseorang wanita jadi 'over' dengan penampilan yang dipilih biarpun sebenarnya kelihatan sangat pelik, tidak sesuai malah menjengkelkan. Sebagai saranan, mintalah pendapat orang sekeliling tentang penampilan anda juga, Jangan terlalu percayakan apa yang dilihat, kerana khuatir ada juga kelemahannya.


Cermin dan kegembiraan

Cermin memberi kepuasan kepada wanita. Kalau bersiap dan berdandan tanpa cermin, rasanya diri ini bagaikan serba tidak kena. Biarpun orang kata' ok', wanita tetap berasa ragu-ragu dengan dirinya. Apabila kepuasan diri wanita tercapai, secara tak langsung wanita akan lebih gembira dengan apa yang dilihatnya. Biarlah apa kata orang pun, janji sebelum ke mana-mana, cerminlah perkara terakhir yang perlu ditatap sebelum keluar rumah, semasa di pusat membeli belah mahupun di sepanjang jalan, cermin tetap menjadi tumpuan diri wanita. Tetapi, apabila cermin menjadi keperluan, sekali tiada cermin, mulalah wanita rasa gelisah. Kesannya, wanita jadi terlalu bergantung pada cermin, tak ada cermin, rasa tak yakin dengan diri, rasa mekap tak cantik, tudung tak kemas dan macam-macam lagi. Mulalah sikit-sikit tanya member sebelah 'ok' ke tak sampai member tu pun naik rimas. Itulah payahnya kalau asyik nak melekat dengan cermin je.


Cermin dan Kerunsingan

Kadangkala, wanita akan menjadi kecewa selepas melihat dirinya di hadapan cermin. Masalah rupa paras, bentuk tubuh badan, cara berpakaian, cara merias wajah, masalah kecantikan dan sebagainya memberi kesan negatif wanita terhadap dirinya. Bayangkanlah apa perasaan seorang wanita apabila melihat terdapat kesan comot di baju, ataupun tumbuhnya jerawat di muka atau tubuh yang semakin berisi tanpa diduga,sudah  pasti hati mereka tak senang duduk dibuatnya. Oleh itu, jika wanita terlalu obses dengan cermin, wanita juga akan merana kerana masalah mereka dengan diri sendiri. Sebagai saranan, apabila menyedari diri berhadapan masalah seperti tadi, kawal emosi dan kuatkan keyakinan untuk menerima diri seadanya. Lebih baik tengok cermin tu sekadar seadanya. Kalau tidak, semakin lama menatap depan cermin, semakin banyak kekurangan diri yang kita nampak. Akhirnya, cermin pula yang membuatkan diri semakin 'down'.



Cermin dan Penipuan

Awas, cermin juga penuh muslihatnya. Kalau tidak kuat semangat dan tidak sedar diri, boleh goyah iman, runtuh keberanian, hilang keyakinan, malah memberi tekanan. Mana tidaknya, kerana cermin, wanita menjadi terlalu yakin apa yang dilihat, sedangkan kadang-kadang tidak nampak mana satu kenyataan, mana satu kebenaran. Cermin boleh memberi kesan yang mendalam terhadap psikologi dan emosi manusia. Contoh, apabila wanita merasakan dirinya terlalu gemuk di hadapan cermin, sehingga berasa risau dan tentu hala, sedangkan hakikatnya tak adalah seteruk mana. Lagi satu, cermin ini pun ada macam-macam 'pattern'. Ada yang nampak cermin tu kurus, tinggi, lebar. Kalau tersalah anggap boleh terpedaya. Kadang-kadang, cermin itu boleh buat wanita berkhayal, sehingga nampak benda yang tak ada. Perkara ini nyata terjadi dalam sebilangan besar wanita. Oleh sebab itu, janganlah suka membelek diri di hadapan cermin lama-lama, takut lain yang dipakai, lain pula yang dinampaknya.



Sebab itulah sebaik-baiknya, bila memandang diri ke dalam cermin, bacalah Bismillah, ataupun sebaik-baiknya bacalah doa ketika memandang cermin. Semoga mata kita tidak terpedaya dengan apa yang kita pandang, dan apa yang kita lihat dan apa yang dipakai memperoleh keberkatan serta dijauhi daripada tipu daya syaitan, InsyaAllah.


14 FAKTA PELIK TAPI BENAR!!



  1. Rama - rama merasa makanan menggunakan kakinya.


  2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).


  3. Dalam tempoh 10 minit, taufan mampu membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan senjata nuklear yang ada di bumi.


  4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah - labah daripada mati.


  5. Gajah adalah satu - satunya mamalia yang tidak boleh melompat.


  6. Satu dari dua billion manusia akan hidup 116 tahun atau lebih.


  7. Tidak mustahil bagi lembu untuk manaiki tangga tetapi ia tidak boleh turun tangga.


  8. Wanita berkedip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.


  9. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun lamanya.


  10. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan tetapi tumbesaran hidung dan telinga x pernah berhenti selagi hidup.


  11. Semua beruang kutub adalah kidal.


  12. Mata burung unta lebih besar dari otaknya.


  13. TYPEWRITER adalah perkataan paling panjang yang boleh dihasilkan pada satu baris huruf pada papan kekunci.


  14. Secara semulajadi adalah mustahil bagi anda untuk menjilat siku sendiri.



Fakta tambahan--->lepas baca no 14 mesti semua nk try jilat siku sendiri...hihihi

KENALI DIRI DAN PASANGAN MELALUI JENIS DARAH


SI DIA BERDARAH “A”….
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’,ini bererti dia tergolong dalam lingkungan individu yg serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri.Umumnya ,golongan ini amat baik terhadap kaum wanita.Setelah mendirikan rumah tangga,dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati..Bak kata orang tu,segala-galanya dicurahkan kepada isterinya.Bahkan setiap kali keluar rumah,dia selalu ingat kpd anak dan isterinya di rumah.Berbahagialah kamu krn dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yg baik dan sangat bertanggungjawab.Mereka yg tergolong dlm kolompok ini merupakan individu yg ‘gentleman’.Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu.Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yg sempurna.Si dia mungkin naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yg tidak terurus.Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yg baik.Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah.Berkemungkinan juga,sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan,dia akan melampiaskan kemarahannya itu pada pasangannya sendiri.Wow!! Bahaya juga tu…


SI DIA BERDARAH “B”…
‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yg terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’.Dia hanya melakukan perkara yg dia mahu saja.Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung.Contohnya,ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan,tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman2 hingga larut malam.Berhati2 sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu.Biasanya individu yg tergolong dlm kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga.Apa yg diinginkannya ialah menikmati kehidupan.Tanggungjawab kpd keluarga memang kurg.W/bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu.Kamu perlu ingat,pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan.Sekiranya korang di kurniakan cahaya mata,berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri hati biarpun terhadap anak sendiri..

SI DIA BERDARAH “O”…

Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’ ,kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental.Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti.Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yg romantis dan sering melindungi kamu.Namun setelah mendirikan rumah tangga,biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yg penting sahaja.Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dlm satu masa.Jangan bimbang,dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yg baik..Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia.Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yg sentiasa bekerja keras.Berhati2 dalam komunikasi korang.jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kpd seorg yg pemalas!!..

SI DIA BERDARAH “AB”…

Beruntung kamu.Individu ini adalah seorg yg prihatin.Ketika kamu sedang sakit,si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms.Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat utk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu.Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya.Sebagai pasangan,kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini.Setelah mendirikan rumah tangga,kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya.Sesungguhnya, dia seorg yg suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri…



ANDA BERDARAH “A”…
Mereka yg tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yg baik.Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara,dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik.Kamu rela bangun pagi utk memasak dan menguruskan rumah tangga.Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yg sempurna.Kadangkala,ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa utk kesenangan peribadi.Baik kamu ubah sikap sebegini…

ANDA BERDARAH “B”….
Kamu seorg yg trendy dan suka bersosial.Kamu masih belum bersedia utk menjadi isteri dan ibu.Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari.Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman2 dan bijak membawa diri.Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri utk menjadi seorg ibu dan isteri yg baik.Kadangkala,kamu agak egois,namun krn kamu sangat mempersona,teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu.Satu perkara lagi,kamu adalah individu yg boros.Awas!!!…

ANDA BERDARAH “O”…
Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan.Setelah mendirikan rumah tangga kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu.Sekiranya suami pulang lewat malam,kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri kamu sebagai ibunya.Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah.Setelah di kurniakan cahaya matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu.Awas,nanti suami kamu kesepian.Setelah bergelar ibu,kamu terus mengabaikan penampilan kamu.Ingat!itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita.Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan…? 

ANDA BERDARAH “AB”… 

Kamu wanita cerdas.Mampu menjaga suami dengan baik.Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional.Waktu yg ada kamu pergunakannya utk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti2 baru.Kamu tidak suka menjadi ibu2.Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi.Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu.Sifat “cool”adalah milik kamu.Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki...


AYAT TERSIRAT KAUM PEREMPUAN..


Tengok tajuk pon semua orang da tak sabar kan nak taw ayat tersirat dari mulut kaum perempuan ni..besela pompuan mulut kata lain hati kata lain x semua yang keluar dari mulut perempuan tu btul semuanya..msti ada yang tersiratnye..bese la hati perempuan kan lembut...nak kaum lelaki ni memahami ape yang die ckap..hihi..layan kan jelaa..:)



Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi : Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi : Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. 

"Terlajak perahu boleh diundur,   
                                               terlajak kata buruk padahnye..:)"



Friday, 5 July 2013

MASALAH KAKI BERBAU??



Bau kaki atau bau pada kasut merupakan satu masalah bau pada tubuh yang tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh mempengaruhi pergaulan dan kebersihan seseorang. Seseorang yang mengalami masalah kaki berbau busuk dan masam akibat peluh pastinya berasa malu, rimas dan gusar untuk melakukan aktiviti seharian. Masalah yang dialami kebanyakan orang itu juga mampu membuatkan orang di sekeliling mereka juga kurang selesa, tambahan pula jika baunya terlalu kuat. Bagaimanapun, penghidap masalah ini seringkali memandang remeh, apa lagi cuba mendapatkan rawatan yang betul. Hal itu terjadi mungkin kerana kurang pengetahuan untuk menangani masalah itu, tidak memahami kesan buruk dan malu bertemu doktor. Jadi sila lihat beberapa tips untuk mengelakkan kaki anda berbau.


15 TIP ELAK KAKI BERBAU:

1. Jaga kebersihan kaki
Ketika mandi, biasakan menggosok kaki sehingga bersih. Berusaha untuk menggunakan sabun antibakteria bagi membersihkan kaki. Sabun yang mengandungi sulfur sangat baik untuk menghilangkan bau. Paling penting, perlu mencuci kaki secara tetap dan teratur, kemudian mengeringkannya. Gosok dan sela jari untuk mengeluarkan sisa-sisa sel kulit mati.

2. Potong kuku
Potong dan bersihkan kuku kaki secara tetap dan teratur untuk menghindari penompokan kotoran. Kuman yang menempel di kuku menjadi salah satu faktor utama penyebab bau. Rajin-rajinlah memotong kuku. Jangan biarkan kotoran menompok.

3. Jangan guna losen pelembap sebelum memakai kasut
Kaki yang lembap punca bakteria membiak. Jangan mengoleskan krim pelembap sebelum memakai kasut terutamanya di antara jari-jari kaki. Sebaliknya, gunakan bedak antijamur. Losen pelembap boleh digunakan pada malam hari sebelum tidur.

4. Gunakan alas kaki ketika berjalan di luar rumah
Walaupun hanya di halaman rumah, pastikan pakai selipar/sandal. Hindari kebiasaan berkaki ayam kerana ia memudahkan kaki menjadi sarang bakteria. Sarang bakteria menimbulkan bau dan boleh mendatangkan penyakit.

5. Rajin ganti stokin
Jangan gunakan stokin sama selama berhari-hari. Jagalah kebersihan stokin kaki. Stokin kaki harus diganti sekurang-kurangnya dua hari sekali, bergantung kepada pemakaiannya.

6. Belilah stokin yang berkualiti
Pilih stokin yang betul dan jangan membeli stokin semata-mata kerana rupanya. Elakkan memakai stokin yang tidak menyerap peluh, kerana ia adalah punca kaki anda berbau.

7. Jangan pakai kasut dalam jangkamasa lama
Perbuatan memakai kasut tertutup dalam jangkamasa lama boleh menggalakkan perkembangan bakteria.

8. Tukar kasut
Kasut yang sudah dipakai selama 24 jam atau lebih perlu digantikan dengan kasut lain. Jangan lupa untuk membiarkan kasut ‘berehat’ sehari semalam sehingga bau hilang.

9. Kasut yang berbeza
Sesuaikan jenis kasut dengan kegiatan kamu. Seelok-eloknya, kasut kerja tidak digunakan untuk berjalan-jalan atau aktiviti luar yang mengeluarkan banyak peluh.

10. Cuci bahagian dalam kasut
Rajinlah mencuci bahagian dalam kasut untuk mengurangkan bakteria pada kasut. Bersihkan kasut kamu sekurang-kurangnya satu bulan dua kali.

11. Pilihan kasut
Kasut yang dibuat daripada plastik/pvc akan membuatkan kaki menjadi cepat panas dan berpeluh. Jadi, hindari kasut jenis itu. Bahagian dalam kasut yang baik adalah yang berasaskan kain. Kain dapat menyerap peluh dengan baik dan juga nyaman.

12. Saiz kasut
Memakai kasut terlalu ketat akan membuatkan kulit kaki sukar bernafas. Kuman dan kotoran yang wujud menimbulkan bau yang tidak enak.

13. Gunakan pelapik dalam kasut
Pelapik dalam kasut sangat bagus untuk dipakai kerana senang dikeluarkan daripada kasut untuk dibersihkan.

14. ‘Rumah’ kasut
Simpanlah kasut di tempat yang teduh dan aliran udaranya lancar. Dengan meletak gel silika di dalam kasut dapat menghindarkan bau-bau tidak enak. Gel silika menyerap bau dan kelembapan secara konsisten dan dapat ditempatkan di dalam kasut untuk jangka waktu cukup lama.

15. Jangan gunakan kasut dan stokin kaki yang belum kering
Jangan memaksa menggunakan kasut dan stokin kaki lembab kerana ia juga menggalakkan kehadiran bakteria yang pastinya menyebabkan bau kaki tidak enak. Jika kasut basah, letakkan di tempat terbuka.


PERMAINAN TRADISIONAL DULU - DULU


Ingat lagi dlu kecik2 main permainan tradisional. Time petang je ilang xde kat rumah g main dengan kawan2 kat pdang tpi rumah. Balik peluh2 bau busuk. hehehe...tu la kenangan terindah time kecik2 dulu...Jom imbas semula permainan ape yang kita main dulu2.

BALING TIN

JANG JALUK
CONGKAK
KETINGTING


ha yang atas ni sume baru suku je...banyak lagi sebenarnya permainan tradisional yang ad kt Malaysia ni..memang rugi la kalau sape yang tak pernah merasa main mende ni sume..kalu nak dibandingkan dengan kanak2 dulu dan sekarang mang ase bosan je kanak2 sekarang ni...paling tak pon dorg main kt "playground"
x pon main basikal kt depan rumah...btol x??

pepon kt sini sekadar berkongsi pengalaman je...jgn mara2..:)